Sunday, May 9, 2010

Assalamualaikum...

Salam buat sahabat..

kadang-kadang kesunyian dan kesepian itu indah walaupun tersembunyi..1000 kepahitan ... perasaan itu ada kalanya memberi ketenangan jiwa walau ada ketikanya ia bergelora..hidup dikelilingi teman-teman yang memahami membuatkan rasa diri disayangi dan dihargai..Namun..kehadirannya hanya satu persinggahan ...Ibarat perjalanan musafir..kerana apa yang kita miliki bukan milik kita yang ABADI..mereka adalah milik Allah..bukan lah milik kita

Thursday, January 21, 2010

Dia...

aku terlalu sayang kan dia..tapi selalu menyakiti hati dia..macam aku tak pernah sayang dia langsung.tapi itu yang susah, menyayangi dan membuat diri dia disayangi..dua benda yang berbeza..senang untuk menyayangi tapi susah untuk buat diri orang disayangi..aku terasa seperti ingin kemana sahaja dengan dia..banyak tempat..ingin mencipta kenangan yang indah lagi seperti dulu..

you can put the blame on me..

ok seperti selalu..aku rase aku nak mengiyekan je semua ape yang orang cakap negatif pasal aku..dan aku rasa aku mahu jadikannya sesuatu yang betul..penat menyangkal ape yang tak betul dan rasenye perlu iyekan je...the end

Wednesday, January 20, 2010

entri yang panjang...

aku rasa semua yang aku lakukan sekarang ini sudah tidak relevan lagi.aku hanya akan menimbulkan isu yang tidak akan habis.
betul.kawan , teman itu penting untuk membuatkan kita merasa apa itu kehidupan. tapi aku sudah tidak larat lagi dengan kehidupan
yang sebelum ini aku sudah rasa. walaupun rasa itu tidak cukup untuk memberikan aku pengalaman untuk berdikari menempuh hidup ini seorang diri.
tapi memang perit untuk aku lepaskan semua tapi aku terpaksa juga lepaskan. aku rasa aku terlalu penat. aku penat dari segi mental fizikal
rohani jiwa dan raga aku. aku seperti statik. tidak fleksibel, . dan dalam mencari jalan
itu membuat kan aku jadi tidak tahu .where will i going without ever knowing the way.aku tidak buntu.tapi penat mencari jalan apa yang betul.sudah penat mencari diri dan rasanya tak perlu lagi mencari. aku sedang menjadi diri aku sekarang ini.dan aku sudah
tidak boleh bersikap hipokrit, ingin tahu dan ambil berat about everything behind my back.. yang selama ini aku hidup bersamanya sudah lama.atas sikap yang sebegitu lah menyebabkan
orang fikir aku seorang yang baik dan disenangi ramai. dan sekarang kenapa aku perlu buat orang lain benci aku lebih dari diri aku membenci diri aku sendiri.
aku tidak boleh berfikir apa yang aku perlu lakukan untuk buat orang lain gembira. sebab akhirnya walaupun aku mencuba tapi orang lain tetap tidak akan
gembira. setiap usaha mengembirakan orang lain akan menyebakan dia patah hati.banyak pertanyaan, persoalan mereka terhadap aku. keraguan.hilang kepercayaan kepada aku yang sebenarnya benda itu yang telah membunuh aku dari dulu
lagi.yang membuatkan aku sudah tidak ade kisah lagi tentang orang disekeliling aku.walaupun diri aku yang dulu sesekali cuba kembali.tapi aku selalu
menasihati diri sendiri yang aku tidak boleh lagi menjadi baik. sebab aku takut.aku sangat takut.orang yang aku sayang disakiti oleh aku sendiri.
aku takut bahawa kenyataan yang tidak semua hubungan kekal berpanjangan. dan ada aku kisah? aku kisah sebenarnya. cuma aku sudah tidak larat untuk
mempertahankannya lagi. aku lebih menyerahkan segala-segalanya pada yang Maha Penentu segala urusan hidup aku.aku cuma mahu dan ingin sekali
mencintai-Nya sepenuh hati aku.Dia yang dulu aku selalu lupakan, Dia yang dulu aku tidak mengabdikan diri aku kepada-Nya. Dan aku bukanlah warak, aku bukan
alim, aku bukan seorang ustazah, aku bukan seorang hafizah juga, bahkan aku masih jahil tentang ilmu rohaniah ini.kalau mereka kata hidup aku sekarang
sudah terbaik, sebab tempat aku yang telah memberikan aku peluang untuk melakukan lebih kebaikan dalam dunia ini sedangkan mereka bergelumang dengan dosa,
mereka salah, aku tidak dijanjikan pun syurga ketika berada ditempat itu.aku tidak dijanjikan bebas dari azab kubur kerana tempat itu, para ulama, ustaz-
ustazah, warak mahupun alim.belumtentu lagi dijamin masuk syurga. aku cuma berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mati dijalan-Nya.dan aku bukanlah
seorang yang bangun malam untuk bermunajat padanya.aku bukanlah sempurna lagi solatnya.walaupun solat 5 waktu itu dipenuhi.tapi masih belum sempurna.
apa yang aku boleh lakukan.cuba dan mencuba untuk mencari kesempurnaan itu.walaupun kadang-kadang dalam hidup ini aku kecundang.dan rasa susah, malas
untuk sentiasa beribadah mengabdikan dan mengingati-Nya sentiasa tapi aku berusaha.dan salah ke kalau aku diberi peluang utnuk menjadi orang baik.
yang tidak lagi mahu terlalu seronok dalam hidup ini.aku hanya ada keseronokan untuk mencipta kenangan bersama kawan-kawan, keluarga dan orang yang aku
sayang.salah kah itu.adakah kerana aku telah menunjukkan had dalam hidup aku, aku tidak boleh memberi impak sebagai seorang sahabat?adakah kerana aku telah
meletakkan limit dalam hidup aku maka aku sudah tidak boleh lagi menjadi seorang yang seronok untuk bergaul dengan?.adakah aku masih tidak boleh lagi menerima
cara hidup orang lain walaupun tidak sama dengan cara aku?. aku tidak mengadili.malah aku hanya menasihati dan ingin sekali dinasihati.aku tidak kisah.asalkan mereka ketahui batasan itu.sudah mencukupi.aku dulu
bukanlah seorang yang menjaga batasannya.tapi aku berubah demi diri aku.aku rasa tenang dengan diri aku sekarang.walaupun aku sedikit perit tentang
sesuatu hubungan.tapi aku belajar erti redha. yang membuatkan aku sudah malas berfikir.berfikir yang aku sudah hilang kepercayaan orang. tidak peduli kalau
mereka sudah bosan dengan sikap aku.mungkin aku dulu suka bertanya tentang kehidupan, pengalaman hidup dan masalah mereka.tapi mungkin sekarang aku sudah
tidak ada hati lagi.sebab aku sudah terlalu lali dan malas untuk mendengar orang berkata kepada aku, yang kenapa aku banyak tanya pasal kehidupan,
tidak boleh kah aku hidup saja, kenapa aku banyak bertanya apa yang mereka rasa, tak bolehkah aku hanya duduk diam sahaja,tidak usah peduli pasal apa yang dirasa
dan sudah malas pada mereka yang selalu menyatakan kalau aku cerita masalah aku pada kau pun bukannya kau boleh buat apa2.dan aku sudah tidak kesah lagi.
maaf untuk mengatakan yang aku menjadi begini sebab faktor sekeliling, faktor tentang apa yang mereka perktakan tentang diri aku.membuatkan aku ingin mengubahnya.
tapi dengan cara yang salah dan itu adalah kesalahan diri aku sendiri. mungkin aku hanya ada kasih sayang yang tersimpan dan rindu yang terpendam dalam hati
ini yang masih boleh diberikan pada kamu semua.tapi dengan sikap aku yang sebegini aku tidak menyangkakan penerimaan mereka terhadap aku.aku redha.aku sudah mencuba
buat yang terbaik.dan hasilnya tiada siapa yang mahu menerima.

Friday, January 15, 2010

once said..

kejujuran itu kan penting dalam persahabatan.Apa nak disimpan kalau dah sayang cakap jela sayang kalau dah rindu cakap la rindu. bila orang tuh dah tak ada dan kite tak sempat nak bagitahu, menyesal pun tak guna. hidup ini janganlah ego sangat..

dan sebab itu aku berusaha untuk menurunkan ego aku yang tahap infinity ni..

Saturday, January 9, 2010

...





Allah adalah tujuan saya
Rasulullah teladan saya
Al Quran pedoman hdup sya
Jihad adalah jalan juang saya
Mati dijalan Allah adalah
Cita- cita saya yang tertinggi









aku perlu rasakan ini

aku sedar sekarang yang aku ade hak untuk berasa apa yang perlu aku rasa seperti manusia biasa..sayang, cemburu, marah, sakit hati, gembira dan sedih..aku ade hak untuk itu..selagi perasaan aku itu tidak melanggar apa yang perlu kita lakukan dalam hidup ini iaitu mencari cinta yang hakiki..selagi itu aku akan merasakannya..

aku ade hak untuk menyatakan sebagai seorang manusia biasa yang aku sayang, cemburu, marah, sakit hati, gembira dan sedih..aku ade hak untuk itu..selagi perasan aku itu tidak melanggar dan menyebabkan aku kepada gejala yang tidak elok..aku ade hak untuk itu..

dan sebarang rasa yang dirasa oleh anda kamu ade hak untuk itu..dan aku tidak akan menghalangnya...

Sunday, November 8, 2009

kesyukuran..

aku belajar untuk rasa bersyukur. aku belajar untuk menerima segalanya. aku bersyukur aku pernah mengalami saat yang indah. kalaupun saat ini aku akan menghadapi kepahitan. tapi aku sedang belajar untuk bersyukur dan aku redha. aku tidak menharapkan peluang kedua, tapi aku mengharapkan supaya aku mengerti erti kesyukuran dan aku diberi rasa untuk bersyukur itu..


dan aku bersyukur untuk segalanya, aku sedang belajar untuk itu..semoga aku tabahkan hati untuk segalanya, redha dan bersyukur untuk segala nikmat yang diberi, yang dirasai bersama orang, yang dikongsi bersama orang. semoga aku akan sentiasa begini dan selalu begini.

Friday, October 9, 2009

aku nak bertanya kepada kamu...

semua, apa yang kamu akan buat kalau ada orang yang mengharapkan sebuah persahabatan yang dia sendiri tidak tahu akan terjalin atau tidak disebabkan dia rasa bersalah kalau terlalu rapat dengan kamu dan tidak mahu menjadi pengganggu sahabat kamu yang sudah sedia ada ikatan yang sangat baik?








p/s : sila respon kepada stimuli

kebaikan dalam diri aku...?

aku mahu kesudahan yang sempurna.Dan sekarang aku dah belajar dan tahu, aku mengerti dengan sukarnya. Aku tahu yang tidak semua puisi itu berirama , tidak semua kisah cerita mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran yang jelas. Hidup ini hanyalah pasal mengetahui, dan bersedia untuk perubahan dan mengambil semua kenangan dan peristiwa itu and making the best of it, without knowing what is going to happen next.

Dan aku belajar untuk menjaga hati orang lain sampai menyakiti hati orang itu. Aku prihatin terhadap kawan-kawan aku, hanya dengan cara itu aku boleh menjaga perhubungan aku dengan mereka. Aku tak lah sempurna. Aku tahu aku seorang yang baik yang selalu juga membuat kesalahan.

Dan aku tak tahu kenapa orang lain boleh rapat dengan aku walaupun sebentar aku mengenali mereka. Dan aku mengetahui itu, mereka mula menjauhkan diri mereka dari aku yang aku pun tak faham apa maksud mereka kawan. Bagi akku pershabatan yang senang untuk dilupakan, diakhiri, tidak pernah pun terjalin. Friendship that can really end never really began. Mulai saat itu aku fikir lebih baik aku tidak terlalu mengambil berat tentang orang lain.

Kamu rasa jahat tak kalau tak mengambil berat dan tak menjaga hati orang lain. Jahat kan? tapi akan rasa bersalah juga diakhirnya. Aku teringin buat jahat yang diakhirnya aku tidak rasa bersalah..tapi aku tidak boleh..aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang baik yang selalu membuat kesalahan..

Wednesday, August 19, 2009

those who have the fruits must climb the tree

sebenarnya lebih banyak berkomumikasi kita akan lebih cenderung utnuk tidak berkomunikasi. hari2 bercakap dan mengenali satu sama lain menyebab kan diri kita makin susah untuk mempunyai komunikasi yang bagus. semakin kita kenal orang semakain kita tak faham orang tuh semakain kurang pertanyaan di antara kita. dan tak kan kita nak tanya the old same question right.
apa-apa pun hidup memang satu kitaran yang kita tak boleh nak ubah ianya adalah satu positive feedback dan bukan negative feedback yangvkita boleh inhibitn or stop the circulation right.

Wednesday, July 15, 2009

balik rumah..

esok aku balik rumah.. aku takut sebenarnya untuk mengaku kehidupan aku disini lebih baik dari dulu.dan aku lebih gembira. tidak mengetepikan mereka yang ada dalam hati aku. hanya beberepa dari mereka sahaja yang aku rindui.

Saturday, July 11, 2009

may i find my freedom for eternity

my momma always said that life is like a box of chocolate, you will never know what you gonna get - forrest gump

hari nih hujan sangat lebat. tapi aku sempat jogging untuk 30 minit melepaskan tension yang ada dalam jiwa aku ni. aku rasa menyesal aku tak meneruskan jogging aku semasa hujan tengah turun dengan lebat. dah lama aku tak boleh berlari dalam hujan. aku terfikir tentang sesuatu. sesuatu yang membuatkan aku tak rasa diri aku buat seketika. aku rasa perkara yang paling perit adalah kita terhalang daripada melakukan perka yang kita selalu dan suka lakukan. buat seketika aku termenung sambil mendengar lagu get here yang beralun di dalam eardrum telinga aku dan seterusnya membawa kepada spinal cord dan di alurkan ke effector neuron aku dan seterusnya membawa aku menghayati lirik lagu tersebut. walaupun aku diselubungi gelak tawa oleh orang lain disekitar aku. aku tetap tidak dapat mencari gelak tawa yang selama menjadi identiti diri aku. aku tidak mengerti senyuman yang aku berikan,lawak dongengan yang aku lakukan. tapi aku sukar untuk mengenali diri aku, emosi yang patut aku tonjolkan dalam sesuatu situasi. yang penting aku memang sudah tidak memikirkan apa yang aku akan hadapi selepas ini.


aku lebih banyak menghabiskan masa dengan diri aku sendiri disebabkan aku terlalu sibuk sebelum ini untuk melayan karenah aku sendiri membuatkan aku tidak mencukupi masa untuk menghabiskan masa dengan mereka disini. lebih banyak perbualan tentang formula ideal gas equation, polynomial dan lakaran 1,4-alpha glycosidic bond daripada bertanyakan tentang berapa kegembiraan yang telah dikecapi berada disini, dan formula untuk meningkatkan kebahagiaan rohaniah dan duniawi. semua rakus mengejar kejayaan yang mereka tak tahu apakah jika mereka berusaha mereka akan berjaya. aku yakin aku kan berjaya jikausaha yang aku lakukan adalah lebih daripada usaha orang yang lebih berusaha. yakin pada diri tapi sebenarnya tidak. percaya boleh mencapai kejayaan tapi tidak boleh. adakah aku sudah penat mengejar kejayaan. ya. aku memang sudah penat, tapi ini untuk kedua- ibu bapa dan guru-guru aku. jika bukan sebab mereka at least untuk diri aku sendiri. diri aku sendiri. aku dah banyak gagal dari berjaya. aku tahu jika aku tidak bangun-bangun dari kekalahan aku sememangnya orang yang gagal. kegagalan adalah kejayaan jika kita bangkit dari kegagalan yang lalu tapi kita rugi jika tidak bankit dari kegagalan buat selama- selamanya.


sambil mendengar lagu robbie williams-eternity sekarang nih aku berharap agar kehidupan manusia lebih baik dari yang lalu dan semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik. aku hampir putus asa, tapi aku tidak boleh putus asa padahal mereka sekiling aku sudah maju kedepan, life is about taking one step ahead, satu langkah itu sama ada memberi kegagalan mahupun kejayaan. kita yang mengorak langkah itu. berhati2 lah jangan sampai kita terjatuh di saat sedangmelangkah atau terjatuh disaat tiada langkah yang dilakukan. semoga langkah kita adalah kearah kebaikan dan menuju jalan yang diredhai- Nya.

Wednesday, July 8, 2009

aku dah lama tak luangkan masa untuk diri sendiri

sekarang ni aku tak tahu aku nak tulis apa. tapi still aku ada something to say tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Aku terlalu penatlah nak menulis tapi nafsu tuh masih kuat lagi nak cerita.



aku dah lama tak dengar berita pasal dunia luar dari pasal family aku hinggalah pasal kawan2 yang rapat dengan aku. apa yang telah jadi dengan dunia realiti sekrang. hidup aku macam satu kitaran yang sama je setiap hari. bangun pagi apa yang aku fikir aku kena pergi kuliah awal kalau tak aku duduk kat belakang then aku kena tumpukan perhatian dalam kuliah. urgh boleh tak hidup aku ni relaks sikit. lepas je habis kuliah yang aku fikir nak tidur dan bangun untuk riadah. malam aku akan study dan balik pukul 11.30 lepas tuh tidur macam tak ada benda lain nak dibuat dalam dunia aku sekarang nih.





hidup aku dah macam satu proses dalam calvin cycle yang akan mengulangi proses yang sama setiap hari. seriously aku cakap aku hampir hilang diri sendiri disebabkan terlalu busy. kadang-kadang aku rasa ada orang cakap dengan aku dan aku akan jawab tapi bukan diri aku yang jawab. pernah rasa macam tuh?

tapi aku harap benda tak lah berterusan. malas jugak aku nak layan. aku harap aku berjaya dudunia dan di akhirat.

ini sepatutnya aku memberi penghormatan untuk ibuku

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares? My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Wednesday, June 17, 2009

aku tak mungkin boleh jadi cikgu

Aku ingat lagi masa aku kat sekolah menengah dulu. Aku memang suka ajar orang lain kalau aku tahu sesuatu tuh tapi kebanyakannya tak kan berhasil. Sebab aku memang susah nak buat orang faham. Aku imagine dalam kepala aku nih tapi aku tak dapat nak buat mereka imagine apa yang aku fikir dalam kepala aku. So aku memang jarang sekali kalau aku ajar orang, mereka akan faham apa yang aku ajar. Kadang - kadang aku naik fade up sebab aku rasa macam hina disebabkan tak dapat nak ajar dan buat mereka faham. Nampak sangat yang kefahaman aku lain dari apa yang mereka belajar.


Mungkin aku memang tidak dilahirkan untuk mengajar tapi untuk merosakkan mereka je. Kadang - kadang apa yang aku ajar mereka tuh tak ada dalam syllibus pun. Ntahapehapentah. Aku memang kagum dengan cikgu - cikgu aku yang dah buat aku berjaya sampai peringkat sekarang. Walaupun aku bukanlah pelajar yang baik. Tapi dalam hati aku aku adalah pelajar kepada guru yang baik. Dan lagi satu aku tahu dan perasan kadang - kadang kalau mereka tak tahu satu - satu soalan tuh aku adalah orang yang terakhir mereka akan tanya tak tahu kenapa. dan kebanyakannya mereka akan dengar pendapat orang lain dulu baru mereka pertimbangkan pendapat aku. Kalau aku salah selalunya aku akan dihentam dan macam kena pandang serong. Mula dari itu aku dah trauma nak ajar orang lain. Tapi bukanlah aku kedekut ilmu. Cuma aku takut aku ajar mungkin korang tak akan faham atau susah nak faham.





terima kasih kepada cikgu yang dah susah payah ajar aku untuk buat kerja rumah dan baca buku setiap hari.

Wednesday, June 10, 2009

aku banyak makan....

aku banayak makan sambal belacan oh kat sini. disebabkan makanan kat tempat aku nih yang paling sedap pun sambal belacan. Aku redha jelah. Akibatnya hidung aku berair sepanjang masa dan kena bawak satu kotak tisu setiap hari aku pergi kuliah. Ahahah/ the best thing in the world lah sambal belacan bila akukat sini sebab yang lain tuh macam makanan orang sakit jek. Aku pun confuse aku kat hospital ke atau aku kat tempat untuk mentelaah buku. Itu belum cerita pasal menu daging yang membuatkan aku dari suka daging dah kurang suka daging.

Kadang kadang aku fikir memang la kita kena bersyukur atas apa yang kita dapat macam dewan selera aku nihlah kan. Aku tahulah free tapi macamni ke nak bagi orang makan, orang yang nak belajar. Lainlah kita tak mampu nak beli semua barang2 makanan tuh patut la rasa redha. Tapi masalahnya ni mampu. MARA bagi peruntukan berjuta - juta untuk makanan sahaja. Tapi nak masuk duit poket lebih sanggup buat makanan ala kadar sajelah.

Haish aku tak faham dengan dunia sekarang. Tapi aku harap aku lebuh redha je dudukkat sini. Tak sabar nak balik KL. Aku nak makan mak aku masak. hehehe..

Tuesday, June 9, 2009

maybe some deeper conversation

Bak kata kawan aku nilah kadang - kadang kita hanya perlu jumpa. dan segala yang kita ingin cakapkan semua akan diluahkan walaupun kita tak bercakap. orang cakap comfortable silence. dan apa yang aku rasa sekarang adalah memang being silent adalah jalan terbaik untuk merungkaikan apa yang aku ingiin luahkan kepada mereka. jika mereka faham pergerakan mata aku. pandangan aku pergerakan aku dan seyuman aku. mereka tentu akan faham kenapa aku hanya boleh berdiam diri. sebabnya aku pun tak tahu. tapi aku cuma rasa aku nak melihat mereka saja. itu sudah cukup bagi aku.aku tahu aku tak adil, aku selfish tapi aku hanya mintak satu saja. iaitu fahamlah aku. hayatilah apa yang aku rasa dalam hati aku nih. ketahuilah apa yang aku ingin cakapkan tak kan pernah aku boleh luahkan walaupun setiap hari berjumpa. aku memang hipokrit. sangat kasihan kan. aku memanng such a loser walaupun pada diri aku sendiri. aku dah penat. I'm tired of this smile that i don't recognize. i'm tired of hiding behind this lying eyes. i am boring.aku memang membosankan kan. hari- hari dalam blog aku cerita pasal luahan hati. pathetic gila. macam nak mintak simpati kat semua masalah aku yang macam bangang nih.



you : Assalamualaikum. Apa macam kuiz? markah ok?

me : Ahahaa . Waalaikumussalam. Ok je. Aku chem dapat B jek . Slack sebab careless. Kau? Sorry balas lambat aku ada kuliah tadi.

you : Oh ya ke? Oklah tu. Kau dapat mintak buat buat balik semula tak untuk kuiz? Aku tak dapat lagi tahu dapat A ke B ke.

me : Kau tengah free ke sekarang. Oh kat sini tak ada buat2 balik oh. Kalau dapat below 50 kena masuk intervension kelas. Kau boleh buat balik ke?

you : Aku tengah kuliah math. Hahah hari ni ada kuiz math. Kelam kabut aku. Kat sini tak ada pulak intervension class. Kau kena masuk ke? Kitaorang boleh buat balik insyaAllah lah.Hahahha.

me : Oh Ok2 goodluck untuk kuiz kau ye. Aku tak masuk kelas tuh. Tapi aku masuk jek untuk belajar lebih.

you : Hahahah ok thank you. Wah rajin kau masuk eh? kelas tu malam ke apa?

me : A' a rajin la. Aku tak sempat nak buat revison so aku masuk jela. Untuk study2.

you : Oh ok lah tuh eh. Hahah aku perlukan masa untuk study oh, satu hari tak cukup masa oh.

me : Betul la kadang - kadang aku stress aku lari satu kolej time petang - petang sampai kaki sakit. then minum coke. Asyik sakitkan diri jek.

you : Hahah tula, kadang - kadang rasa geram sangat tak tentu pasal sampai macam nak sakitkan diri kan. No pain no gain.

me : Ahahaha. tuh sebab lah aku suka coke mcd. aagagagg. Tapi kat sini islamic. Jadi aku kena kawal sikit. Agagag. Kau dah habis kuliah ke?

you : Ahahahah kau beli coke kat mana ? Aku kat sini coke dalam tin tak sedap sangat. Wei kuiz math aku ditunda. Hahah alhamdulillah. Hahhaha.

me : Kat koperasi. Dalam tin gak. Gas banyak gila. Ahahah aku dah boring online. Aku rasa aku pergi matrix jadi pasif oh.

you : Tula. Tin coke tak sedap. Macam telan buih je. Hahahah kau rasa satu hari kau ada cakap tak? Macam berbual semua. Aku macam dah jadi bisu. Kalau setakat tanya soalan kerja tak kira, hahahahha.

me : Ahahah Entahla. Setakat ni banayak pasal kerja rumah apa kena buatesok je aku tanya dan cakap sikit2. Sebab dorang kat sini peramah.Tapi aku mampu senyum dan gelak je pun . hAISH mungkin akan jadi ok lah. Tapi aku takut aku tak banyak cakap bila jumpa orang . Kau lak?

you : Aku pun rasa macam tuh jugak sebenarnya. Aku takut nanti bila kita lepak rasa macam kekok tak tahu nak cakap pasal apa. Hahahah tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa ek.

me : Hurm tuhla sebenarnya kalau kita faham orang tuh yang dia akan diam bila jupa kan. Suasana tak akan jadi kekok sangat. Kadang - kadang kita jumpa je tapi tak bercakap pun dah bagitahu apa perasaan kita sebenarnya. Sebab kalau lagi push kita untuk cakap. Confirm kita bad mood

you : A'a em apa panggil comfortable silence. Itu yang best kadang - kadang. Kau tak ada kuliah ke? Aku pukul 3 nanti ada bio kuliah.

me: Oh aku ada kuliah bio gak pukul 2. 40 agagagga. Tapi sesetengha orang susah nak terima. Ahahah. yang peliknya punyalah diam time jumpa. Cuma jalan - jalan dan pandang2 jekan. Tapi tulah the best conversation yang kita rasa for that day.

you : Haha sama ek. A'a sesetengah orang tak biasa lagi dengan kesunyian. Tapi best juga kita bisu je. tak banyak buat dosa. Hehehehe.

me : Hahahah ye2. Tapi kalau macam ni. tak ke sangat kasihan.Depression ke ek?

you : em sebenarnya takrif depression adalah perubahan diri misalnya dah hilang minat buat benda - benda yang kita minat yang menjejsakan kerja, sosial kita semua tuh lah. Melainkan perubahan kita itu tak menjejaskan kerja, pembelajaran dan sosial ke bukan depression namanya. Itu dipanggil change. Hahahah.

me : Ahahah eceh. Kena ceramah dengan tok pakar psikologi yang ada psychological problems..ahaha aku tak boleh terima perubahan. Oklah dah start kuliah . semoga berjaya.

you : Ahahahha. ok lah thank you layan aku borak. Aku dah lama tak berbual oh . Hahahhah.



perbualan ni cuma pandangan aku. Tapi apa- apa pun aku tetap akan ok sepanjang masa. aku adalah diri aku yang dulu dan ada penambahan pada aku pada masa sekarang. Mungkin aku sedang mengalami depression bukan perubahan. Dan cuma mungkin dengan satu kumpulam asing aku akan duduk diam dan baca buku are you crazy. But for my friends. no worries. sentiasa ada benda yang untuk dibualkan. melainkan aku teramat lapar dan mengidam nak makan pancake.
maybe i need a deeper connection or perhaps some deeper conversation right mr.you

Friday, June 5, 2009

Selamat Hari Jadi Mama..


sepatutnya semalam hari jadi mak aku tapi aku hanya berkesempatannak update blog hari ni je. Ini kali pertama aku tak ada bersama mak aku masa hari jadi dia.
Selamat ulang tahun kelahiran mama.

kebenaran memang menyakitkan

aku seorang yang tak jujur tapi aku juga tak suka orang tipu aku tapi bila aku dah tahu kebenaran tuh memang hati sakit gila tapi as i said before aku pun tak lah jujur sangat kalau nak sakit hati bila orang tipu aku kan aku akan lihat balik lah aku memang patut ditipu sebab selama ni aku asyik suka menipu orang lain je aku takut orang akan marah aku bila tahu kebenaran . sebab aku tahu mereka akan sakit hati kalau akau bagi tahu kebenaran tapi mereka juga akan sakit hati kalau tahu aku tipu mereka. Tapi aku lebih prefer tidak bagi tahu . Ok jap aku dapat satu ayat untuk menggantikan perkataan " tipu" ni ..maksud aku , aku bukan tipu cuma aku tak nak bagi tahu , itu lebih baik dari sakitkan hati orang lain dengan kebenaran


Aku paling tak suka kalau aku dah berterus teraang semuanya akan nampak macam tak kena macam aku nih jahat , tak jaga hati orang , itu yang aku rasa bila aku bagi tahu kebenaran . Aku tak suka kebenaran yang menyakitkan hati aku. Bagi aku lebih baik jangan bagi tahu daripada aku sakit hati . Biarlah aku tak tahu apa- apa daripada tahu apa -apa . biarlah kebahagiaan yang aku rasa tuh sekejap je daripada aku tak dapat rasa langsung kebahagiaan . Aku suka berfikiran optimis aku akan sedaya upaya fikir orang sekeliling aku baik. Tapi aku tak boleh dalam hati kecil aku mesti terdetik satu sikap negatif lah kan.


Bagi pandangan aku macam mana sempurna pun aku nampak orang lain lebih dari aku kesempurnananya . Aku tahu pasti hati dia terdetik nak kutuk orang , tak suka orang tuh, tak puas hati dengan seseorang, semua orang hipokrit, dan manusia tuh tak kan mungkin atau pernah jadi sempurna , sebab kesempurnaan memang membosankan , tak ada variasi dalam hidup , hilang keupayaan untuk cemburu dengan orang yang kita sayang , rasa marah terhadap mereka yang bersalah , rasa senang hati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup orang lain .Kesempurnaan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk lagi , sebab terlalu sempurna kita kan bosan menjadi baik dan kemudian jadi lebih jahat.


Dan kebenaran pasal aku adalah aku adalah insan , hamba Allah , pelajar , anak , sahabat teman yang tidak akan jadi sempurna walau sekal. Aku memang tidak sempurna tidak akan dan pernah jadi sempurna. Aku sedar aku lebih menyakitkan hati orang lain daripada menjaga hati mereka . Aku lebih pentingkan kepentingan aku , kemahuan diri daripada kemahuan mereka , tapi aku juga sentiasa mencuba mebuat mereka berasa selesa, menyayangi mereka lebih dari aku walaupun aku lebih menyayangi diri aku , aku cuba untuk berkawan , mencintai , menyayangi mereka kerana Allah, tapi aku tahu kebenarannya aku tak akan boleh jadi sebegitu


Kita selalu fikir hidup ini sentiasa indah , best , seronok , tapi kebenarannya hidup ini lebih menyakiktan , tidak adil dan yang paling pedih adalah kebenaran yang kita sebenarnya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini walaupun kita cakap dah bosan dengan hidup tapi tidakbertindak untuk bertaubat kepada Yang Satu . Pernah terfikir macam mana kita nanti bila kita berada di akhirat kelak. aku masih tidak mencuba untuk mencapai ke arah itu. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. aku kat sini dah macam dikelilingipara ulama. setiap hari ada tazkirah . Mengenai aurat dan semuanyalah. Sedangkan pakai selipar pun kena pakai stokin. Tapi aku lebih prefer pakai kasut lah senang sikit. Aku terlalu banyak bercakap tentang hal agama. Aku tak tahu kenapa.tapi aku tahu aku tak bagus dan tak sempurna. Jadi aku tidak berniat untuk melahirkan dakwah dan jihad kat sini. Jadi jangan salah anggap yang entri aku nih menyatakan aku nih terlau sempurna , baik hati dan tak pernah buat dosa. Masing - masing ada kesalahan masing- masing. Aku sekadar merenungi diri. jangan salah anggap.


Beberapa hari nih aku tak banyak cakap . Dan tahu - tahu jelah kalau tak bercakap . Rasa macam sedang mengalami depression. Kadang - kadang seronok bersendirian tapi aku perlu jugak orang untuk bercakap. Cuba bayangkan hidup kalau tak bercakap. Melainkanlah kalau dari sejak azali dah dilahirkan bisu. Bosan kan.


Aku semakin sensitif, murung ,membosankan , yang aku tahu kat sini. yang aku boleh buat kat sini adalah study , study dan study . Aku bukan nerd tapi aku hilang deria dan nafsu untuk bersosial , aku bukan lah berkawan baik dengan buku sangat . Tapi buat masa nih mereka lah teman aku . Aku terlalu depress . Aku cepat terasa hati walaupun sikit je kata- kata yang sakitkan hati aku . Aku macam kaca. Bila - bila masa aku akan pecah even terlanggar sikit je. Ini satu kebenaran yang aku tak boleh terima sebenarnya . Aku dulu tidak macam ni. Aku jenis orang yang tak kesah. apa - apa hal orang tanya aku, aku akan jawab tak kesah. Mungkin sebab perubahan mood aku kat sini yang buatkan aku macam tuh. Salah satu simptom depression ialah hilangnya mood untuk membuat perkara2 yang kita suka atau selalu lakukan . Dan itu yang berlaku kat aku sekarang . Aku rasa nak berhenti blogging, aku rasa nak berhenti menari, aku nak berhenti bermain bola keranjang, aku hilang mood nak mesej orang,aku hilang mood nak call orang, aku dah hilang mood nak buat benda bodoh, aku dah hilang daya nak gelak gila2, aku dah hilang upaya nak senyum , aku paling tak suka perubahan, sebab aku tahu inilah yang akan jadi kat aku. Aku dah bosan dengan penat. tapi tiap2 hari aku rasa penat, walaupun aku dah bosan dengan semua benda yang penatkan otak dan badan aku


aku cuba tak fikir semua perkara yang akan negatifkan aku tapi aku tak boleh, makin aku cuba lupakan, makin teruk aku akan fikir.

aku tak suka kebenaran yang aku akan berubah sebegini

Dan kebenarannya aku dah pun jadi macam nih

Kebenarannya semua benda ini adalah benar

*sigh