cukuplah kau dah lalui semua itu. tidak ada lagi pusingan kedua. kali ini juga aku akan hilangkan semua yang sudah dilalui itu. aku tidak tahu apalagi makna minta maaf itu. minta maaf hanya kata-kata. tak pernah pun diterima kemaafan aku terhadap kesalahan yang telah aku lakukan.kadang-kadang aku rasa pernah sekali menyesal kerana minta maaf. sebab maaf yang dipinta itu dianggap aku tidak pernah serius pun memintanya. orang kata hati kita akan remuk kalau melihat orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain. tapi hati dan jiwa kita akan lagi perit bila orang yang kita sayang itu tidak bahagia bersama kita. janganlah kau salahkan diri sendiri. aku terlalu mencuba untuk kekalkan sesuatu itu. keteguhan itu. tapi aku lupa satu perkara aku hanya mencuba tidaklah aku menyelesaikan masalah itu sebenarnya. jadi ianya adalah salah aku. aku patut gembira bila tengok kau bahagia dengan kehidupan sekarang. bukanlah melemparkan tohmahan. bukanlah meletakkan apa-apa andaian yang negatif. bukanlah mengongkong kehidupan kau. aku patut banyak memerhati sebenarnya.aku patut berdiam diri sebenarnya supaya dengan itu.aku lebih memahami apa yang kau rasakan.
*maafkan aku..
No comments:
Post a Comment