Thursday, August 28, 2008

Kalau-lah Esok Tidak Akan Hadir.

kadang-kadang pada lewat malam aku berbaring dan melihat bintang di angkasa mengenangkan mereka.dan sesuatu terlintas difikiran aku.jika aku tidak akan bangun pada keesokan harinya.adakah mereka akan sangsi perasaan aku terhadap mereka dan apa yang aku rasa terhadap mereka dalam hidup aku.sebab aku pernah kehilangan seseorang yang tak pernah tahu pun perasaan aku terhadap dia dan aku hidup dalam penyesalan dan perasaan aku terhadap dia tidak akan pernah terungkai lagi.jadi aku berjanji pada diri aku untuk mengatakan setiap hari kepada mereka betapa mereka amat bermakna dalam hidup aku dan aku tidak mahu mengulangi peristiwa yang lalu kerana tidak ada peluang kedua untuk aku menyatakan apa yang aku rasa dan jika esok tidak akan wujud adakah mereka akan tahu betapa aku sayang mereka seluas lautan pasifik sepanas lava mengalir sejauh langit dan bumi.aku cuba dimana untuk buktikan bahawa merekalah satu-satunya bagi aku dan bila masa aku sudah berakhir di dunia ini.mereka perlu menghadapi hidup ini tanpa aku dan cinta yang aku bagi pada masa lalu akan berada bersama mereka selamanya.

No comments: