Saturday, March 19, 2011

Everything happen for a reason.

Post kali ini adalah entri aku yang terakhir. Walaupun sebelum ni aku selalu cakap yang aku nak stop dari blogging, tapi tidak berhenti juga dari blogging. Akhirnya aku rasa, setakat ini sahajalah pengakhiran dunia blog. Aku mahu hentikannya sekarang juga.

Aku nak cari kehidupan yang baru. Sibukkan diri dengan perkara yang aku tak pernah lakukan sebelum ini. Walaupun aku tahu aku perlu jalaninya seorang diri. Aku nak lakukan sesuatu yang bermanfaat, sesuatu yang tidak akan mengingatkan aku tentang kesedihan aku seorang sahaja, tapi pada mereka yang di luar sana yang lebih teruk keadaanya dari aku. Aku patut fokus. Mereka semua dah maju dari aku. Maju dari segi iman/ pengetahuan agama-dunia/ pandangan dan diri sendiri.

Cita-cita aku dari dulu nak jadi ahli sukarelawan. Aku nak jadi doktor hanya sebab aku fikir hanya itu sahajalah jalan untuk aku masuk MERCY. Sebab aku fikir hanya doktor sahaja yang ada peluang utnuk masuk benda-benda macam itu. Dan betul, cita-cita aku bukan hendak menjadi seoang doktor. Cuma aku fikir, dengan doktor aku boleh ikut sekali rombongan ke negara-negara yang memerlukan bantuan. Tapi nampaknya, aku hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Harapan sekadar harapan. Dan aku jugaklah yang menghancurkan harapan kedua ibubapa, sahabat, dan keluarga. I am the destructive of all hope. Tapi semua itu aku pasti ada hikmahnya. Aku tak pernah gagal seteruk ni, pada jangka masa yang sangat lama aku gagal. Akhirnya aku sedar, aku hilang sesuatu, keberkatan hidup dari pelbagai pihak.

Dan kebenarannya, aku ada masalah mental yang sangat kronik. Ya, sangat kronik. Pada Allah aku berserah, ketenangan dari-Nya yang aku cari.

Dan sekarang, aku sudah letih membiarkan diri aku terus gagal. Aku menyesal yang aku pernah berputus asa. Walhal, berputus asa itu adalah amalan syaitan yang di rejam. Semoga aku dapat kembali, gagahkan diri menghadapi dunia. Wassalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh.


End Of Blog.

No comments: