Sunday, February 13, 2011

Tidak salah rasanya.

Tutup aurat spt kehendak syarak, nak berfesyen macam mana pun tak jadi masalah. selendang, shawl, jacket, apa apa saja. Pakai lah pakaian yang anda mahu. Ada seorang yang saya kenali bertanyakan hal ini kepada aku. Apakah hukum memakai selendang? Aku hanya mampu bercakap, tiada hukum untuk pakai selendang. Hukum menutup aurat adalah. Tidak salah untuk memakai selendang. Menurut seseorang yang aku kenal, yang selalu aku bertanyakan tentang perihal aurat ini dia ada menyatakan meneganai ayat tentang hukum tesebut :

Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan dalil: Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31). Adapun selain muka dan dua tapak tangan, seseorang wanita mesti menutupinya dengan erti kata tidak menampakkan bentuk tubuh serta bukan berpakaian jarang. Begitu jugalah di bahagian dada. Iaitu perlu menutup bahagian yang boleh menampakkan bentuk tertentu itu. Oleh itu, pakailah tudung yang melebihi paras dada yang telah disebutkan ini. Begitu jugalah dengan pemakaian selendang. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk dada, tidak jarang dan menutup tempat yang sepatutnya, maka pemakaian tersebut adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, pemakaian tudung melabuhi di bahagian belakang lebih digalakkan.

Mungkin kenalan saya ini menganggap pemakain selendang itu tidak munasabah sebab rata-rata si pemakai selendang tidak menutupkan bahagian depan dan belakang. Walaupun mereka menutpi rambut mereka tetapi masi menonjol di bahagian tertentu yang tidak tertutup. Dan itu hanya mensia-siakan perbuatan kita menutup rambut. Sebab syarat bertudung itu tidak cukup. Dada masih nampak. Bahagian belakang juga masih nampak. Ada juga dia mengatakan sesetengah wanita yang mensimpangkan tudung mereka walaupun di pin kemas, tapi bahagian dada masih nampak. Mungkin mereka merasakan mereka sudah cukup bertutup, tapi tidak. Disebabkan itu lah agaknya kenalan saya bertanyakan pertanyaan ini kepada aku. Tapi aku hanya mampu bercakap apa yang telah disuratkan. Harap dia tidak memandang serong pada mereka yang mengenakan selendang. Ada sahaja perempuan yang meakai selendang bertutup semua. Cuma bagi mereka yang yang memakai cara pemakaian yang salah hendaklah betulkan cara memakai itu.



No comments: