Bila semuanya terasa seperti terlalu lambat. Bagi aku, ya, lambat, sangat lambat. Dan aku tidak tahu kenapa. Aku terasa seperti aku ingin meminta maaf. Terasa seperti aku perlu berseorangan. Tapi adakah aku perlukan "keseorangan" itu? Aku pun tidak tahu.
Aku cuba merayu pada diri sendiri untuk gembira. I'm trying hard to even give just one smile to them, to you. Please, forgive me when I can't. I just can't. I hope you'll notice this.
Mungkin, dah memang takdir aku untuk tidak dapat memberi sayang yang terbaik pada mereka, pada kau, kerana aku sendiri tidak tahu apa itu erti menyayangi. Kalau-lah kau boleh lihat keadaan aku sekarang ini, tapi aku tidak pernah berharap yang mereka akan faham keadaan aku. Dan aku tidak harap itu pada kau. Sebab aku dah banyak kali mensia-siakan peluang yang aku ada itu, peluang untuk buat mereka gembira.
Aku masih teringat pada persoalan ini:
Los: Aku tertunggu-tunggu saat yang kau cakap yang kau akan gembirakan aku, tapi bila la kan?
Faun: Aku tak tahu, aku dah tak boleh..
Beberapa hari ini, fikiran, pergerakan aku seolah semakin lambat. Semuanya seperti ketinggalan. Ada suatu ketika, dimana aku sedang melintas jalan, aku rasakan mereka yang melintas itu sangat cepat, walhal mereka pun berjalan seperti aku, cuma aku, ya aku, yang merasakan segalanya berlaku sangat lambat pada aku.
Aku semakin melupakan, tidak menghiraukan, dan aku tidak tahu kenapa. Mungkin juga sebab aku sudah mula untuk tidak merasakan apa-apa. Kadang-kadang, aku merindukan apa itu yang dikatakan rindu pada sahabat aku, kadang-kadang aku terlupa apa itu sayang pada sahabat aku. Dan aku rindukan perasaan itu.
Dan jangan kau salah sangka, aku tidak menyayangi. Jangan anggap janji aku tidak terlaksana. Cuma aku perlukan masa. Dan, cuma aku tidak mahu kamu terluka kerana aku.
In time.
I may not be here. Please leave me a message at the sound of the beep.
Because, I'll be back, sooner or later.
Just in case, I'm not at home, perhaps, I already move on. Don't wait.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment