Sekarang ni aku rasa, aku dah cukup puas menjadi orang yang terlalu menyimpan pendapat sebenar aku ataupun sifat aku. Kadang-kadang tu, aku rasa terlalu menjaga, supaya orang lain tak terluka dengan kata-kata aku ataupun perbuatan aku. Dan rasanya dah sekian lama aku jadi macam ni. Dah sekian lama, bila aku jumpa kenalan yang tak berapa rapat dengan aku, then merungut pasal kehidupan dia yang lifeless dan selalu memuji diri, aku dengar je. Aku rasa macam tak sampai hati nak cakap yang dia tuh tak lah bagus sangat kalau duk asek mengutuk orang je. patutlah lifeless, tak ada orang nak berkawan.
Dan, sekian lama juga aku terpaksa mendengar kawan-kawan yang asek duk bercerita tentang, dia dapat hadiah birthday dari boyfriend/girlfriend dia, yang peliknya everytime dia bukak mulut, cerita yang keluar, mesti pasal benda ni macam konon betapa sweetnya mereka, oh come on-lah, nak tercekik aku dengar statement tuh. Aku lebih suka pasangan yang rarely berjumpa, and talk to each other but then they still love each other, for me that's sweet. Please-lah bagi aku benda-benda macam tuh tak pun mengagumkan aku. Ha, lagi satu, aku selalu akan layan waiter dengan sangat baik, kadang-kadang aku selalu ucapakan teriam kasih bila mereka bagi menu, ambil order aku, tapi buat aku rasa macam nak maki bila mereka buat onar dengan aku, tapi still aku akan senyum jelah.
Apa yang orang lain tak tahu, aku ada banyak perkara yang aku boleh buat dan pernah buat yang kamu semua tak tahu. Aku cuma sengaja menyorokkan bakat yang aku ada. Serius. Cuma aku akan rasa kecewa bila orang lain boleh buat apa yang aku boleh buat, padahal aku tahu, aku boleh buat lebih baik dari orang tuh. Kadang-kadang aku pura-pura buat tak tahu nak buat, sebab aku rasa tak penting untuk orang lain tahu.
Aku bukanlah seorang yang sentiasa melawa. You know, pakai baju yang sama tiap kali keluar, seluar yang sama dan kasut yang sama. Kalau masuk pavilion tuh, aku akan pergi ke kedai yang paling murah untuk aku masuk. Sebab malas nak layan orang yang selalu pandang rendah pada aku, bukan tak mampu, cuma tak perlu ok. Dan selalu juga aku fikir, kenapa tiap kali aku pergi majlis kahwin, si pengapit mesti nak overshadow pengantin. Bagi akulah, kalau aku lah yang menjadi pengantin, aku nak hari tu jadi hari aku.
Dah sekian lama aku jadi begini, aku adalah orang yang kamu semua tak akan rasa nak mesej "say hi", aku seorang yang sederhana yang orang lain takkan sedar. Aku lah tempat untuk meluahkan kemarahan, ketidakpuasan hati, sakit hati, meluahkan kebosanan. Aku akan selalu terima dengan senyuman, mungkin kata-kata yang boleh menaikkan semangat. Aku lah orang yang kamu akan cari selepas tak ada orang lain lagi.
Akulah orang yang selalu mengiyakan segala benda, orang yang tiada pendapat. Heartless. Aku rasa itu lah orang lain anggap aku. Tak ada perasaan. Semuanya aku simpan. Aku cuma tak nak kamu terluka dengan kata-kata aku. Sebab itu aku memilih untuk simpan. Aku tahu pendapat ku takkan diterima bila aku cakap apa yang aku fikirkan. Aku rela rasa sakit dari menyakiti kamu. Dan sudah sekian lama, aku menjadi orang ini.
No comments:
Post a Comment