Ada satu ketika, dia teringatkan zaman kanak-kanak dia dahulu. Sangat gembira tapi sebenarnya tidak. Walaupun dalam kehidupan dia, dia selalu menceritakan kehidupan kanak-kanak dialah yang paling seronok bagi dia. Mungkin dia berfikir, orang lain takkan simpati dengan cerita zaman kanak-kanak yang menyedihkan. Manusia lebih tertarik dengan cerita-cerita yang gembira dan seronok.
Di dalam kelas tiada siapa dapat mengatasi dirinya, sentiasa cemerlang, pertandingan apa pun yang dia sertai sentiasa johan, peperikasaan tahunan bulanan dia sentiasa mendapat temapt pertama. Disebalik, kejayaan itu dia tidaklah sebertuah yang disangka, dipulau kawan-kawan, ataupun lebih tepat dia tidak pernah ada kawan ketika dia sekolah, rehat bersendirian, balik bersendirian, dalam aktiviti berkumpulan pandangannya tidak dihiraukan. Tapi dia seorang anak kecil yang tabah. Sering diejek dengan potongan rambut seperti ahli the beatles. Bila waktu perhimpunan dia sering disorokkan di dalam almari yang berkunci. Ditinggalkan di belakang. Tapi bagi dia, itu pengalaman manis yang dia tahu orang lain takkan dapat seumur hidup mereka. Mujur dia punyai adik-beradik yang sentiasa ingin bermain dengannya selepas waktu sekolah.
Adek, jomlah main, kau asek buat homework je. Tak seronok lah buat homework. Jom kita main ambush-ambush masuk longkang nak?
*dia memandang senyum sambil jerit, Jom!
Apa yang kau duk tercangok depan tv tuh dek? tak reti-reti nak kemas rumah? kau kalau nak duduk rumah ni buat cara nak duduk.
Lamunannya terhenti seketika, dia menghela nafas panjang, tanda menahan kemarahan didalam jiwa dengan kata-kata tadi. Dalam hatinya "apa aku teruk sangat ke sampai tak layak nak duduk dalam rumah ni?" Padahal di baru sahaja habis menyapu ruang tamu rumahnya. Dia pun pasrah lalu bingkas bangun dari tempatnya tadi dan terus buat apa yang patut.
Sambil mengemas, dia terfikir, kalau dia pergi,adakah orang lain akan kesah kalau dia hilang, adakah orang lain akan cari kalau dia pergi. Dalam hati kecil dia berkata, tiada siapa nak cari dia kalau dia pergi, orang lain lebih suka dia tiada.
to be continued
No comments:
Post a Comment