Thursday, September 29, 2011
Monday, September 26, 2011
Saturday, September 24, 2011
Hidup ini hanya sebuah fatamorgana.
Sememangnya lumrah jika manusia di dunia ini sentiasa diberi pelbagai ujian dari Allah. Itulah kehidupan. Cabaran/dugaan/ yang kita lalui semasa kita masih bernafas mematangkan diri/mendaewasakan minda dan segala rintangan yang kita lalui/hadapi menambahkan lagi pengalaman diri. Apa yang kita harus rasakan adalah redha. Tentunya sudah suratan dan ketetepan dari Ilahi.
Siapa sahaja yang tidak akan tergoda akan keindahan dunia ciptaan Yang Maha Agung ini. Aku pun tergoda/terkhayal/mabuk duniawi. Tapi semua ini melemahkan jiwa aku, jiwa manusia. Jika tiada iman dalam diri seseorang itu nescaya kita akan dikuasai, under control. Bahawasannya kita harus tahu syaitan itu bersembunyi disetiap makhluk Allah yang masih bernyawa, yang masih mencari tujuan hidup. Risau tanpa iman yang kukuh, kita lupa tujuan kita, dan teraniaya dek pujukan syaitan. Ya, kita tidak sedar, aku pernah alaminya, mabuk dunia, sampai aku merasakan aku takut mahu berubah, aku takut aku hilang zaman muda aku. Padahal ketika aku tidak jahil. Aku tahu hukum-hakam/tauhid/fikah/tajwid. Cukup ilmu untuk mengimbangi dunia dan akhirat. Aku risau jika aku berubah terlalu islamik, orang lain tidak lagi merapati aku, mereka seperti merasakan ada boundaries diantara aku dan mereka. Tapi aku silap. Aku tak perlu berubah. Aku boleh jadi aku . Cuma cara itu sudah berlainan. And I am glad that I'm on my way to be a better Muslim. Really into this.
Apa-apa pun dosa kita lakukan, jangan risau dengan asyik berfikir tentang tiada peluang untuk diampunkan. Selagi kita yakin, apa dosa sekalipun. Kecil mahupun besar mana dosa itu. Allah kan ampunkan.
Aku suka untuk mengatakan bahawa, kadang-kadang kita selalu tertanya bila pintu hati untuk terbuka, tapi pernah kita fikirkan tidakkah kita patut lebih takut jika pintu taubat itu tidak terbuka?
Pulanglah. Itu sahaja syarat untuk bahagia di dunia mahupun di akhirat. Hidup ini umpama fatamorgana, apa yang ada hanyalah tipu daya. Kita mengejar cinta dunia dan dikejar cinta dunia bak bayangan tak bertepi yang kita tahu tiada sudahnya dunia yang dicari.
Aku terlalu sayang dan cintakan saudara-saudaraku. Aku ingin mengajak mereka bersam-sama aku untuk melihat yang lebih baik lagi. Bersama. InsyaAllah. Hijrah itu sangat dituntut dalam Islam.
Thursday, September 22, 2011
I need to be lifted.
Actually, I have forgotten the whole idea about what I'm going to write right now. It doesn't matter. Perhaps, it's better to remain untold.
Beberapa hari ini, aku seperti duduk termenung. Ya, aku tahu tidak elok mengenangkan nasib yang tidak elok. Aku bukan termemenung sebab mengenang apalah nasib aku, cuma aku hanya memandang kearah seseorang. Melihat dia bercakap/merenung/menangis/tersenyum, dan aku fikir bagaimana dia telah mengharungi hidup dia dari bawah. Aku pulak hanya dapat lihat kehidupan aku yang tidak ada graf tetap. Tidak menaik, mahupun tidak menurun. Apa-ape sahajalah yag difikir oleh aku selama ini.
*sigh
Sebenarnya aku tidak ada hati ingin menulis malam ini. Tapi aku tetap paksa diri aku untuk menulis.
Dulu selalu update blog sebab ada perkara yang indah untuk diceritakan, ada perkara yang sedih untuk diceritakan. Tapi sekarang aku lebih rela, tutup mulut, kakukan jari dari menulis. There's no use. nobody really cares about what story that you've wrote/told. Neither about yourself nor others. People, nowadays are way too busy to think on their own. For them, there is no about others, only 'bout them Just like they don't have much time to think about their family, friends, the loved ones. No. They only care about the people that actually can make them laugh/happy. There is no you-cry-I-cry-too kind of people anymore.
Entahlah, walaupun cuba untuk ignore orang lain, tapi habit aku dah terbiasa untuk menjaga hati orang lain dulu, sebelum berfikir pasal hati aku sendiri. Walaupun aku penat, tapi berbaloi untuk orang yang kita sayang.
Nampaknya, tulisan aku kat atas ni, dan terpesong habis dari tajuk asal. Ya, kadang-kdang kita terpaksa lari dari tajuk asal kan. Better stop now.
off pen.
Tuesday, September 13, 2011
Lucky One.
Orang selalu cakap kawan yang baik susah untuk dicari, tapi itu mungkin sebab semua yang baik dah jadi kawan aku. Dah jadi sahabat aku. And I am the lucky one. Dan ya, betul, aku rasa sangat bertuah kenal dengan manusia-manusia yang aku dapat gelarkan sebagai sahabat. Tapi satu benda yang aku tahu, they're are not lucky to have me. Okay. I tell you why.
Aku tidaklah sebaik mereka. Tak sebaik kau. Kadang-kadang aku rasa aku tamak, aku pentingkan diri, dan tidak jujur. Serius aku cakap aku bukan seorang yang baik. Tapi bila dengan kamu semua, kamu mendorong aku untuk jadi baik. Untuk belajar menyayangi orang lain/menjaga hati/membuat orang lain senyum. Kamu semua macam satu tenaga yang dapat membuatkan aku kekal tersenyum. Tapi apakan daya, aku tidak kuat macam kamu semua. Aku minta maaf. Aku tahu aku bukan superwoman yang boleh menjaga semua orang. Dan aku bukan itu dan tak pernah jadi pun. Walaupun aku pernah cuba, tapi tak menjadi. Aku collapse.
Bila aku fikir balik, aku betul-betul bertuah. Aku ada orang yang boleh bertahan dengan perangai aku selama 3 tahun/yang selalu dengar cerita merepek aku/yang selalu dengar aku mengeluh/yang selalu risaukan aku/yang tidak pernah putus asa dengan aku. Tapi aku buat pada mereka, nothing. Aku selalu menjauhkan diri dari banyak perkara. Aku serius dah tak nak sakitkan hati kamu. Aku tak tahu nak buat apa. Tolonglah, bantu aku. Aku dah tak dapat tahan.
Aku cuma nak cakap, sesetengah perkara tidak dapat dizahirkan. Dan aku minta maaf, aku sedikit emosi.
Monday, September 5, 2011
Sunday, September 4, 2011
In Front Of The Mirror.
When I ask myself: How can I go on?
Reply to myself: As long As Allah is by my side I can do anything then put a smile on my face :)
Friday, September 2, 2011
Crisis Towards The End.
Kau yang buat hati aku keras. Dan kau juga yang boleh buat hati aku lembut.
Kau tak ada = Heartless.
Subscribe to:
Posts (Atom)