aku seorang yang tak jujur tapi aku juga tak suka orang tipu aku tapi bila aku dah tahu kebenaran tuh memang hati sakit gila tapi as i said before aku pun tak lah jujur sangat kalau nak sakit hati bila orang tipu aku kan aku akan lihat balik lah aku memang patut ditipu sebab selama ni aku asyik suka menipu orang lain je aku takut orang akan marah aku bila tahu kebenaran . sebab aku tahu mereka akan sakit hati kalau akau bagi tahu kebenaran tapi mereka juga akan sakit hati kalau tahu aku tipu mereka. Tapi aku lebih prefer tidak bagi tahu . Ok jap aku dapat satu ayat untuk menggantikan perkataan " tipu" ni ..maksud aku , aku bukan tipu cuma aku tak nak bagi tahu , itu lebih baik dari sakitkan hati orang lain dengan kebenaran
Aku paling tak suka kalau aku dah berterus teraang semuanya akan nampak macam tak kena macam aku nih jahat , tak jaga hati orang , itu yang aku rasa bila aku bagi tahu kebenaran . Aku tak suka kebenaran yang menyakitkan hati aku. Bagi aku lebih baik jangan bagi tahu daripada aku sakit hati . Biarlah aku tak tahu apa- apa daripada tahu apa -apa . biarlah kebahagiaan yang aku rasa tuh sekejap je daripada aku tak dapat rasa langsung kebahagiaan . Aku suka berfikiran optimis aku akan sedaya upaya fikir orang sekeliling aku baik. Tapi aku tak boleh dalam hati kecil aku mesti terdetik satu sikap negatif lah kan.
Bagi pandangan aku macam mana sempurna pun aku nampak orang lain lebih dari aku kesempurnananya . Aku tahu pasti hati dia terdetik nak kutuk orang , tak suka orang tuh, tak puas hati dengan seseorang, semua orang hipokrit, dan manusia tuh tak kan mungkin atau pernah jadi sempurna , sebab kesempurnaan memang membosankan , tak ada variasi dalam hidup , hilang keupayaan untuk cemburu dengan orang yang kita sayang , rasa marah terhadap mereka yang bersalah , rasa senang hati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup orang lain .Kesempurnaan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk lagi , sebab terlalu sempurna kita kan bosan menjadi baik dan kemudian jadi lebih jahat.
Dan kebenaran pasal aku adalah aku adalah insan , hamba Allah , pelajar , anak , sahabat teman yang tidak akan jadi sempurna walau sekal. Aku memang tidak sempurna tidak akan dan pernah jadi sempurna. Aku sedar aku lebih menyakitkan hati orang lain daripada menjaga hati mereka . Aku lebih pentingkan kepentingan aku , kemahuan diri daripada kemahuan mereka , tapi aku juga sentiasa mencuba mebuat mereka berasa selesa, menyayangi mereka lebih dari aku walaupun aku lebih menyayangi diri aku , aku cuba untuk berkawan , mencintai , menyayangi mereka kerana Allah, tapi aku tahu kebenarannya aku tak akan boleh jadi sebegitu
Kita selalu fikir hidup ini sentiasa indah , best , seronok , tapi kebenarannya hidup ini lebih menyakiktan , tidak adil dan yang paling pedih adalah kebenaran yang kita sebenarnya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini walaupun kita cakap dah bosan dengan hidup tapi tidakbertindak untuk bertaubat kepada Yang Satu . Pernah terfikir macam mana kita nanti bila kita berada di akhirat kelak. aku masih tidak mencuba untuk mencapai ke arah itu. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. aku kat sini dah macam dikelilingipara ulama. setiap hari ada tazkirah . Mengenai aurat dan semuanyalah. Sedangkan pakai selipar pun kena pakai stokin. Tapi aku lebih prefer pakai kasut lah senang sikit. Aku terlalu banyak bercakap tentang hal agama. Aku tak tahu kenapa.tapi aku tahu aku tak bagus dan tak sempurna. Jadi aku tidak berniat untuk melahirkan dakwah dan jihad kat sini. Jadi jangan salah anggap yang entri aku nih menyatakan aku nih terlau sempurna , baik hati dan tak pernah buat dosa. Masing - masing ada kesalahan masing- masing. Aku sekadar merenungi diri. jangan salah anggap.
Beberapa hari nih aku tak banyak cakap . Dan tahu - tahu jelah kalau tak bercakap . Rasa macam sedang mengalami depression. Kadang - kadang seronok bersendirian tapi aku perlu jugak orang untuk bercakap. Cuba bayangkan hidup kalau tak bercakap. Melainkanlah kalau dari sejak azali dah dilahirkan bisu. Bosan kan.
Aku semakin sensitif, murung ,membosankan , yang aku tahu kat sini. yang aku boleh buat kat sini adalah study , study dan study . Aku bukan nerd tapi aku hilang deria dan nafsu untuk bersosial , aku bukan lah berkawan baik dengan buku sangat . Tapi buat masa nih mereka lah teman aku . Aku terlalu depress . Aku cepat terasa hati walaupun sikit je kata- kata yang sakitkan hati aku . Aku macam kaca. Bila - bila masa aku akan pecah even terlanggar sikit je. Ini satu kebenaran yang aku tak boleh terima sebenarnya . Aku dulu tidak macam ni. Aku jenis orang yang tak kesah. apa - apa hal orang tanya aku, aku akan jawab tak kesah. Mungkin sebab perubahan mood aku kat sini yang buatkan aku macam tuh. Salah satu simptom depression ialah hilangnya mood untuk membuat perkara2 yang kita suka atau selalu lakukan . Dan itu yang berlaku kat aku sekarang . Aku rasa nak berhenti blogging, aku rasa nak berhenti menari, aku nak berhenti bermain bola keranjang, aku hilang mood nak mesej orang,aku hilang mood nak call orang, aku dah hilang mood nak buat benda bodoh, aku dah hilang daya nak gelak gila2, aku dah hilang upaya nak senyum , aku paling tak suka perubahan, sebab aku tahu inilah yang akan jadi kat aku. Aku dah bosan dengan penat. tapi tiap2 hari aku rasa penat, walaupun aku dah bosan dengan semua benda yang penatkan otak dan badan aku
aku cuba tak fikir semua perkara yang akan negatifkan aku tapi aku tak boleh, makin aku cuba lupakan, makin teruk aku akan fikir.
aku tak suka kebenaran yang aku akan berubah sebegini
Dan kebenarannya aku dah pun jadi macam nih
Kebenarannya semua benda ini adalah benar
*sigh
1 comment:
aku setuju..aku pun x suka kebenaran yang menyakitkan..
lagi baik aku x tau dari tau..
Post a Comment