Wednesday, August 27, 2008

jalan yang diambil

hurmm..
semua orang fikir bertahan dalam hidup ini akan menjadikan kita seorang yang kuat.tetapi kadang-kadang untuk teruskan hidup ini kita kena lepaskan segalanya.macam diri aku yang sekarang tidak tahu mana satu sebenarnya arah tuju aku.sebelah kanan aku menjanjikan kejayaan hidup yang penuh gemilang..dan sebelah kiri aku pula.sesuatu yang sebenarnya yang aku mahu dalam hidup aku.tetapi dihalang oleh cita-cita yang selama ini aku tidak pernah menyangka akan membuatkan aku rasa terkongkong dan menghimpit jiwa aku.adakah aku harus melepaskan kemahuan diri kecintaan aku terhadap sesuatu yang akan memberi kebahgiaan kepada jiwa aku untuk hanya berdiri dan berada di tempat yang sangat tinggi sehingga aku tidak berani untuk pandang kebawah.perlukah aku berkorban kemahuan jiwa aku.dan teruskan hidup ini.aku sebenarnya tidak diberi sebarang pilihan sekalipun aku cuba mewujudkan pilihan itu.dan aku sedia belajar untuk menerima segala yang tersedia untuk aku.aku perlu teruskan hidup ini.ibu bapa yang selama ini telah banyak berhabis dan berjasa terhadap diri aku yang sangat berharap untuk menjadi insan yang menabur bakti kepada ibu bapanya.dan untuk itu aku perlu memilih jalan disebelah kanan aku..dan tidak menoleh lagi kekiri dan melupakan segala yang aku harapkan segala yang aku hajatkan segala yang aku imipikan itu ketepi.dan menuju kejalan yang aku sendiri tidak mahu mengerti.

No comments: