Wednesday, June 17, 2009

aku tak mungkin boleh jadi cikgu

Aku ingat lagi masa aku kat sekolah menengah dulu. Aku memang suka ajar orang lain kalau aku tahu sesuatu tuh tapi kebanyakannya tak kan berhasil. Sebab aku memang susah nak buat orang faham. Aku imagine dalam kepala aku nih tapi aku tak dapat nak buat mereka imagine apa yang aku fikir dalam kepala aku. So aku memang jarang sekali kalau aku ajar orang, mereka akan faham apa yang aku ajar. Kadang - kadang aku naik fade up sebab aku rasa macam hina disebabkan tak dapat nak ajar dan buat mereka faham. Nampak sangat yang kefahaman aku lain dari apa yang mereka belajar.


Mungkin aku memang tidak dilahirkan untuk mengajar tapi untuk merosakkan mereka je. Kadang - kadang apa yang aku ajar mereka tuh tak ada dalam syllibus pun. Ntahapehapentah. Aku memang kagum dengan cikgu - cikgu aku yang dah buat aku berjaya sampai peringkat sekarang. Walaupun aku bukanlah pelajar yang baik. Tapi dalam hati aku aku adalah pelajar kepada guru yang baik. Dan lagi satu aku tahu dan perasan kadang - kadang kalau mereka tak tahu satu - satu soalan tuh aku adalah orang yang terakhir mereka akan tanya tak tahu kenapa. dan kebanyakannya mereka akan dengar pendapat orang lain dulu baru mereka pertimbangkan pendapat aku. Kalau aku salah selalunya aku akan dihentam dan macam kena pandang serong. Mula dari itu aku dah trauma nak ajar orang lain. Tapi bukanlah aku kedekut ilmu. Cuma aku takut aku ajar mungkin korang tak akan faham atau susah nak faham.





terima kasih kepada cikgu yang dah susah payah ajar aku untuk buat kerja rumah dan baca buku setiap hari.

Wednesday, June 10, 2009

aku banyak makan....

aku banayak makan sambal belacan oh kat sini. disebabkan makanan kat tempat aku nih yang paling sedap pun sambal belacan. Aku redha jelah. Akibatnya hidung aku berair sepanjang masa dan kena bawak satu kotak tisu setiap hari aku pergi kuliah. Ahahah/ the best thing in the world lah sambal belacan bila akukat sini sebab yang lain tuh macam makanan orang sakit jek. Aku pun confuse aku kat hospital ke atau aku kat tempat untuk mentelaah buku. Itu belum cerita pasal menu daging yang membuatkan aku dari suka daging dah kurang suka daging.

Kadang kadang aku fikir memang la kita kena bersyukur atas apa yang kita dapat macam dewan selera aku nihlah kan. Aku tahulah free tapi macamni ke nak bagi orang makan, orang yang nak belajar. Lainlah kita tak mampu nak beli semua barang2 makanan tuh patut la rasa redha. Tapi masalahnya ni mampu. MARA bagi peruntukan berjuta - juta untuk makanan sahaja. Tapi nak masuk duit poket lebih sanggup buat makanan ala kadar sajelah.

Haish aku tak faham dengan dunia sekarang. Tapi aku harap aku lebuh redha je dudukkat sini. Tak sabar nak balik KL. Aku nak makan mak aku masak. hehehe..

Tuesday, June 9, 2009

maybe some deeper conversation

Bak kata kawan aku nilah kadang - kadang kita hanya perlu jumpa. dan segala yang kita ingin cakapkan semua akan diluahkan walaupun kita tak bercakap. orang cakap comfortable silence. dan apa yang aku rasa sekarang adalah memang being silent adalah jalan terbaik untuk merungkaikan apa yang aku ingiin luahkan kepada mereka. jika mereka faham pergerakan mata aku. pandangan aku pergerakan aku dan seyuman aku. mereka tentu akan faham kenapa aku hanya boleh berdiam diri. sebabnya aku pun tak tahu. tapi aku cuma rasa aku nak melihat mereka saja. itu sudah cukup bagi aku.aku tahu aku tak adil, aku selfish tapi aku hanya mintak satu saja. iaitu fahamlah aku. hayatilah apa yang aku rasa dalam hati aku nih. ketahuilah apa yang aku ingin cakapkan tak kan pernah aku boleh luahkan walaupun setiap hari berjumpa. aku memang hipokrit. sangat kasihan kan. aku memanng such a loser walaupun pada diri aku sendiri. aku dah penat. I'm tired of this smile that i don't recognize. i'm tired of hiding behind this lying eyes. i am boring.aku memang membosankan kan. hari- hari dalam blog aku cerita pasal luahan hati. pathetic gila. macam nak mintak simpati kat semua masalah aku yang macam bangang nih.



you : Assalamualaikum. Apa macam kuiz? markah ok?

me : Ahahaa . Waalaikumussalam. Ok je. Aku chem dapat B jek . Slack sebab careless. Kau? Sorry balas lambat aku ada kuliah tadi.

you : Oh ya ke? Oklah tu. Kau dapat mintak buat buat balik semula tak untuk kuiz? Aku tak dapat lagi tahu dapat A ke B ke.

me : Kau tengah free ke sekarang. Oh kat sini tak ada buat2 balik oh. Kalau dapat below 50 kena masuk intervension kelas. Kau boleh buat balik ke?

you : Aku tengah kuliah math. Hahah hari ni ada kuiz math. Kelam kabut aku. Kat sini tak ada pulak intervension class. Kau kena masuk ke? Kitaorang boleh buat balik insyaAllah lah.Hahahha.

me : Oh Ok2 goodluck untuk kuiz kau ye. Aku tak masuk kelas tuh. Tapi aku masuk jek untuk belajar lebih.

you : Hahahah ok thank you. Wah rajin kau masuk eh? kelas tu malam ke apa?

me : A' a rajin la. Aku tak sempat nak buat revison so aku masuk jela. Untuk study2.

you : Oh ok lah tuh eh. Hahah aku perlukan masa untuk study oh, satu hari tak cukup masa oh.

me : Betul la kadang - kadang aku stress aku lari satu kolej time petang - petang sampai kaki sakit. then minum coke. Asyik sakitkan diri jek.

you : Hahah tula, kadang - kadang rasa geram sangat tak tentu pasal sampai macam nak sakitkan diri kan. No pain no gain.

me : Ahahaha. tuh sebab lah aku suka coke mcd. aagagagg. Tapi kat sini islamic. Jadi aku kena kawal sikit. Agagag. Kau dah habis kuliah ke?

you : Ahahahah kau beli coke kat mana ? Aku kat sini coke dalam tin tak sedap sangat. Wei kuiz math aku ditunda. Hahah alhamdulillah. Hahhaha.

me : Kat koperasi. Dalam tin gak. Gas banyak gila. Ahahah aku dah boring online. Aku rasa aku pergi matrix jadi pasif oh.

you : Tula. Tin coke tak sedap. Macam telan buih je. Hahahah kau rasa satu hari kau ada cakap tak? Macam berbual semua. Aku macam dah jadi bisu. Kalau setakat tanya soalan kerja tak kira, hahahahha.

me : Ahahah Entahla. Setakat ni banayak pasal kerja rumah apa kena buatesok je aku tanya dan cakap sikit2. Sebab dorang kat sini peramah.Tapi aku mampu senyum dan gelak je pun . hAISH mungkin akan jadi ok lah. Tapi aku takut aku tak banyak cakap bila jumpa orang . Kau lak?

you : Aku pun rasa macam tuh jugak sebenarnya. Aku takut nanti bila kita lepak rasa macam kekok tak tahu nak cakap pasal apa. Hahahah tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa ek.

me : Hurm tuhla sebenarnya kalau kita faham orang tuh yang dia akan diam bila jupa kan. Suasana tak akan jadi kekok sangat. Kadang - kadang kita jumpa je tapi tak bercakap pun dah bagitahu apa perasaan kita sebenarnya. Sebab kalau lagi push kita untuk cakap. Confirm kita bad mood

you : A'a em apa panggil comfortable silence. Itu yang best kadang - kadang. Kau tak ada kuliah ke? Aku pukul 3 nanti ada bio kuliah.

me: Oh aku ada kuliah bio gak pukul 2. 40 agagagga. Tapi sesetengha orang susah nak terima. Ahahah. yang peliknya punyalah diam time jumpa. Cuma jalan - jalan dan pandang2 jekan. Tapi tulah the best conversation yang kita rasa for that day.

you : Haha sama ek. A'a sesetengah orang tak biasa lagi dengan kesunyian. Tapi best juga kita bisu je. tak banyak buat dosa. Hehehehe.

me : Hahahah ye2. Tapi kalau macam ni. tak ke sangat kasihan.Depression ke ek?

you : em sebenarnya takrif depression adalah perubahan diri misalnya dah hilang minat buat benda - benda yang kita minat yang menjejsakan kerja, sosial kita semua tuh lah. Melainkan perubahan kita itu tak menjejaskan kerja, pembelajaran dan sosial ke bukan depression namanya. Itu dipanggil change. Hahahah.

me : Ahahah eceh. Kena ceramah dengan tok pakar psikologi yang ada psychological problems..ahaha aku tak boleh terima perubahan. Oklah dah start kuliah . semoga berjaya.

you : Ahahahha. ok lah thank you layan aku borak. Aku dah lama tak berbual oh . Hahahhah.



perbualan ni cuma pandangan aku. Tapi apa- apa pun aku tetap akan ok sepanjang masa. aku adalah diri aku yang dulu dan ada penambahan pada aku pada masa sekarang. Mungkin aku sedang mengalami depression bukan perubahan. Dan cuma mungkin dengan satu kumpulam asing aku akan duduk diam dan baca buku are you crazy. But for my friends. no worries. sentiasa ada benda yang untuk dibualkan. melainkan aku teramat lapar dan mengidam nak makan pancake.
maybe i need a deeper connection or perhaps some deeper conversation right mr.you

Friday, June 5, 2009

Selamat Hari Jadi Mama..


sepatutnya semalam hari jadi mak aku tapi aku hanya berkesempatannak update blog hari ni je. Ini kali pertama aku tak ada bersama mak aku masa hari jadi dia.
Selamat ulang tahun kelahiran mama.

kebenaran memang menyakitkan

aku seorang yang tak jujur tapi aku juga tak suka orang tipu aku tapi bila aku dah tahu kebenaran tuh memang hati sakit gila tapi as i said before aku pun tak lah jujur sangat kalau nak sakit hati bila orang tipu aku kan aku akan lihat balik lah aku memang patut ditipu sebab selama ni aku asyik suka menipu orang lain je aku takut orang akan marah aku bila tahu kebenaran . sebab aku tahu mereka akan sakit hati kalau akau bagi tahu kebenaran tapi mereka juga akan sakit hati kalau tahu aku tipu mereka. Tapi aku lebih prefer tidak bagi tahu . Ok jap aku dapat satu ayat untuk menggantikan perkataan " tipu" ni ..maksud aku , aku bukan tipu cuma aku tak nak bagi tahu , itu lebih baik dari sakitkan hati orang lain dengan kebenaran


Aku paling tak suka kalau aku dah berterus teraang semuanya akan nampak macam tak kena macam aku nih jahat , tak jaga hati orang , itu yang aku rasa bila aku bagi tahu kebenaran . Aku tak suka kebenaran yang menyakitkan hati aku. Bagi aku lebih baik jangan bagi tahu daripada aku sakit hati . Biarlah aku tak tahu apa- apa daripada tahu apa -apa . biarlah kebahagiaan yang aku rasa tuh sekejap je daripada aku tak dapat rasa langsung kebahagiaan . Aku suka berfikiran optimis aku akan sedaya upaya fikir orang sekeliling aku baik. Tapi aku tak boleh dalam hati kecil aku mesti terdetik satu sikap negatif lah kan.


Bagi pandangan aku macam mana sempurna pun aku nampak orang lain lebih dari aku kesempurnananya . Aku tahu pasti hati dia terdetik nak kutuk orang , tak suka orang tuh, tak puas hati dengan seseorang, semua orang hipokrit, dan manusia tuh tak kan mungkin atau pernah jadi sempurna , sebab kesempurnaan memang membosankan , tak ada variasi dalam hidup , hilang keupayaan untuk cemburu dengan orang yang kita sayang , rasa marah terhadap mereka yang bersalah , rasa senang hati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup orang lain .Kesempurnaan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk lagi , sebab terlalu sempurna kita kan bosan menjadi baik dan kemudian jadi lebih jahat.


Dan kebenaran pasal aku adalah aku adalah insan , hamba Allah , pelajar , anak , sahabat teman yang tidak akan jadi sempurna walau sekal. Aku memang tidak sempurna tidak akan dan pernah jadi sempurna. Aku sedar aku lebih menyakitkan hati orang lain daripada menjaga hati mereka . Aku lebih pentingkan kepentingan aku , kemahuan diri daripada kemahuan mereka , tapi aku juga sentiasa mencuba mebuat mereka berasa selesa, menyayangi mereka lebih dari aku walaupun aku lebih menyayangi diri aku , aku cuba untuk berkawan , mencintai , menyayangi mereka kerana Allah, tapi aku tahu kebenarannya aku tak akan boleh jadi sebegitu


Kita selalu fikir hidup ini sentiasa indah , best , seronok , tapi kebenarannya hidup ini lebih menyakiktan , tidak adil dan yang paling pedih adalah kebenaran yang kita sebenarnya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini walaupun kita cakap dah bosan dengan hidup tapi tidakbertindak untuk bertaubat kepada Yang Satu . Pernah terfikir macam mana kita nanti bila kita berada di akhirat kelak. aku masih tidak mencuba untuk mencapai ke arah itu. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. aku kat sini dah macam dikelilingipara ulama. setiap hari ada tazkirah . Mengenai aurat dan semuanyalah. Sedangkan pakai selipar pun kena pakai stokin. Tapi aku lebih prefer pakai kasut lah senang sikit. Aku terlalu banyak bercakap tentang hal agama. Aku tak tahu kenapa.tapi aku tahu aku tak bagus dan tak sempurna. Jadi aku tidak berniat untuk melahirkan dakwah dan jihad kat sini. Jadi jangan salah anggap yang entri aku nih menyatakan aku nih terlau sempurna , baik hati dan tak pernah buat dosa. Masing - masing ada kesalahan masing- masing. Aku sekadar merenungi diri. jangan salah anggap.


Beberapa hari nih aku tak banyak cakap . Dan tahu - tahu jelah kalau tak bercakap . Rasa macam sedang mengalami depression. Kadang - kadang seronok bersendirian tapi aku perlu jugak orang untuk bercakap. Cuba bayangkan hidup kalau tak bercakap. Melainkanlah kalau dari sejak azali dah dilahirkan bisu. Bosan kan.


Aku semakin sensitif, murung ,membosankan , yang aku tahu kat sini. yang aku boleh buat kat sini adalah study , study dan study . Aku bukan nerd tapi aku hilang deria dan nafsu untuk bersosial , aku bukan lah berkawan baik dengan buku sangat . Tapi buat masa nih mereka lah teman aku . Aku terlalu depress . Aku cepat terasa hati walaupun sikit je kata- kata yang sakitkan hati aku . Aku macam kaca. Bila - bila masa aku akan pecah even terlanggar sikit je. Ini satu kebenaran yang aku tak boleh terima sebenarnya . Aku dulu tidak macam ni. Aku jenis orang yang tak kesah. apa - apa hal orang tanya aku, aku akan jawab tak kesah. Mungkin sebab perubahan mood aku kat sini yang buatkan aku macam tuh. Salah satu simptom depression ialah hilangnya mood untuk membuat perkara2 yang kita suka atau selalu lakukan . Dan itu yang berlaku kat aku sekarang . Aku rasa nak berhenti blogging, aku rasa nak berhenti menari, aku nak berhenti bermain bola keranjang, aku hilang mood nak mesej orang,aku hilang mood nak call orang, aku dah hilang mood nak buat benda bodoh, aku dah hilang daya nak gelak gila2, aku dah hilang upaya nak senyum , aku paling tak suka perubahan, sebab aku tahu inilah yang akan jadi kat aku. Aku dah bosan dengan penat. tapi tiap2 hari aku rasa penat, walaupun aku dah bosan dengan semua benda yang penatkan otak dan badan aku


aku cuba tak fikir semua perkara yang akan negatifkan aku tapi aku tak boleh, makin aku cuba lupakan, makin teruk aku akan fikir.

aku tak suka kebenaran yang aku akan berubah sebegini

Dan kebenarannya aku dah pun jadi macam nih

Kebenarannya semua benda ini adalah benar

*sigh