aku tak tahu lah baru-baru ni kenapa aku rasa sangat down.tapi apa yang aku rasa tuh tak effect kerja aku kat pizza hut.cuma benda tuh akan start bila aku menjejakkan kaki aku kat rumah.semua aku rasa macam tak kena.dah dekat sebulan aku selalu minum air coke.ada sat hari tu aku dah tak tahan sangat aku pergi kat belakang kitchen time tak ramai customer aku perrgi buat air coke campur dengan air susu.aku tak tahu apa aku fikir tapi lepas tuh aku sakit perut.hurmm..tak dapat nak bayangkan sakit dia macam mana.tapi disebabkan aku dah biasa dengan sakit2 nih.aku buat bodoh je lah.teruskan kerja.tapi apa yang aku rasa legalah jugak selepas buat sesuatu yang merosakkan badan aku.semalam lagi banyak aku minum.lebih kurang 15 gelas air coke aku teguk.sebab semalam hari paling disaster bagi aku.
bukan pasal semalam je.tapi pasal semua yang dah berlaku oh lepas spm nih.aku ingat semua akan menjaddi ok lepas spm.tapi sebenarnya lagi banyak benda yang nak difikirkan.lagi banyak hati yang nak dijaga.lagi banyak orang yang aku kenal.lagi banyak berrmacam-macam ragam orang yang aku jumpa.ada yang ok tak ok ada yang patut pergi mampus sama kau.tapi bak kata seorang kawan aku nih betul jugak oh.buat penat jek kenal orang keluar dengan orang kalau hati rasa sakit hati.lebih baik tak yah jumpa langsung atau tak payah berrcakap langsung kalau hati dah rasa sakit.sebab hati nih kalau dah sakit ubat dia satu je.pergi mampus.nih yang buat orang semua rosak.aku pun takut jugak aku akan jadi rosak.tapi sekarang aku masih lagi waras pandai lagi berfikir.aku tak akan buat sesuatu perkara yang boleh buatkan aku jadi anak derhaka dan jadi manusia yang pernagai macam haram jadah.tak aku tak akan.
jadi aku dah buat keputusan aku tak nak dah menambahkan bilangan orang dalam kepala otak aku sekarang nih.cukup lah aku dah ada semua kawan baik yang aku kenal.aku akan baik bila kau buat aku baik.kalau kau sakitkan hati aku, aku akan sakitkan balik hati kau.kalau kau buat aku macam kuli kau.kau terima lah apa yang aku akan buat kat kau.aku dah tak kira sekarang nih.aku terlalu bagi muka pada mereka yang selalu kenakan aku.mentang-mentang aku akan senyum je bila kau tegur aku.tapi dalam senyum-senyum aku dalam hati aku cakap takpe hari ni hari kau.bila aku dah dapat kau kenalah kau, itu je yang aku fikir sekarang nih.aku pun dah rasa aku ni macam dah tak siuman.aku rasa dah banyak kali kawan aku tuh suruh aku bersabar.jangan buat benda gila.aku bersabar.tapi ada masa kau tunggulah.itulah aku sekarang.sekarang ni zaman orang dah tak fikir orang dah.dorang tak akan buat baik punyalah kat korang kan.tapi kalau orang layan aku baik aku akan baik..tuh jek prinsip aku sekarang nih.
aku tahu lepas nih aku akan jumpa lagi ramai orang yang macam-macam perangai.aku akan tempuh alam kat universiti nanti.lepas tuh kat tempat kerja dan seterusnya.aku harap sangat aku akan jadi manusia yang dapat menahan diri dia dari jadi rosak.hurmm.sigh.
1 comment:
Ah inilah yang dipanggil simptom kebiasaan diri seperti kata dr fazilah kamsah
di mana setiap dari manusia akan masuk ke situasi baru dari masa ke semasa...di sini juga di mana kita ulat beluncas mula nak buat kepompong dan masuk ke dunia nyer selepas penat berjalan di atas tanah
simptom tak puas hati over happy over sad tak selesa dan berbagai2 lagi terjadi pabila kita cuba addopt sesuatu yang baru..yang tak pernah kita terlintas nak fikir secara serius ketika di skolah menengah.situasi ini juga mungkin akan menjadi seronok@kurang seronok bergantung sejauh mana kita membuka kotak2 minda bagi menerima dalam istilah adopt the culture shock ini.....kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia kita akan menempuh alam yang penuh warna warni backstaber kawan sejati kaki ampu kaki cakap belakang...di sini la di mana kita mampu mengaplikasi segala jenis softskill yang kita peroleh di unit beruniform kelab dan lain2....percaya atau tidak..dunia ini penuh ragamnyer kerana ia dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat..kita kena menerima nya dengan kepala yang terbuka dengan menimplimentasikan segala yang pernah kita pelajari....dan tak smuanya akan berjalan mengikot kehendak kita. yang penting...don take serious everything since life is actualy simple if we folow the rule....dan dan dan
ingat lah benih yang baik dicampak kelaut akan menjadi pulau di campak ke tanah kan menjadi gunung
renung2kan selamat beramal
Post a Comment