Tuesday, August 16, 2011

Words Are Poison #1

Sebuah kisah...

Berisi orangnya, tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Seorang perempuan muda yang sedang duduk sambil menjamu makanan dihadapannya. Itu bukan pertama kali dia memasak lauk kegemarannya, sambal ayam, agak sedap bagi dia yang baru belajar nak masak. Dia nampak berselera sungguh, sehinggalah..

Kau ni adik, makan je pandai, makan je banyak. Kalau tak bekerja tak de berbuat apa-apa tu toksah nak makan banyak. Takde faedah.

Dia hanya melorotkan matanya sayu, kearah pinggannya yang masih ada separuh lagi nasi. Ini bukan kali pertama dia sering diperktakan sebegitu. Mungkin itu dah kali ke berapa ratus agaknya. Semua kata-kata yang dulu diimbasnya semula ;

Apa je yang kau nak buat dengan keputusan SPM kau macam ni haa adik. Along tak fahamlah, kau pergi sekolah buat apa? menangok?

Kau nak sangat belajar jauh-jauhkan? haa pergi-pergi, kalau susah jangan nak cari aku, ingat aku ni duk cop duit kau ke?

Kalau kau tak tahan jauh sangat, berhenti jelah dik. Kat sini je belajar sudahlah, ni seronok sangatlah dpat berjalan jauh-jauh tuh.

Kadang-kadang dia sendiri pun buntu, apa yang dia harus buat, keputusan diri ataupun kehendak keluarga, akhirnya dia pasrah, dan korbankan semua kebahgiaan dia, kegembiraan dia untuk kepuasan keluarganya, dia gembira bila melihat hasrat mereka itu didengari. Tapi malangnya, dia terkandas, hilang punca. Kemudian dia berkeputusan berhenti dari belajar.

Mungkin sebab keadaanya yang tidak mengizinkan dia untuk terus berada disitu.

Mungkin cik tak sedar, tapi cik ada penyakit mental yang kronik. Kesan hentakan kepala yang berkali-kali menyebabkan ada darah yang akan membeku. Mungkin cik kena lakukan pembedahan. Risikonya, kemungkinan mendapat penyakit autism. terpulang pada cik.

Dia tahu sejak itu, segala harapan musnah begitu sahaja, dalm waktu yang singkat, dia tahu, dia tak mungkin menjadi seperti dahulu.

to be continued.


1 comment:

Anonymous said...

tak musnah lagi..masih ada harapan..Allah tak suka orang yang berputus asa.