Friday, August 26, 2011

Hold On No More.

Leave a friend like me that when I talk, I tell lie. When I give a promise, I break it. When I am trusted, I prove dishonest.

And please, be not like me.

Thursday, August 25, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Words Are Poison #2

Ada satu ketika, dia teringatkan zaman kanak-kanak dia dahulu. Sangat gembira tapi sebenarnya tidak. Walaupun dalam kehidupan dia, dia selalu menceritakan kehidupan kanak-kanak dialah yang paling seronok bagi dia. Mungkin dia berfikir, orang lain takkan simpati dengan cerita zaman kanak-kanak yang menyedihkan. Manusia lebih tertarik dengan cerita-cerita yang gembira dan seronok.

Di dalam kelas tiada siapa dapat mengatasi dirinya, sentiasa cemerlang, pertandingan apa pun yang dia sertai sentiasa johan, peperikasaan tahunan bulanan dia sentiasa mendapat temapt pertama. Disebalik, kejayaan itu dia tidaklah sebertuah yang disangka, dipulau kawan-kawan, ataupun lebih tepat dia tidak pernah ada kawan ketika dia sekolah, rehat bersendirian, balik bersendirian, dalam aktiviti berkumpulan pandangannya tidak dihiraukan. Tapi dia seorang anak kecil yang tabah. Sering diejek dengan potongan rambut seperti ahli the beatles. Bila waktu perhimpunan dia sering disorokkan di dalam almari yang berkunci. Ditinggalkan di belakang. Tapi bagi dia, itu pengalaman manis yang dia tahu orang lain takkan dapat seumur hidup mereka. Mujur dia punyai adik-beradik yang sentiasa ingin bermain dengannya selepas waktu sekolah.

Adek, jomlah main, kau asek buat homework je. Tak seronok lah buat homework. Jom kita main ambush-ambush masuk longkang nak?

*dia memandang senyum sambil jerit, Jom!

Apa yang kau duk tercangok depan tv tuh dek? tak reti-reti nak kemas rumah? kau kalau nak duduk rumah ni buat cara nak duduk.

Lamunannya terhenti seketika, dia menghela nafas panjang, tanda menahan kemarahan didalam jiwa dengan kata-kata tadi. Dalam hatinya "apa aku teruk sangat ke sampai tak layak nak duduk dalam rumah ni?" Padahal di baru sahaja habis menyapu ruang tamu rumahnya. Dia pun pasrah lalu bingkas bangun dari tempatnya tadi dan terus buat apa yang patut.

Sambil mengemas, dia terfikir, kalau dia pergi,adakah orang lain akan kesah kalau dia hilang, adakah orang lain akan cari kalau dia pergi. Dalam hati kecil dia berkata, tiada siapa nak cari dia kalau dia pergi, orang lain lebih suka dia tiada.

to be continued

Tuesday, August 16, 2011

Words Are Poison #1

Sebuah kisah...

Berisi orangnya, tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Seorang perempuan muda yang sedang duduk sambil menjamu makanan dihadapannya. Itu bukan pertama kali dia memasak lauk kegemarannya, sambal ayam, agak sedap bagi dia yang baru belajar nak masak. Dia nampak berselera sungguh, sehinggalah..

Kau ni adik, makan je pandai, makan je banyak. Kalau tak bekerja tak de berbuat apa-apa tu toksah nak makan banyak. Takde faedah.

Dia hanya melorotkan matanya sayu, kearah pinggannya yang masih ada separuh lagi nasi. Ini bukan kali pertama dia sering diperktakan sebegitu. Mungkin itu dah kali ke berapa ratus agaknya. Semua kata-kata yang dulu diimbasnya semula ;

Apa je yang kau nak buat dengan keputusan SPM kau macam ni haa adik. Along tak fahamlah, kau pergi sekolah buat apa? menangok?

Kau nak sangat belajar jauh-jauhkan? haa pergi-pergi, kalau susah jangan nak cari aku, ingat aku ni duk cop duit kau ke?

Kalau kau tak tahan jauh sangat, berhenti jelah dik. Kat sini je belajar sudahlah, ni seronok sangatlah dpat berjalan jauh-jauh tuh.

Kadang-kadang dia sendiri pun buntu, apa yang dia harus buat, keputusan diri ataupun kehendak keluarga, akhirnya dia pasrah, dan korbankan semua kebahgiaan dia, kegembiraan dia untuk kepuasan keluarganya, dia gembira bila melihat hasrat mereka itu didengari. Tapi malangnya, dia terkandas, hilang punca. Kemudian dia berkeputusan berhenti dari belajar.

Mungkin sebab keadaanya yang tidak mengizinkan dia untuk terus berada disitu.

Mungkin cik tak sedar, tapi cik ada penyakit mental yang kronik. Kesan hentakan kepala yang berkali-kali menyebabkan ada darah yang akan membeku. Mungkin cik kena lakukan pembedahan. Risikonya, kemungkinan mendapat penyakit autism. terpulang pada cik.

Dia tahu sejak itu, segala harapan musnah begitu sahaja, dalm waktu yang singkat, dia tahu, dia tak mungkin menjadi seperti dahulu.

to be continued.


Monday, August 15, 2011

Mungkin Dah Sampai Limit.

Serius, dari aku kecik sampailah aku dah dewasa, tanya je aku, hampir kesemua dalam dunia ni aku pernah rasa. At least bukan kat dunia pun Malaysia pun ok. Kalau nak diikutkan sejak kecil, semua benda dah tersedia, aku baru cakap nak itu, esok tahu-tahu abah aku dah belikan. Makanan, baju, permainan cakap je, brand apa yang tak pernah aku rasa, tak pernah aku pakai, dan tak pernah aku main. Semua sudah. Mungkin ketika itu, semua benda-benda itu senang dicapai. Tapi sekarang agak susah. Banyak faktor, ekonomi keluarga, mungkin jugak sebab dulu aku di negara lain.

Bila sudah dewasa, aku diberi kebebasan sepenuhnya. Dikalangan kawan-kawan aku, aku lah paling senang untuk diajak keluar, diajak balik malam, diajak tidur rumah orang lain, dan exactra. Hampir setiap hari aku keluar. Belanjakan duit tak tentu arah. Terlalu duniawi.

Tapi sebagai manusia, aku faham, dan aku yakin kamu semua tahu, kita mesti akan sampai pada tahap limit itu. Setiap perkara, perbuatan, semua ada limit, ada had. Dan aku rasa aku dah pun mencapai limit tersebut. Limit untuk terlalu keluar malam, limit untuk banyak tidur, limit untuk banyak makan, limit untuk terlalu bebas. Aku rasa dah sampai limit itu. Kadang-kadang aku rasa bukan sebab aku tua, punca aku sudah tidak lagi seagresif dulu, seaktif dulu. Cuma aku tahu umur 20tahun bagi aku sangat lambat untuk aku mulakan perubahan baru. Rebung dah pun jadi buluh, susah nak lentur. Tapi masih boleh lagi dilentur, kalau dilentur dengan kuat-lah.

Tapi aku masih lagi macam dulu. Tak berubah. Cuma aku rasa, ada sampai tahap tertentu aku perlu berhenti, dan letakkan limit pada sesuatu perkara.

Wednesday, August 10, 2011

Judgemental.

Semua orang menghakimi tapi tak suka dihakimi. Aku akan cakap, kenapa tidak? bukankah kalau kita dihakimi kita akan jadi lebih baik, matang, dan mengetahui kelemahan diri dan kebaikannya. Cuma aku akan cakap Jangan! kenapa nak menghakimi hanya untuk menjatuhkan orang lain, bukan?

Pandangan dan pendapat manusia sama sekali kita tak dapat menghalang, setiap masa, setiap keadaan. Disebabkan lahirnya kita sudah diajar berfikiran stereotaip, tipikal dan sinis. Aku cuma nak ketengahkan sikap sesetengah pihak yang terlalu mengutuk golongan-golongan yang lazimnya tidaklah nampak begitu warak, seperti mereka diperlekehkan. Bukankah mereka juga ada hak untuk berubah. Apa kita ingat kita yang dulu baik sangat ke sehinggakan bila sudah tinggi sikit ilmu didada memandang orang lain itu tiada mata dan peluang untuk berubah.

Ada juga, yang menghentam golongan yang dulunya sangat alim, warak, betudung labuh, berkopiah yang telah menghancurkan diri mereka sendiri. Apa kita layak untuk menghentam mereka dengan kata-kata " alah dia tuh harap je pakai tudung labuh sampai ke lutut, tapi tahu2 kena tangkap khalwat, lagi teruk dari yang tak pakai tudung". Apa mereka bukan manusia yang juga membuat kesilapan? Adakah kita layak menghakimi sedangkan diri sendiri pun masih terumbang ambing, entah dosa kita diampun oleh Allah atau tidak, tapi sudah mengutuk orang lain pula.

Orang selalu menghentam dari memperbetulkan. dan itu aku tak faham kenapa. Kenapa mesti ada kata-kata seperti, misalan:

Dia tuh harap je pakai tudung tapi tak solat pun, lebih elok orang yang yang tak pakai tudung tapi solat.

Siapa kata, itu betul? Tak betul. Kedua-duanya salah. Ingat tak? Islam itu sempurna kerana Islam itu sendiri sememangnya dicipta sempurna. Bukan manusia, yang sentiasa membuat silap. Bukankah lebih baik bina diri, dan muhasabah diri? Apa yang salah betulkan, bukan hanya membangkang.

Tuesday, August 9, 2011

Muhammad, Ya Rasulullah.




putih bersih dahinya, sinar hitam rambutnya
baik paras mukanya nak bercahaya
dua tapak kakinya pernah dikucup unta
unta hilang derita unta tiada duka
binatang dhob pernah beriman padanya
pokok pernah memberi salam kepadanya
batupun pernah jua berkata-kata padanya
tunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya.



Friday, August 5, 2011

Al-kisah Sahur.

Mama: Adik, bangun, tolong abah kat bawah nuh memasak untuk sahur.

Aku: *poker face

Mama: Bangkitlah cepat!

Aku: huh? *aku gelak kecik.

Mak aku nih buat lawak pulak pagi2 buta nih. Ok, aku faham kamu tak mengerti apa yang lawak pada cerita aku. sebenarnya aku gelak dengan ayat "tolong abah kat bawah nuh memasak untuk sahur".

Aku pun bangkitlah dari tidur, cuci mata, mulut, muka. Selepas itu, aku turun-turun je dengan harapan untuk menolong potong2 bawang ke, basuh sayur, tapi aku macam stand there then tengok abah aku hanya recooking je balik lauk puasa petang tadi. Tahu-tahu semua benda dah siap.

Mak aku cakap,

is korang nih time2 puasa nih cuba lah buat2 tolong memasak ke ape ke, ni tak, aku lah jugak kena buat.

Aku dilahirkan dengan mak ayah yang pandai memasak, Abah aku chef. Then, siapa yang dapat nafikan masakan mak sendiri kan. Semua setuju bahawa masakan mak lah yang paling hebat. Jadi, aku dah terbiasa dari kecik sehinggalah sekarang ni mereka yang masak untuk berbuka mahupun bersahur. Tapi serius, selama 20 tahun aku hidup, setakat ni tak ada lagi aku prepare sahur sendiri kat rumah. haha!

Tapi pagi tadi, aku terfikir, macam manalah kalau mereka dah tiada nanti. Hurm.

Sayang mama dan abah.


Borrowing your words.

I know. It's all wrong. By rights we shouldn't even be here. But we are. It's like in thegreat stories, Mr. Frodo; the ones that really mattered. Full of darknessand danger, they were. And sometimes you didn’t want to know the end... because how could the end be happy? How could the world go back to the way it was, when so much bad had happened? But in the end, it’s only a passing thing, this shadow. Even darkness must pass. A new day will come. And when the sun shines, it will shine out the clearer. Those were the stories that stayed with you that meant something, even if you were too small to understand why. But I think, Mr. Frodo, I do understand. I know now. Folk in those stories had lots of chances of turning back, only they didn’t. They kept going... because they were holding on to something.

Samwise Gamgee said that, i was inspired by those words when i was watching Lord Of The Rings; The Two Towers. It made me think. To me those words mean that with all that is bad in this world, there is still good. When faced with challenges and obstacles, when you feel in despair, when you feel like there's no hope, when you think about giving up, don't. Because there is always hope and there are ways to overcome those problems. Holding on to something gives us strength and determination to go on in life. It gives us power to dominate our life and shape it the way we choose to. Even if when all else seems to fail, believe in yourself, belive in your friends and the "shadow" will pass. And a new day comes full of joy and luaghter and merrymaking. You just have to go on and never look back. Never take a step backwards, just stand your ground and move forward litttle steps.

For your information, this post was made during midnight and i was very high on chocolate. Forgive my sentimental-ness. :)

Thursday, August 4, 2011

Serius aku dah tak boleh menipu.

Dulu, aku susah nak jadi sangat jujur. Bukan menipu, maksud aku apa yang difikirkan yang dirasakan ataupun pendapat aku lebih selesa keep it safe, keep it secret. Tapi sekrang selagi tidak melanggar etika sebagai seorang manusia, sebagai anak, sebagai kawan aku akan cakap terus. Itu adalah disebabkan aku tak mahu lagi bersikap begitu. Aku sayangkan family aku, aku sayangkan kawan-kawan aku, dan aku sayangkan saudara aku. Sebab aku tahu tak ada guna aku simpan perasaan negatif itu lama-lama sedangkan aku boleh cegah.

Sebab aku rasa aku bukan seoran saudarag yang balik dahulunya. Dan aku masih ada masa untuk mengubah.

Kan elok kalau hubungan itu penuh jujur. :)

Wednesday, August 3, 2011

Hiding My Heart Away.

current song.

So this is how the story went
I met someone by accident
Who blew me away
Blew me away

It was in the darkest of my days
When you took my sorrow and you took my pain
You buried them away, buried them away

And I wish I could lay down beside you when the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But like everything I've ever known you'll disappear one day
So I spend my whole life hiding my heart away

Dropped you off at the train station
And put a kiss on top of your head
I watched you wave, watched you wave
Then I went on home to my skycrapers
That I call home
I call that home

I woke up feeling heavy hearted
I'm going back to where I started
The morning rain, the morning rain
And though I wish that you here on that same old road that brought me here
Is calling me home, calling me home

I wish I could lay down beside you when the day is done
And wake up to your face against the morning sun
But like everything I've ever known you disappear one day
So I spend my whole life hiding my heart away.

Tuesday, August 2, 2011

Quit.Start.Quit.Start.

Keluarga, kawan-kawan, dan diri aku sendiri selalu sangat tanya soalan macam ni.

Kau ok?
Kenapa kau berhenti?
Bila nak sambung belajar?

Yang peliknya, aku sendiri pun tanya diri sendiri soalan-soalan yang seperti di atas. Secara jujurnya, aku rasa macm physically dan mentally disturbed. Salah aku jugak, aku yang buat diri sendiri macam ni kan.

But then aku nak pergi cari kerja dan belajar yang tetap lah. so, aku akhiri kat sini je lah. kan.