Tuesday, August 17, 2010
bagai bernafas dalam lumpur
aku sendiri rasa aku perlukan kekuatan dari sesorang sekarang, aku perlukan semangat dari seseorang, aku perlukan orang yang boleh menyokong dari pelbagai sudut. sebab aku berada dalam dilema sekarng ini. i am in the middle. tak tahu nak buat apa. aku tengok semua orang menjalani kehidupan masing masing secara air yang mengalir. aku masih tersekat-sekat lagi.kadang aku sangat sibuk.dan aku sebenarnya aku memang buat-buat sibuk. sebab aku tidak boleh lalaikan diri aku dengan menghabiskan masa sendirian. aku agak takut bila aku rasa sendirian tanpa berbuat apa-apa. aku akan rasa seperti keadaan berlalu dengan sangat laju.macam aku berada di isyarat lampu pejalan kaki, mereka yang lain semua sudah melintas ke seberang, dan aku masih berada di garisan pemula. padahal aku rasa aku berjalan seperti mereka juga.dan kadang-kadang aku suka berbuat keputusan yang sangat drastik.seperti sesuatu keputusan yang akan membawa aku jauh dari keadaan yang didiami oleh orang-orang yang aku kenal dan aku sayangi. aku cuba melarikan diri. tapi rasanya tidak boleh. aku rasa tersekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment