Sekarang ni, kalau dengar cerita ade perlawanan Malaysia dengan mana-mana pasukan negara lain, pasti ada dengar orang-orang cakap, Malaysia mesti menang-lah. Kalau nak dibandingkan dengan dahulu punya bola sepak, memang Malaysia tak ada dalam list. Sekrang nih, kita dah boleh dengar ayat-ayat seperti, jaga-jagalah bila Malaysia dah ade dekat dengan pintu gol. Rasa bangga pun ada, walaupun bola sepak ni memang bukan kegemaran aku.
Kalaulah Malaysia layak ke "World Cup" mungkinkah.....
- semua media cetak dan elektronik akan puji team Malaysia melambung sampai ke langit?
- jersi pasukan Malaysia lebih laku dari jersi Brazil, MU, Chelsea, Barcelona?
- akan dibuat tugu pemain-pemain bola sepak?
- Semua pemain dalam pasukan dapat anugerah datuk?
- Syarikat besar dan kecil berebut-rebut nak ambik pemain jadi duta produk mereka?
- lebih ramai anak-anak memilih boleh sepak sebagai kerjaya?
- liga Malaysia kembali meriah?
- artis-artis wanita berebut nak kahwin dengan pemain bola sepak?
- diminati oleh seluruh golongan masyarakat?
- jadi penghias kulit semua majalah?
- pemain-pemain kita jadi rebutan kelab-kelab terkemuka dunia?
- sorang satu kerajaan bagi tanah kepada pemain?
- pemain bola sepak lebih popular dari artis popular?
- bertanding sebagai calon pilihan raya pun boleh menang?
- pemain-pemain beri ceramah motivasi macam angkasawan negara?
- media hiburan lebih suka siarkan gosip pemain bola sepak berbanding artis?
- team Malaysia tersenarai dalam game bola PS3, Xbox?
haha.