Saturday, May 22, 2010

tak tahu..

aku cuma boleh jawab tak tahu. tak tahu dan tak tahu. kadang-kadang aku memang tak ada jawapan utnuk setiap pertanyaan. lagi-lagi kalau ditanyakan tentang perasaan terhadap sesuatu. aku punyai kesulitan untuk memahami apa yang aku rasa sebenarnya. tak ada siapa tahu aku memang ada kesulitan dalam hal ini. walaupun hidup aku berada diatas dulu aku tak tahu adakah aku bahagia atau tidak walaupun sekarang adalah masa aku untuk berada dibawah aku tak tahu adakah aku berasa sedih atau tidak. aku rasa aku sudah kehilangan hak untuk meluahkan perasaan aku. aku pernah ada hak. hak aku atau kita sebenarnya ialah meluahkan perasaan kita, memberitahu apa yang ingin kita beritahu dan kita mahu orang mendengar. kalau tiada orang nak dengar luahan perasaan aku bermakna aku tiada siapa untuk dikongsi hidup aku dengan. adakah aku tidak sedar apa masalah aku sebenarnya? apa kesalahan aku? adakah aku terlalu bodoh tak tahu tentang diri sendiri? aku ada banyak soalan tapi aku tiada jawapan. the best thing is aku patut mengunci diri aku dari mana-mana aktiviti luar..komunikasi..sekarang aku hanyalah perlu banyakkan lagi masa untuk berkomunikasi dengan diri sendiri..

No comments: