Sometimes I run. Sometimes I hide. Sometimes I'm scared.
Aku rasa diri aku banyak dipengaruhi dengan semua filem-filem yang aku pernah lihat. Kadang-kadang aku selalu terlebih interpretasi sesuatu percakapan itu melebih-lebih. Setiap yang diperkatakan seperti terasa ada maksud yang tersirat. Macam ada kod untuk setiap huruf. Tapi, walauapa pun, aku rasa apa yang aku cakap semua ada dalam movie yang aku tonton. Setiap dialog, dan setiap perucapan. Setiap situasi aku akan adaptasikan diri aku dengan filem-filem tertentu. Setiap lagu yang didengari, akan dilatarbelakangkan dengan setiap peristiwa dalam filem tertentu. Dan itu cara aku hidup. cara aku rasa seronok. Cara aku rasa yang aku ada kelebihan tertentu. Mungkin aku dah patut jumpa balik pakar psikologi.
Beberapa hari yang lepas aku ada kemukakan pencarian result untuk permohonan aku ke universiti. Keputusannya aku gagal mendapatkan tempat. Anehnya aku macam tak kesah sebelum ini pasal diterima atau tidak. Tapi bila aku lihat kembali, aku rasa sedih yang amat tapi redha. Sedih dan Redha. Macam aku tidak lagi macam aku sebelum ini yang sentiasa frust dengan kehidupan aku. Yang peliknya, aku lagi bersemangat dan aku boleh teruskan. Rezeki aku bukan disitu. Tapi aku perlu cari. Mungkin aku boleh mulakan kembali dari bawah.
Aku dalam McD sekarang, berseorangan. I'm glad. :)
No comments:
Post a Comment