Friday, April 6, 2012

Once in a while, in a time.

Dah lama juga aku tidak memasukkan sebarang entri untuk laman aku ini. Bila aku terfikir balik, blog pernah membuatkan aku rasa, dia adalah kawan baik aku, bercinta, meluah, segalanya pada blog ini. Mungkin aku pun sudah tidak lagi seperti dahulu, walaupun aku cuba menyangkal yang aku masih seperti aku yang dahulu, tapi tidak, aku tidak boleh, aku masih yang sama yang mereka semua lihat, ya, memang tidak berubah, tapi bagi aku perubahan pada aku adalah aku tidak lagi melakukan apa yang aku kata sebagai kesukaan aku ketika dulu, dan ya aku dapat rasa perubahan itu.

Tak perlulah aku nyatakan perubahan yang aku alami itu, yang pastinya, aku masih afiqah yang dulu, dan sekarang tetap adalah aku, cuma aku berubah pada perasaan. Aku sedar, aku tidak lagi budak yang selalu ada masa untuk diri sendiri, dan sebab itu aku rindu pada diri sendiri, rindu pada kehidupan yang lalu, tapi bila difikir balik, buat apa dirindu pada kehidupan yang banyak membuatkan aku lalai, dan alpa pada pencipta aku. Mungkin apa yang dirindukan aku adalah saat itu, saat di mana aku merasakan, ianya tidak akan berakhir, dan kita akan selalu gembira seperti itu. Tapi setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Tidak ada yang kekal, dan aku pun tidak akan kekal, dan saat itu pun tidak akan terjadi untuk setiap saat, untuk selamanya.

Bila aku terfikir kembali, ya, sekarang aku jarang untuk berasa sakit hati, tidak seperti dulu, tidak seperti masa kehidupan aku yang lalu. Tidak, aku bukan heartless, tidak merasakan apa yang dikatakan itu perasaan sakit hati, cuma aku dah mula rasakan, aku tidak perlukan perasaan sebegitu lagi, sebab aku dah tawar hati sebenarnya, dan berperasaan sakit hati hanya membuang masa sahaja. Tapi,.... Aku banyak kata "tapi" kan? Tapi, kalaulah ketika itu aku menjadi orang yang sebegini, tidak akan ada perasaan yang terluka, tidak akan ada persahabatan yang terlerai kerana aku, once in a while, aku terfikir, sudah tiba masanya aku biarkan saja semua itu, mulakan frasa yang baru, pada jalan yang baru, jalan yang lebih diberkati.

Aku minta maaf pada sahabat aku, yang banyak kali terluka, aku minta maaf pada rakan-rakan yang lain. Ada ketika aku pun ada kemarahan yang kadangkala aku sendiri tidak dapat mengawal. Mungkin, kamu semua dah membiasakan diri kamu dengan sikap aku yang riang, ceria, dan warm. Tapi, aku tidak dapat mengelak, sekali sekala ada datang perasaan sebegitu.

Beberapa hari ni, aku terfikir, aku sudah penat, dan aku nak berehat, aku nak berhenti, berhenti dari menyakiti, berhenti dari terluka, berhenti dari amarah, berhenti dari terasa hati. Dan berhenti dari merasa sesal. Sudah tiba masa aku bangkit, sudah tiba masa, for once, untuk terakhir kali, aku teringin sekali untuk tidak berkecil hati dengan saudara-saudaraku yang lain, bahawasanya aku sayang kalian, dan kadang-kadang aku terlalu sayang, membuatkan aku terlalu rapat dengan kalian. Tapi, percayalah, aku masih dalam proses mempelajari, apa itu perasaan, apa itu tanggungjawab, dan apa itu persaudaraan.

And once in a while, in a time, kalau aku mampu, aku teringin sekali berehat seketika dari dunia ini, beri masa, beri laluan, untuk aku mengenal aku, untuk aku bercinta dengan diri sendiri. Sebab aku tidak boleh menyayangi orang lain, jika aku tidak mencintai Allah, dan untuk mencintai Allah, aku perlu menyayangi diri aku sendiri terlebih dahulu. Sebab aku mahu menyayangi kalian semua kerana Allah. Bukan kerana apa yang ada pada kalian.

Beri aku masa, because all I need is time. Time to heal, time to go home, to heal an alien heart.


It needs time.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: