Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum.

Sejak dunia maya semakin menyepi dalam hidup aku, maksud aku social networking ; facebook/twitter/blog satu aku perasan banyak perubahan berlaku, aku jadi tidak peduli, sebab aku merasakan perkara yang sama berlaku setiap hari, tiada perubahan dalam kehidupan. Tapi kadang-kadang dah lama tak menulis, aku rindu, sampai jari kaku, ayat dah tak menentu.

Aku dah mula rasa percaya, yang sememangnya, perkara-perkara social network ni tak elok untuk aku, aku tidak nyatakan social network tak elok untuk orang juga, tapi cuma aku, Aku, Me. Aku jenis cepat sangat salah faham, dan untuk mempunyai social networking memang tak bagus untuk aku, aku cenderung untuk menggali setiap inci perkara yang tidak berlaku depan mata aku, dan saat itu hati mulai cemburu, hati mulai marah, hati mulai rasa disisihkan, rasanya kalau nak dikatakan, telefon bimbit pun tidak elok untuk aku.

Aku rasa lebih tenang aku tidak berhubung dengan mana-mana dunia alam maya, dunia teknologi, sebab ketika itu aku tahu, hanya Allah yang berada disisi aku ketika aku senang dan susah, ketika aku tidak perlu meluahkan masalah aku pada manusia. Sangat tenang. Lagi satu keadaan lebih lancar, tiada hati yang disakiti, tiada rasa marah yang membara.

Tapi aku lupa pada jangka masa yang lama itu, pada masa aku merasakan Allah dekat denganku, aku kembali kepada dunia lama, makin lama, makin aku rasa putus asa dengan manusia, dan ketika itu aku terlupa yang aku ada Allah, sangat lama baru aku tersedar, sekrang, baru aku sedar. Aku sedar ketika aku mula rasa give up untuk mencuba, aku sedar bila aku sudah mula rasa aku diketepikan, aku sedar bila aku mula rasa hidup ini hanya sandaran. Sebab kenapa aku mula sedar ketika kekecewaan menghampiri aku, ketika aku sudah mula putus asa. Hanya satu perkara yang boleh buat kita tahu sama ada Allah berada jauh atau dekat, kita akan tahu Allah itu jauh pabila kita mulai rasa putus asa, sebab ketika itu Allah tiada disisi untuk menolong, untuk memberi kekuatan pada kita, akhirnya kita putus asa, senangkan nak tahu, dan aku tahu bila mana aku mulai putus harapan, dan aku tak ada kekuatan untuk bangkit, aku tahu Allah sudah jauh dengan aku.

Lantas aku teringat, Tiada apa yang lebih manis dari yang manis apabila kita berbuat dosa dan kemudian bertaubat.

Sesungguhnya, aku lupa bahawa, kalau kita merangkak ke arah Allah, Dia akan berjalan menghampiri kita, dan jika kita berjalan menghampiriNya, nescaya Dia berkejaran memeluk kita. Maniskan.

Cinta pada Allah yang tak dapat dirasai apabila kita mencintai manusia, cinta yang tidak nampak, tapi merasakan cinta itu ada, dan yang paling manis, saat kita tersenyum apabila kita tahu, Allah sentiasa mencintai kita. Dan aku hampir mengalirkan air mata ketika ini, sebab kita rasa terharu rasa sedih, bila kita tahu, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima. Cuma aku manusia yang terlalu sombong.

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya, dan diberi petunjuk.