Semua orang menghakimi tapi tak suka dihakimi. Aku akan cakap, kenapa tidak? bukankah kalau kita dihakimi kita akan jadi lebih baik, matang, dan mengetahui kelemahan diri dan kebaikannya. Cuma aku akan cakap Jangan! kenapa nak menghakimi hanya untuk menjatuhkan orang lain, bukan?
Pandangan dan pendapat manusia sama sekali kita tak dapat menghalang, setiap masa, setiap keadaan. Disebabkan lahirnya kita sudah diajar berfikiran stereotaip, tipikal dan sinis. Aku cuma nak ketengahkan sikap sesetengah pihak yang terlalu mengutuk golongan-golongan yang lazimnya tidaklah nampak begitu warak, seperti mereka diperlekehkan. Bukankah mereka juga ada hak untuk berubah. Apa kita ingat kita yang dulu baik sangat ke sehinggakan bila sudah tinggi sikit ilmu didada memandang orang lain itu tiada mata dan peluang untuk berubah.
Ada juga, yang menghentam golongan yang dulunya sangat alim, warak, betudung labuh, berkopiah yang telah menghancurkan diri mereka sendiri. Apa kita layak untuk menghentam mereka dengan kata-kata " alah dia tuh harap je pakai tudung labuh sampai ke lutut, tapi tahu2 kena tangkap khalwat, lagi teruk dari yang tak pakai tudung". Apa mereka bukan manusia yang juga membuat kesilapan? Adakah kita layak menghakimi sedangkan diri sendiri pun masih terumbang ambing, entah dosa kita diampun oleh Allah atau tidak, tapi sudah mengutuk orang lain pula.
Orang selalu menghentam dari memperbetulkan. dan itu aku tak faham kenapa. Kenapa mesti ada kata-kata seperti, misalan:
Dia tuh harap je pakai tudung tapi tak solat pun, lebih elok orang yang yang tak pakai tudung tapi solat.
Siapa kata, itu betul? Tak betul. Kedua-duanya salah. Ingat tak? Islam itu sempurna kerana Islam itu sendiri sememangnya dicipta sempurna. Bukan manusia, yang sentiasa membuat silap. Bukankah lebih baik bina diri, dan muhasabah diri? Apa yang salah betulkan, bukan hanya membangkang.
No comments:
Post a Comment