aku tak tahu kenapa aku suka sangat luahkan perasaan aku dalam blog ni.thanks to the cloud yang memperkenalkan aku untuk buat blog ni.terima kasih banyak-banyak.
kadang-kadang aku merasakan bahawa meluahkan masalah dan perasaan aku kepada manusia banyak risikonya.
bukan sahaja aku akan dihentam teruk selepas meluahkan masalah aku.tapi mereka tak pernah memahami apa yang aku nak sampaikan kepada mereka.
kadang-kadang apa yang aku nak hanyalah suatu pembohongan yang perlu diberitahu kepada aku.
ceritalah apa sahaja yang boleh buat aku bahagia.walaupun dengan satu pembohongan.kadang-kadang kebenaran itu terlalu kejam untuk aku terima.
beritahu sahaja cerita tipu yang boleh menyenangkan hati aku.walaupun aku tahu pembohongan tidak boleh menjamin kebahagiaan yang selamanya.tapi biarlah aku kecapi kebahagiaan yang sekejap saja daripada tidak pernah langsung merasa kebahagiaan.
melainkan kamu boleh memahami aku lebih daripada diri aku sendiri.maka aku memilih kebenaran.
No comments:
Post a Comment