Friday, August 20, 2010

kesedaran secara tiba-tiba

dari sejak kecil dalam keluarga aku untuk menjadi seorang doktor itu adalah taraf yang tertinggi. Mama aku selalu berkata doktor adalah suatu pekerjaan yang sangat mulia. Kalau aku nak jadi doktor dia berpesan bukanlah kerana duit dan tarafnya. tapi ianya adalah sesuatu yang noble yang bukan semua orang boleh lakukan. penuh integriti. Mama aku berkata lagi jadilah doktor bukan sebab gajinya atau gelarannya tapi sebab kau akan atau boleh contribute sesuatu pada agama kau pada bangsa kau dan pada negara kau terutama ahli keluarga kau. Dan sekarang aku memang tidak boleh mencapai tahap untuk menjadi doktor. sekarang aku lebih kearah biologist. something that have to do with conservation. pertama kali aku ingat aku hanya beljar tentang biodiversity dan ecosystem dalam dunia ni. tapi aku silap. Aku belajar kesuluruhannya pasal kehidupan ini.

Pertama kali menghadiri kuliah di Universiti aku terasa seperti lecturer aku hanya bercerita tanpa menggunkan sebarang buku yang follow the syllabus.Dan itu buat aku bingung. Berbalik pada pembelajaran yang aku tidak sangka itu, sebenarnya aku belajar banyak benda, banyak perkara dalam tak sampai 2 bulan ini. Aku sedar kita manusia memang dah menghancurkan bumi ini. Dulu pun aku tak sedar betapa besarnya impak pemanasan global itu sendiri.sekarang aku sedar kesuluruhannya. apa yang boleh berlaku pada bumi kalau kita, manusia masih lagi menghidapi sindrom BAU iaitu sindrom Bussiness As Usual. aku cakap begini sebab semua orang tahu berlakunya pemanasan global itu sendiri.tapi pembalakan, pembakaran terbuka masih berleluasa ini disebabkan perniagaan harus dijalankan, duit harus diperolehi dengan banyak. Even aku yang sedang belajar tentang conservation tak boleh buat apa. Bussiness As Usual, aku tetap kena pergi kuliah, aku tetap kena buat homework, aku tetap bakar bahan fosil setiap hari, aku tetap menjalankan aktiviti seharian aku tanpa mengambil langkah memulihara. sebab bukan lah my Bussiness untuk pergi research, find new species and so on and so forth, tapi i must or have to do something at least 1% of the effort can contribute a LOT to the earth.


Dan untuk kaitkan dengan cerita doktor tadi tuh. aku sedar pekerjaan ini pun adalah sesuatu yang mulia. aku akan membantu bumi dalam usaha memulihara, sebab aku berharap untuk menjadi seorang reseacher seorang aktivist yang dapat mengeluarkan usaha untuk mengurangkan kesengsaraan bumi. let the doctor do their job an i will do mine.