Wednesday, March 25, 2009

All good things must come to an end

Sebenarnya aku dah bosan dengan menaip segala benda yang aku nak luahkan dalam blog ni.Aku memang bosan sampai kadang-kadang aku bercakap dengan laptop aku yang aku pun dah hampir bosan dengan menyentuh tubuhya setiap hari.

Bosan..bosan..bosan..ye aku tahu..jangan cakaplah kamu semua tak pernah bosan dengan sesuatu even seseorang..aku dah bosan memikirkan yang aku akan bebas dari berfikir terlalu banyak..aku ingat lepas peperiksaan terpentin dalam hidup aku dah berakhir maka aku tak perlu lagi berfikir tentang banyak hal dalam jiwa aku yang macam nak keluar seperti peluru yang terkeluar dari mulut machine gun..huh..

aku suka seseorang dan aku bosan memikirkan tentang orang itu..dan aku rasa dia pun akan bosan dengan aku..aku dah bosan dengan mereka..dan aku tahu mereka juga akan bosan dengan aku..sebab aku kadang-kadang hampir tak ada topik untuk dibualkan bersama mereka..aku cuma mengatakan sesuatu yang bagi aku lawak..dan sebenarnya tak kelakar langsung untuk diceritakan balik..aku tak tahu mereka gelak dengan betul atau tidak..sebab memang aku akan gelak tapi aku fikir balik mereka sebenarnya dah penat jaga hati aku dah bosan jaga hati aku..mereka dah macam set their mind bila macam sesuatu situasi seperti buat lawak bodoh yang memang tak kelakar langsung tahap dewa berlaku mereka akan automatically akan gelak berseloroh supaya mereka tak nak mereka telah buat aku kecewa..I said stop menjaga hati aku bila kamu dah bosan..tapi merka tak boleh mereka dah terbiasa macam aku juga aku pun dah terbiasa..tak boleh buat apa-apa dah..hadapilah kebosanan itu seorang diri.

Kadang-kadang bila fikir balik masa mula-mula nampak seperti semuanya ok..sentiasa gembira bila berjumpa..berbual pasal ucing beranak tiga dan semua anaknya berwarna hitam pun dah cukup untuk meriahkan suasana..tapi tidak..aku bukanlah sangat bertuah untuk memiliki keadaan sebeitu setiap masa...kadang-kadang aku kena hadapinya sendiri..kadang-kadang aku cuba mengelak dari perkara seperti


silence:........................................................................................................................................

sepanjang pertemuan..dengan menukar topik yang ok tapi tak ada apa sangat untuk dikongsikan..people said sharing is caring..what if bila aku tiada benda lagi untuk dikongsikan bermakna tak ada lagi sayang yang dapat aku berikan.macam tu ke??
semua benda memang aku tak dapat nak faham..even kenapa aku selalu kena gigit nyamuk..orang lain pun mempunyai suhu badan manusia yang akan menarik nyamuk untuk mendekati manusia..aku tak salah kan nyamuk kerana kelambu terbakar..aku cuma tak faham kenapa disebabkan nyamuk kelambu terbakar dan disebabkan aku yang selalu berusaha untuk berbual topik yang orang lain tak suka dan menyebabkan mereka berasa bosan dengan keadaan sekeliling..atau aku.

Sebenarnya boredom is a great motivator..bila aku dah bosan aku akan galakkan diri aku dari buat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain dan sebenarnya aku jugak..

urghh aku tak tahu kenapa ku suka sangat sakitkan hati orang lain..dah macam satu pekerjaan atau hobi aku..

aku selalu cakap yang ni..aku bukan lah baik sangat..dan aku tak akan jadi baik dan jahat..ia diantara dua sama ada terlalu baik atau terlalu jahat..

dan aku dah bosan membosankan manusia sekeliling aku..aku perlukan seorang ahli psikologi untuk bagitahu betapa bosannya personaliti aku..aku tiada variasi dalam hidup..kawan aku tetap sama..aku keluar dengan orang yang sama..aku bercakap perkara yang sama..aku suka mengulangi perkara yang aku dah bagi tahu orang lain..aku semakin membosankan..

Dan..
aku tahu memang bosan baca blog aku..
aku tahu itu..
aku dah lama tahu..
aku faham semuanya..
aku tidak perlu ada orang cakap kat aku macam ni

"tak kan semua benda aku nak bagi tahu kau"

sebab aku sebenarnya dah bosan untuk ambil tahu pasal benda yang kau tak nak bagi tahu..
aku mencuba untuk jadi baik terhadap semua tapi ia membosankan..

aku pernah seorang yang baik, optimis menjaga hati, sentiasa senyum , peramah tapi sesetengah perkara akan berakhir..dan akhirnya kebaikan aku berakhir disebabkan aku sudah bosan jadi sorang yang mebosankan..

No comments: