Saturday, September 24, 2011

Hidup ini hanya sebuah fatamorgana.

Sememangnya lumrah jika manusia di dunia ini sentiasa diberi pelbagai ujian dari Allah. Itulah kehidupan. Cabaran/dugaan/ yang kita lalui semasa kita masih bernafas mematangkan diri/mendaewasakan minda dan segala rintangan yang kita lalui/hadapi menambahkan lagi pengalaman diri. Apa yang kita harus rasakan adalah redha. Tentunya sudah suratan dan ketetepan dari Ilahi.


Siapa sahaja yang tidak akan tergoda akan keindahan dunia ciptaan Yang Maha Agung ini. Aku pun tergoda/terkhayal/mabuk duniawi. Tapi semua ini melemahkan jiwa aku, jiwa manusia. Jika tiada iman dalam diri seseorang itu nescaya kita akan dikuasai, under control. Bahawasannya kita harus tahu syaitan itu bersembunyi disetiap makhluk Allah yang masih bernyawa, yang masih mencari tujuan hidup. Risau tanpa iman yang kukuh, kita lupa tujuan kita, dan teraniaya dek pujukan syaitan. Ya, kita tidak sedar, aku pernah alaminya, mabuk dunia, sampai aku merasakan aku takut mahu berubah, aku takut aku hilang zaman muda aku. Padahal ketika aku tidak jahil. Aku tahu hukum-hakam/tauhid/fikah/tajwid. Cukup ilmu untuk mengimbangi dunia dan akhirat. Aku risau jika aku berubah terlalu islamik, orang lain tidak lagi merapati aku, mereka seperti merasakan ada boundaries diantara aku dan mereka. Tapi aku silap. Aku tak perlu berubah. Aku boleh jadi aku . Cuma cara itu sudah berlainan. And I am glad that I'm on my way to be a better Muslim. Really into this.

Apa-apa pun dosa kita lakukan, jangan risau dengan asyik berfikir tentang tiada peluang untuk diampunkan. Selagi kita yakin, apa dosa sekalipun. Kecil mahupun besar mana dosa itu. Allah kan ampunkan.

Aku suka untuk mengatakan bahawa, kadang-kadang kita selalu tertanya bila pintu hati untuk terbuka, tapi pernah kita fikirkan tidakkah kita patut lebih takut jika pintu taubat itu tidak terbuka?

Pulanglah. Itu sahaja syarat untuk bahagia di dunia mahupun di akhirat. Hidup ini umpama fatamorgana, apa yang ada hanyalah tipu daya. Kita mengejar cinta dunia dan dikejar cinta dunia bak bayangan tak bertepi yang kita tahu tiada sudahnya dunia yang dicari.

Aku terlalu sayang dan cintakan saudara-saudaraku. Aku ingin mengajak mereka bersam-sama aku untuk melihat yang lebih baik lagi. Bersama. InsyaAllah. Hijrah itu sangat dituntut dalam Islam.


No comments: