Friday, August 5, 2011

Al-kisah Sahur.

Mama: Adik, bangun, tolong abah kat bawah nuh memasak untuk sahur.

Aku: *poker face

Mama: Bangkitlah cepat!

Aku: huh? *aku gelak kecik.

Mak aku nih buat lawak pulak pagi2 buta nih. Ok, aku faham kamu tak mengerti apa yang lawak pada cerita aku. sebenarnya aku gelak dengan ayat "tolong abah kat bawah nuh memasak untuk sahur".

Aku pun bangkitlah dari tidur, cuci mata, mulut, muka. Selepas itu, aku turun-turun je dengan harapan untuk menolong potong2 bawang ke, basuh sayur, tapi aku macam stand there then tengok abah aku hanya recooking je balik lauk puasa petang tadi. Tahu-tahu semua benda dah siap.

Mak aku cakap,

is korang nih time2 puasa nih cuba lah buat2 tolong memasak ke ape ke, ni tak, aku lah jugak kena buat.

Aku dilahirkan dengan mak ayah yang pandai memasak, Abah aku chef. Then, siapa yang dapat nafikan masakan mak sendiri kan. Semua setuju bahawa masakan mak lah yang paling hebat. Jadi, aku dah terbiasa dari kecik sehinggalah sekarang ni mereka yang masak untuk berbuka mahupun bersahur. Tapi serius, selama 20 tahun aku hidup, setakat ni tak ada lagi aku prepare sahur sendiri kat rumah. haha!

Tapi pagi tadi, aku terfikir, macam manalah kalau mereka dah tiada nanti. Hurm.

Sayang mama dan abah.


1 comment:

iera marican said...

hahahaha...aku plak duk kena masak sahur je skunk nie...tapi tak de le ksah sangat sbb slalunya aku tak tido pown lagi