Kalau kita tidak dipaksa kita tidak akan buat , bukan? Kalau kita tidak disuruh, kita tidak akan bergerak dari tempat duduk kita yang sekrang ini. Mungkin agaknya, sangat relevan-lah orang-orang dulu, menyatakan pepatah, bagai pahat dengan penukul. Ketuk sekali gerak se-kali. Kalau tak ketuk, tak bergerak. Umpama begitulah. Kalau tak dipaksa, tak diketuk, tak ditengking, tak disuru, tak dimarah, kita tak akan buat.
Satu perkara yang aku sedar, Allah sangat memaksa kita bukan?
Apa? kamu pun takut nak cakap Allah memaksa kita? kamu tidak setuju dengan saya?
Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak untuk diazab). - Ayat 72( surah A-An'am)
Kita diperintahkan, kita dipaksa, untuk menunaikan solat. Kalau kita tidak dipaksa, apa kita akan solat atau tidak? Untuk siapa paksaan itu semua?
dan dihimpunkan( pada hari akhirat kelak untuk di azab). Semua itu untuk hamba-Nya. Meskipun kamu dilahirkan mahupun tidak dilahirkan, Dia tidak rugi apa-apa. Meskipun kamu berbuat dosa, ataupun berbuat baik, Dia juga tidak rugi apa-apa. Tapi pada kamu. Baik atau buruknya kamu, kamu yang menerima balasan itu.
Kenapa, Dia paksa kita buat itu dan ini, kerana itu Dia mahu menguji kita, adakah kita bersyukur dengan apa, segala pemberiannya. Cara kita beryukur pada-Nya, adalah dengan melakukan perintah-Nya, walaupun pada mulanya ianya adalah satu paksaan. Tapi, dari paksaan itu, akan lahirlah perasaan semulajadi.
No comments:
Post a Comment