Wednesday, December 29, 2010

July

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Julai ialah:
[][] Sangat suka didamping.
[][] Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
[][] Agak pendiam kecuali dirangsang.
[][] Ada harga dan maruah diri.
[][] Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
[][] Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
[][] Sangat menjaga hati orang lain.
[][] Sangat peramah.
[][] Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
[][] Berjiwa sentimental.
[][] Jarang berdendam.
[][] Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
[][] Tidak suka benda remeh-temeh.
[][] Membimbing cara fizikal dan mental.
[][] Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
[][] Layanan yang serupa terhadap semua orang.
[][] Tinggi daya simpati.
[][] Pemerhatian yang tajam.
[][] Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
[][] Mudah dan rajin belajar.
[][] Suka muhasabah diri.
[][] Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
[][] Suka mendiamkan diri.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
[][] Tidak agresif kecuali terpaksa.
[][] Lemah dari segi kesihatan perut.
[][] Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
[][] Minta disayangi.
[][] Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
[][] Terlalu mengambil berat.
[][] Rajin dalam membuat kerja.

Before the day comes

Beberapa bulan yang lalu aku ade menerima sebuah video dari seorang rakan di Sabah. Video bertajuk The Arrival.Ok. Video ini tentang ketibaan dajal dan penipuan besar dunia pada masyarakat manusia. Dan memang memang menarik. Dan kadangkala aku rasa tertipu. Tapi bukan pasal isi kandungan video itu yang aku nak megah-megahkan disini. Iluminati, Freemason, Atheist semua itu aku tahu. Aku juga tidak terlalu taksub dengan perkara ini. Cuma aku percaya, perkara itu wujud. Apa yang terlintas dalam fikiran aku tentang video itu adalah, sesiapa yang melihatnya bagus juga, tapi kebanyakan mereka hanya tahu menuduh dan tidak mengambil iktibar. Bagi aku buat apa kau tahu tentang iluminati, freemason dan yang lain hanya sekadar nak mengutuk tentang perkara yang mereka sudah lakukan.Tak penting. Mereka akan tetap begitu. Kenapa bila dah tahu semua itu kita tak mantapkan lagi ukhuwah kita sesama manusia, dan yang penting sesama muslim. Kenapa tidak mencuba untuk perbaiki diri instead of asyik condemn pasal orang lain. Ya, aku pun begitu. Aku tidak lah baik, tapi tidak salah kalau kita mencuba. Dan aku masih mencuba untuk baiki diri yang teruk ini.

Sedarlah, buat apa nak kejar cerita-ceria begitu kalau hanya nak bermegah yang kita tahu kebenran mengenai dunia ini, berlumba-lumba untuk ambil tahu kononnya macam kita nih tahu perkembangan dunia, dan orang lain tidak. Kenapa kita tak kongsi pengetahuan kita, dan ajak untuk perbaiki diri. Sekrang bukan masanya untuk lihat dan kutuk. Tapi lihat dan ambil pengajaran. Mana pergi persaudaaraan sesama Islam? Apa ntah lagi sesama bangsa, kaum? tiada. Asyik bercakaran memuji kaum, bangsa, dan agama sendiri, tapi tidak mencuba untuk baiki apa yang lemah dalam diri. Kenapa bangga jadi melayu tapi bila duduk sesama kaum, mencerca kaum sendiri, berpuak? kenapa bangga jadi Islam tapi mengherdik orang lain? Kenapa memilih kawan? kenapa kita pinggirkan mereka yang melakukan maksiat itu, kenapa tidak kita berkawan dengan mereka dan berbaik dengan mereka, bawak mereka ke jalan kebenaran. Manusia semua buat kesilapan, dan lupa. Perkataan manusia itu sendiri membawa maksud lupa. Aku juga mungkin lupa selepas ini. Lupa yang aku patut beri contoh terbaik pada kawan-kawan, keluarga dan orang di luar sana. Tapi tak salah kalau kita masih dalam tempoh percubaan, dari tidak mencuba langsung, walaupun aku selalu gagal untuk berubah menjadi lebih baik.

Ya, kita derma pada tabung kebajikan. Sebab kita tak tahan melihat orang lain susah, orang miskin yang tidak cukup makan. Kita fikir kita telah pun menunaikan tanggungjawab kita. Tapi kebenarannya kita macam menipu diri sendiri sahaja. Tak begitu? Kita rasa duit boleh buat kita ade kuasa tahap infiniti. Kita boleh beli semua. Ya, duit memang penting. dan tak salah jugak kalau aku nak cakap yang duit boleh buat kita bahagia, tapi ia bukanlah segalanya. Sibuk cari duit sampai lupa nak mengingatkan atau ajar anak-anak kita tentang sejarah dan kehormatan diri. Apa kita ni menjengkelkan ke kalau kita cerita dan nasihat orang lain tentang agama? takut orang lain akan cakap, jangan cakap pasal agama kalau solat kau pun tak betul lagi. Apa salah ke kalau kita nak kongsikan apa yang kita tahu. Salahkah kalau kita nak orang lain mendapat kesedran jugak seprti kita mendapat kesedaran. Kadang-kadang orang lain buat-buat tak dengar je bila kita nasihat mereka. Katanya kita nih dah alim, poyo, berlagak, dan bajet baguslah , bajet baiklah dan lain-lain lagilah. Apa itu yang kita fikir bila orang lain menasihati kita ke arah kebaikan even orang itu perompak sekali pun, apa yang baik yang keluar dari mulutnya patut kita ambil dan cuba perbaiki, bukan hanya cakap "kau perompak pun jahat gak, tengok lah diri sendiri sebelum nak nasihat". Kita rasa orang macam tuh macam sombong, dan bajet bagus, tapi bukankah kita berkata sedemikian menunjukkan kita lagi angkuh dari dia.

My dear brother and sister, ni masanya untuk kita ubah apa yang ada dalam diri kita. At least kita mencuba dan mencuba walaupun adakalanya gagal , dari tidak pernah mencuba. Bukalah mata anda, jangan buat apa yang dikata kebenaran itu ketepi. Jangan sampai when the day comes kita baru nak mencuba, before the day comes, there is no more place to run and hide. no other place. Memang senang nak salahkan segala yang berlaku kini pada Barat tapi sebenar-benarnya kesalahan itu patut fokus pada diri kita sendiri. Mulai sekarang kita tanya lah diri kita adakah Allah berpuas hati dengan kita? sebab Dia selalu dan sedang memerhati kan kita.





Monday, December 27, 2010

Old's One

Walaupun sekarang ramai yang rasa dulu hanyalah dulu. Dan apa yang kita tengah jadi sekarang kita teruskan. Tapi kenapa aku masih merindui dan menginginkan peristiwa dulu berulang semula. Berputar pada peristiwa yang sama pada masa dulu-dulu. Mungkin aku seorang sahaja yang merasakan hidup aku lebih baik pada dulunya dari sekarang. Now, full of darkness, aku sangat negatif, fikiran berkecemauk, study merewang, kawan-kawan kecewa dengan aku, dan ibu bapa sedih melihat karenah aku. Aku walaupun dari fizikalnya menunjukkan seorang yang baik, bertutup, tapi di dalam, tidak seperti luaran. Dan aku sangat rindukan aku yang dulu. Semua yang dulu. Ya, yang dulu. hmm.

Wednesday, December 22, 2010

Haish.

Ada siapa-siapa nak hadiahkan saya tiket michael buble this march tak? saya naaaaaaaaak sangat.

Monday, December 13, 2010

The Longing

Rindu kau weyh. Maaf-lah aku jarang borak-borak dengan kau. Itu sebab aku rasa macam nak borak dengan kau depan-depan. Apa-apa pun. take care. Ingat Allah jika dalam kesusahan. Dan teruskan apa yang kau sedang lakukan sekarang ini. Aku sentiasa doakan untuk kau weyh.

The Realization

The friend that fights the most is the one most in happiness.It shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting it means you stopped caring.

Again, and again

Duit, kata orang adalah segalanya. Memang kalau aku pun, aku akan cakap yang duit adalah segalanya, tapi masih duit bukan segalanya. Kamu faham-kan maksud aku. Bukan lah aku nak cakap aku boleh hidup kalau aku ada duit. tapi tidak lah aku mengharapkan yanga aku ada banyak duit. Kalau dengan aku bercakap duit adalah segalanya membuatkan kamu berkata yang aku materialistik, hurmm, I couldn't say a word. Padahal aku adalah seorang yang boleh rasa bersalah jugak kalau dah habiskan duit pada benda yang tidak penting. Lagi-lagi kalau memakan belanja above hundred. Mungkin kalau ada duit lebih tuh boleh lah beli untuk kepuasan diri sendiri-kan. Ada yang cakap dengan duit kita boleh bahagia, susah nak rasa sedih.


Tapi akhirnya, apa yang buat aku sedar ialah dengan semua perspektif manusia tentang duit ialah, aku tak rasa yang bahagia, sedih, gembira itu semua ada kaitan dengan duit atau time kita tengah "sengkek" tapi ianya adalah kita tak dpat nak halang diri kita dari berfikir yang duit boleh memberi kebahagiaan dan dapat membuang kesedihan itu pergi. Orang anggap duit tu macam pintu ajaib, tak pun macam poket doraemon-lah senang cerita. . Kalau ada duit, boleh beli makanan sedap-sedap, jadi happy. Boleh beli beauty products semua, jadi cantik, semuaaaa orang suka! Beli pakaian dan kasut lawa-lawa, nanti semua orang envy and puji-puji, teringin nak jadi me, weee. Apalah aku merepek. Sebab somehow you just never feel full, or feel pretty enough or have enough pretty things. I'll never know just how happy money will make me, cause I have no idea how much is enough, and I can never spend any amount without feeling guilty. Tapi aku spend jugakla.


Hari-hari dan jalan- jalan yang aku lalui kini makin ku rasakan semakin suram, tapi aku sentiasa merasakan bahawa ada sedikit harapan bahawa akan ada seseorang yang datang pada aku dan memberi cahaya di suatu tempat yang aneh yang boleh mengubah segalanya, mungkin dia dapat menghilangkan kekosongan di dalam hati aku ini kerana aku tak rasa setakat ada orang yang bisa melakukannya. So dramatic-lah kan. Dan aku tahu orang yang bisa melakukannya hanyalah aku, I can't help but wish that it could be someone else, because I'm too tired to do it myself.


Huh! Apalah yang aku merepek nih.



Merepek atau tidak. Aku ada hak untuk sound like orang gila tanpa dilabel sebagai emo atau gile. Memanglah tak cool bila tiba-tiba mula membebel tak tentu hala dan hilang cool. Tapi I know sometimes surely other people pun too secretly nak jugak just release all the ke-tak-puas-an hati sekali sekala kan? Tapi you can't. Cause you think people will be judging you (you're right, they do judge you). And over one night nanti akan runtuh satu imej yang you have been trying to build for years. Mesti bosan kalau aku asyik mengeluh macamni. Nanti orang rasa kena pujuk pulak. I just want to be heard. Lagi best kalau lepastu pretend macam I never wrote this. Sekali sekala takpa kot. Ah, peduli apa. You can't help me.



Thursday, December 9, 2010

Korejanai



Memang meriah kalau ada DSLR macam ni. naaakkk.

Stalkers



Did you know photographers are stalkers of stalkers?

Terima Kasih

Aku tahu kau memang tahan betul dengan cerita-cerita tak munasabah aku kan. sahabat. Sorry sebab buat kau banyak risau tentang keadaan aku di Sabah. Banyak cederakan diri sendiri, tapi kau tetap layan aku. Kau pun penting dalam hidup aku. Jangan terasa kalau aku lebih sayangkan orang lain. Tapi aku tetap sayang kau. Kita dah berkawan sangat lama. dari sejak zaman hingusan lagi kan. Kalau orang lain ade kwan baik sampai mati punya, aku nak cakap kau kawan aku sampai bila-bila, walaupun aku dah mati.

Wednesday, December 8, 2010

penangan syaitan

Memang syaitan suka buat kita bergaduh sesama sendiri kan. Dia memang nak dan suka kalau kita bergaduh. Jadi jangan buat syaitan suka. Kita kena banyak kawal diri dari marah, dari emosi yang tidak stabil. Supaya kita tidak menggembirakan hati-hati syaitan. Banyak-banyak bermuhasabah diri dan jaga emosi. Berzikirlah jika ada perasaan marah atau perasaan yang tidak dijangka. Semoga kita dihindari dari syaitan yang di rejam.

p/s: aku dah tak larat dah nak gaduh-gaduh lagi. Aku hanya nak bagi senyuman pada orang lain.

Monday, December 6, 2010

Pena terakhir part 1

Setiap orang ada cerita masing-masing. Dan setiap cerita itu ada penceritanya yang tersendiri. Sehingga itu aku berkeputusan untuk menjadi pencerita bagi kisah kau. Ya, engkau.

Kau pada masa dahulu aku tidak menyangka akan menjadi kawan aku, mahupun akan menjadi rakan sekelas aku. Aku selalu memerhati engkau sebelum aku betul-betul mengenali engkau. Aku teringat pada masa sebelumnya, aku rasa pandangan aku pada engkau menyatakan yang engkau seorang yang kaku. Engkau mungkin jugak ada kacuk dari mana-mana negara di timur tengah. Aku mengenali kawan-mu tapi tidak engkau. Aku tidak merasa kau akan menjadi sesuatu dalam hidup aku. Jadi aku merasakan, aku cuma selalu berkata-kata tentang kau dalam hati aku, dan apa yang berkata-kata dalam hati aku bukanlah satu pandangan yang agak positif. Tapi, hanya sekadar itu sahaja. Aku tidaklah menyukai engkau, cuma kau ada sesuatu yang pelik untuk aku teliti setiap kali terserempak dengan engkau dimana-mana kawasan sekolah. Misteri. Dan aku ingin tahu itu. Sebab kau nampak pelik walaupun zahirnya orang lain nampak normal. Tapi aku ingin nyatakn disini, aku mempunyai pemerhatian yang sangat tajam. Aku memerhati bukan hanya pada zahir. Tapi pada dalamnya jugak. Aku boleh ahu orang itu Ok atau tidak Ok pada aku. Tapi aku mempunyai masalah untuk membaca kau. Aku tidak boleh. Dari hari itu, aku tahu kau seorang yang lain dari yang lain. Tapi tak bermakna aku ingin berkawan dengan kau.

Aku perasan sesuatu semasa aku berada di tingkatan dua. Aku tahu kau kerap jugak memakai kain berwarna ungu yang diharuskan pemakaiannya pada hari jumaat. Tapi kebiasaannya orang lain pakai kain itu dengan baju sekolah warna putih. Tap kau akan pakai kain itu dengan baju pustakwan kau yang berwarna hijau itu. Dan itu aku rasa itu sangat cool. Sebab dari itu aku tahu , kau mempunyai pemikiran yang agak sama dengan aku. Dari situ aku tahu kau tidak stereotaip. Kau suka sesuatu yang lain dari orang lain.

Sebenarnya, aku bukan bermula di tingkatan 4 mengenali kau. Aku boleh katakan disini, aku dah mula mengenali kau sedari awal permulaan tingkatan 2 lagi. Aku cuma kenal, tapi aku tidak mengerti, aku cuma memerhati tapi bukan mendalami. Jadi sebelum bermulanya persahabatan kita sejak di tingkatan 4, aku sudah tahu sedikit tentang karakter anda. Aku tahu kau suka perkra yang orang lain tidak selalu lakukan, barang yang jarang dijumpai atau sesuatu yang tidak menjadi kebiasaan orang lain untuk memberinya. Ya, kau sangat pelik, tapi mungkin bukan pelik. Cuma kau sangat unik. Kau adalah lain. Sesuatu yang sangat berlainan.

Teringat aku lagi semasa pertama kali aku berada sama kelas dengan engkau. Aku sangat jarang tegur engkau. Mungkin sebab aku sangat segan, sebab inilah orang yang selalu aku kaji karakternya. Aku tak tahu kenapa aku pilih kau untuk dikaji. Tapi aku hanya boleh cakap kau sangat misteri, dan itu buatkan aku ingin tahu tentang kau. Tapi bila kita sudah sekelas, jarak aku dengan engkau itu sudah semakin dekat. Dan apa yang aku buat adalah buat-buat aku tak pernah tahu tentang kau, seolah-olah masa tingkatan 4-lah pertama kali aku tahu kau memang wujud di sekolah itu. Aku beranikan diri juga selepas seorang teman yang baru pindah masuk ke kelas aku yang duduk di sebelah aku mengajar aku untuk buat bising, buat havoc, kacau kawan-kawan sekelas, dan itu pertama kali aku kacau kau. Aku panggil nama kau dan kemudian buat tak tahu, seolah-olah bukan aku yang panggil. dan kau pandang belakang untuk tengok siapa yang panggil2 kau tuh kan.

Sejak itu, aku mula untuk berfikir, yang kau dan aku mungkin boleh jadi kawan. Dan seterusnya, aku tahu kita bukan hanya mungkin, tapi kita boleh. Tapi kau jarang berada dalam kelas. Aku tak percaya yang aku boleh berkawan dengan seorang yang sangat aktif, seorang yang sangat aku tidak tahu dan terfikir untuk berada dalam satu naungan. Sebab selama ini aku hanya memandang dari jauh. Ya, aku suka perhatikan kau. Mungkin masa itu, aku mencari sesuatu yang ada pada kau yang kau boleh beri pada aku. Dan aku tahu, kau telah beri aku lebih.

Sunday, December 5, 2010

speechless.

Do not know what is in my heart, thinking about something that have been said by someone yesterday. It only makes me feel that, you do not deserve any further explanation fro me, it is not you really don't deserve it, but I jus dont have any words to say to you. I'm the one that suppose to be blamed. It is not you. No. Aku hanya berserah dan akur kesalahan sendiri . I do not fight but I'm also not against to the words. I can only say, I have no matters to be settled and things to be defended. Because I know, I can no longer win the hearts, I can no longer say anything. The words from me will only be considered as a liar. Yes, the words of a trickster. But I really love you. Maybe you do not see me that I really love you. But, now I'm pleased. I should be at your release. Yes, release you from me. If we could really feel each other. I'll be glad.

p/s : ini nota terakhir. Aku tidak akan lagi ungkit pasal perkara ini.

Saturday, December 4, 2010

Aku Melihat di Balik Hujan

Ku tak selalu berdiri
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang ku lalui
Untuk sekadar bercerita

Pegang tanganku ini

Dan rasakan yang ku derita
Genggam tanganku ini
Genggam perihnya kehidupan

Apa yang kuberikan

Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Tempatku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan

Thursday, December 2, 2010

Jangan dipandang bezanya tapi pada samanya

Kenapa mesti ada Islam Sunni atau Islam Syiah? Kenapa dalam maklumat diri aku, berstatus Islam Sunni. Apa Islam itu boleh dibahagi-bahagikan? Atau ada perbezaan dalam ajaran tiu sendiri? Aku tidak faham. Dan aku meraguinya.

Aku bukan syiah, malahan aku juga bukan sunni. Aku adalah apa yang telah diajar oleh Al-Quran. Seorang Muslim. Again, a muslim. No other.

Apa yang ingin aku sampaikan ialah, Islam tiada perbezaan. Jika salah seorang daripada kamu boleh membuktikan bahawa Al-Quran telah mengajar manusia untuk bersikap perkauman, maka kamu tidak akan dapat membuktikannya sampai bila-bila pun, kerana tiada istilah perbezaan dalam Islam. Jika kamu tidak mahu mengakuinya, kamu kena sedar bahawa "Islam" itu tiada bezanya, kerana apa yang kamu tidak faham ialah, sebenarnya "Islam" dalam tatabahasa Arab adalah "haal" atau "kata kerja". Oleh itu Islam bukan-lah KATA NAMA.

Ini membawa maksud, Islam bukan-lah sebuah kata nama, kerana Islam adalah huraian untuk kata kerja itu sendiri, iaitu perbuatan atau huraian pada satu cara hidup atau satu bentuk keteguhan. Ia berkenaan apa yang kamu lakukan dan apa yang kamu percaya dalam hati kamu. Bukan hanya pada luaran. Ingatlah, sebelum kamu semua menganggap yang bukan-bukan pada orang yahudi, kristian, buddha, hindu, kulit hitam, Syiah, Sunni dan selainya, tanyalah pada diri kamu ini, sejak bila jika kamu mempertahankan keluarga Rasulullah membuatkan kamu seorang anti-sunni? dan sejak bila kamu mempertahankan sahabat Rasulullah menjadikan kamu seorang yang anti-syiah?

Sebenarnya, seperti agama kristian, yahudi dan kebanyakan agama lain, ini adalah perbezaan-perbezaan yang dicipta oleh manusia untuk memisahkan kita semua. Ini semua adalah fitnah, dengan sifat kehormatan dan usaha perpaduan sahaja yang dapat mengatasi penyakit-penyakit perkauman ini. Ini lah ujian kamu sebagai seorang muslim yang sebenar. Memang senang untuk bersatu melawan orang tapi bolehkah kamu bersatu dalam membentuk perpaduan sesama sendiri?

Untuk mencari kebenaran, seseoran perlu membuang segala kecenderungan di hatinya dan mencari di sebalik setiap anggapan negatif manusia ini. Bolehkah kamu memahami yang Rasul kamu, dan Tuhan kamu, telah meminta kamu bersatu sebagai ummah? Bolehkah kamu menghormati orang lain dan mengatasi segala perbezaan kamu untuk kekal sebagai satu ummah? Ini-lah ujiannya. Sama ada kamu lulus atau kamu gagal dalam ujian ini. That's all that count.

Lulus, itu bukan bermakna kamu boleh menuding jari kepada kesalahan orang lain atau membuktikan yang mazhab kamu adalah betul, tetapi dengan mengatasi segala perbezaan kamu dan bersatu di bawah persamaan yang kamu kongsi.

Kalau kita semua boleh melakukannya, tahukah apa yang kita akan temui? Persamaan yang begitu ketara dan tidak dapat dinafikan lagi.

Berbalik pada pertanyaan dan keraguan aku di atas tadi, apakah ada perbezaan di antara syiah dan sunni? Bagi aku tiada perbezaan. Sebenarnya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah syiah adan sunni ini adalah dengan mempelajari atau berinteraksi dan memahami ajaran mereka. Dan apa yang aku temui tentang pemisahan sunni-syiah ini? kesemua mazhab itu solat 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat, dan mereka juga menunaikan haji. Yang paling terutama, kedua-duanyanya mnyebut Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukankah itu 5 rukun Islam? Oleh itu, berhak kah kita menghukum atau memanggil mereka kafir, atau layak masuk neraka? tidak bukan?

Berkawanlah dengan mereka yang berlainan mazhab mahupun agama, supaya kita boleh mengatasi perbezaan dan menerapakan persamaan diantara kita. Semoga kita dapat memberi semangat kepada mereka yang lain, untuk bersatu mengajak memartabatkan agama Allah yang satu ini. Kerana tiada manusia yang menyembah tuhan selain dari Allah. Cuma mereka tidak mengetahui bahawa Allah adalah tuhan mereka. Kerana mereka telah ditipu dengan ajaran yang telah dipesongkan. Sedangkan Ibrahim, Musa, Isa (A.S) dan Muhammad itu membawa pada ajaran yang menyembah hanya pada yang Satu iaitu Allah.

Aku percaya kamu semua percaya bahawa terdapat satu kebenaran dan juga terdapat sesuatu yang baik kerana setiap satu diantara kita ini mempunyai kebaikan dalam hati dan juga keadilan. Tetapi apa yang MEMBEZAKAN kita semua adalah bagaimana kita menganggap secara peribadi, kesemua kebenaran, keadilan, keindahan dan kebaikan. Jadi, dengan nama Allah aku bersumpah kepada kamu semua perbezaan ini adalah satu PENIPUAN. Penipuan yang dicipta oleh manusia, supaya kita berpecah-belah. Jika kita duduk dan bercakap sesama kita, kita akan dapat memahami sesama sendiri. Pada pandangan mata aku, semua muslim adalah saudara kita sesama Islam dan semua yang bukan muslim adalah saudara kita sesama manusia. Hormatilah, dan berbuat baiklah sesama sendiri. Hormatilah, para sahabat nabi, hormatilah ahli-ahli syurga demi Rasulmu, Ummah-mu dan Agama-mu.

Pasrah sahaja

Aku tahu, siapalah aku untuk membuatkan hati semua orang puas. Aku bukan siapa-siapa, dan aku juga bukan-lah apa-apa. Aku cuma tak tahu apa perlu aku buat, boleh tak kau tolong pilih-kan untuk aku?

Boleh kau tolong bagi-tahu aku apa perlu aku buat. Sebab aku sudah penat dan malas nak tahu apa lagi aku perlu buat. Apa-lah lagi yang aku buat takkan diterima oleh orang lain. Penat-lah. Penat tahu tak. Aku dah cukup berfikiran sangat positif sebelum ini, aku dah cukup buat kamu dari tidak berpuas hati. Again, please tell me, what else should I do for you? Can you just give me back my point of view, sebab aku tak boleh nak berfikir apa lagi.


kau membuat aku terpinga-terpinga
mengenangkan tentang kita
hari demi hari bersilih ganti
aku disini tetap menanti

apa bisa aku kan terus begini
menahan rasa sakit dihati
dah ku cuba melakukan segalanya
namun kau masih begitu
apa lagi yang kau mahu dari ku
telah ku berikan segalaaa
namun masih ada tak kena

apa lagi yang harusku buktikan
lelah sudah ku meratapi
hanya untuk menyakinkan mu.
apa lagi yang perlu ku lakukan
kata kan saja kepada ku
agar dapat aku terus kan hidup ku