Saturday, July 11, 2009

may i find my freedom for eternity

my momma always said that life is like a box of chocolate, you will never know what you gonna get - forrest gump

hari nih hujan sangat lebat. tapi aku sempat jogging untuk 30 minit melepaskan tension yang ada dalam jiwa aku ni. aku rasa menyesal aku tak meneruskan jogging aku semasa hujan tengah turun dengan lebat. dah lama aku tak boleh berlari dalam hujan. aku terfikir tentang sesuatu. sesuatu yang membuatkan aku tak rasa diri aku buat seketika. aku rasa perkara yang paling perit adalah kita terhalang daripada melakukan perka yang kita selalu dan suka lakukan. buat seketika aku termenung sambil mendengar lagu get here yang beralun di dalam eardrum telinga aku dan seterusnya membawa kepada spinal cord dan di alurkan ke effector neuron aku dan seterusnya membawa aku menghayati lirik lagu tersebut. walaupun aku diselubungi gelak tawa oleh orang lain disekitar aku. aku tetap tidak dapat mencari gelak tawa yang selama menjadi identiti diri aku. aku tidak mengerti senyuman yang aku berikan,lawak dongengan yang aku lakukan. tapi aku sukar untuk mengenali diri aku, emosi yang patut aku tonjolkan dalam sesuatu situasi. yang penting aku memang sudah tidak memikirkan apa yang aku akan hadapi selepas ini.


aku lebih banyak menghabiskan masa dengan diri aku sendiri disebabkan aku terlalu sibuk sebelum ini untuk melayan karenah aku sendiri membuatkan aku tidak mencukupi masa untuk menghabiskan masa dengan mereka disini. lebih banyak perbualan tentang formula ideal gas equation, polynomial dan lakaran 1,4-alpha glycosidic bond daripada bertanyakan tentang berapa kegembiraan yang telah dikecapi berada disini, dan formula untuk meningkatkan kebahagiaan rohaniah dan duniawi. semua rakus mengejar kejayaan yang mereka tak tahu apakah jika mereka berusaha mereka akan berjaya. aku yakin aku kan berjaya jikausaha yang aku lakukan adalah lebih daripada usaha orang yang lebih berusaha. yakin pada diri tapi sebenarnya tidak. percaya boleh mencapai kejayaan tapi tidak boleh. adakah aku sudah penat mengejar kejayaan. ya. aku memang sudah penat, tapi ini untuk kedua- ibu bapa dan guru-guru aku. jika bukan sebab mereka at least untuk diri aku sendiri. diri aku sendiri. aku dah banyak gagal dari berjaya. aku tahu jika aku tidak bangun-bangun dari kekalahan aku sememangnya orang yang gagal. kegagalan adalah kejayaan jika kita bangkit dari kegagalan yang lalu tapi kita rugi jika tidak bankit dari kegagalan buat selama- selamanya.


sambil mendengar lagu robbie williams-eternity sekarang nih aku berharap agar kehidupan manusia lebih baik dari yang lalu dan semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik. aku hampir putus asa, tapi aku tidak boleh putus asa padahal mereka sekiling aku sudah maju kedepan, life is about taking one step ahead, satu langkah itu sama ada memberi kegagalan mahupun kejayaan. kita yang mengorak langkah itu. berhati2 lah jangan sampai kita terjatuh di saat sedangmelangkah atau terjatuh disaat tiada langkah yang dilakukan. semoga langkah kita adalah kearah kebaikan dan menuju jalan yang diredhai- Nya.

No comments: