aku tak nak terlalu merungut dengan apa yang aku tak ada sekarang ni. Aku tahu aku dah lama tak rasa apa yang mereka dapat rasai setiap kali ramadhan tiba setiap kali syawal tiba. Mungkin family aku terlalu independent. Mungkin kami tidaklah semeriah keluarga yang lain. Tapi aku tetap sangat bersyukur adanya ibu dan bapa aku yang masih lagi ada di bumi ini. Itu sudah cukupuntuk membuatkan aku rasa gembira dan merasakan aku ada mereka untuk menerusan perjuangan ini.
kadang-kadang aku terfikir. Apakah kalau kau boleh berada di tempat aku sekrang ini. Mungkin kamu tidak dapat mengatakan apa-apa pun. Mungkin kau sedar betapa kau lagi bertuah dari aku. Mungkin kau patut rasa kau tak patut buat aku begitu sebab aku lebih malang nasibnya dari kamu. tapi apakan daya. Kamu takkan pernah berpeluang pun untuk berada di tempat aku. Kamu tidak akan pernah merasakan betapa kamu memerlukan seseorang untuk sentiasa berada disisi kamu kerana aku dlahirkan di dalam keluarga yang sanagt independent. keluarga kamu tidak begitu. Aku tahu. Sebab itu aku menjadi begini. Terdesak dan sengsara kerana perhatian yang dipinta kadang-kadang tidak pernah diberi. Seems like you never there for me though
banyak sebenarnya aku nak mengeluh. Tapi mengeluh tak boleh ubah apa-apa. Jadi aku belajar untuk meneruskan dalam hidup ini. Jalani sajalah apa yang ada di depan kamu itu afiqah oi!
No comments:
Post a Comment