Beberapa bulan yang lalu aku ade menerima sebuah video dari seorang rakan di Sabah. Video bertajuk The Arrival.Ok. Video ini tentang ketibaan dajal dan penipuan besar dunia pada masyarakat manusia. Dan memang memang menarik. Dan kadangkala aku rasa tertipu. Tapi bukan pasal isi kandungan video itu yang aku nak megah-megahkan disini. Iluminati, Freemason, Atheist semua itu aku tahu. Aku juga tidak terlalu taksub dengan perkara ini. Cuma aku percaya, perkara itu wujud. Apa yang terlintas dalam fikiran aku tentang video itu adalah, sesiapa yang melihatnya bagus juga, tapi kebanyakan mereka hanya tahu menuduh dan tidak mengambil iktibar. Bagi aku buat apa kau tahu tentang iluminati, freemason dan yang lain hanya sekadar nak mengutuk tentang perkara yang mereka sudah lakukan.Tak penting. Mereka akan tetap begitu. Kenapa bila dah tahu semua itu kita tak mantapkan lagi ukhuwah kita sesama manusia, dan yang penting sesama muslim. Kenapa tidak mencuba untuk perbaiki diri instead of asyik condemn pasal orang lain. Ya, aku pun begitu. Aku tidak lah baik, tapi tidak salah kalau kita mencuba. Dan aku masih mencuba untuk baiki diri yang teruk ini.
Sedarlah, buat apa nak kejar cerita-ceria begitu kalau hanya nak bermegah yang kita tahu kebenran mengenai dunia ini, berlumba-lumba untuk ambil tahu kononnya macam kita nih tahu perkembangan dunia, dan orang lain tidak. Kenapa kita tak kongsi pengetahuan kita, dan ajak untuk perbaiki diri. Sekrang bukan masanya untuk lihat dan kutuk. Tapi lihat dan ambil pengajaran. Mana pergi persaudaaraan sesama Islam? Apa ntah lagi sesama bangsa, kaum? tiada. Asyik bercakaran memuji kaum, bangsa, dan agama sendiri, tapi tidak mencuba untuk baiki apa yang lemah dalam diri. Kenapa bangga jadi melayu tapi bila duduk sesama kaum, mencerca kaum sendiri, berpuak? kenapa bangga jadi Islam tapi mengherdik orang lain? Kenapa memilih kawan? kenapa kita pinggirkan mereka yang melakukan maksiat itu, kenapa tidak kita berkawan dengan mereka dan berbaik dengan mereka, bawak mereka ke jalan kebenaran. Manusia semua buat kesilapan, dan lupa. Perkataan manusia itu sendiri membawa maksud lupa. Aku juga mungkin lupa selepas ini. Lupa yang aku patut beri contoh terbaik pada kawan-kawan, keluarga dan orang di luar sana. Tapi tak salah kalau kita masih dalam tempoh percubaan, dari tidak mencuba langsung, walaupun aku selalu gagal untuk berubah menjadi lebih baik.
Ya, kita derma pada tabung kebajikan. Sebab kita tak tahan melihat orang lain susah, orang miskin yang tidak cukup makan. Kita fikir kita telah pun menunaikan tanggungjawab kita. Tapi kebenarannya kita macam menipu diri sendiri sahaja. Tak begitu? Kita rasa duit boleh buat kita ade kuasa tahap infiniti. Kita boleh beli semua. Ya, duit memang penting. dan tak salah jugak kalau aku nak cakap yang duit boleh buat kita bahagia, tapi ia bukanlah segalanya. Sibuk cari duit sampai lupa nak mengingatkan atau ajar anak-anak kita tentang sejarah dan kehormatan diri. Apa kita ni menjengkelkan ke kalau kita cerita dan nasihat orang lain tentang agama? takut orang lain akan cakap, jangan cakap pasal agama kalau solat kau pun tak betul lagi. Apa salah ke kalau kita nak kongsikan apa yang kita tahu. Salahkah kalau kita nak orang lain mendapat kesedran jugak seprti kita mendapat kesedaran. Kadang-kadang orang lain buat-buat tak dengar je bila kita nasihat mereka. Katanya kita nih dah alim, poyo, berlagak, dan bajet baguslah , bajet baiklah dan lain-lain lagilah. Apa itu yang kita fikir bila orang lain menasihati kita ke arah kebaikan even orang itu perompak sekali pun, apa yang baik yang keluar dari mulutnya patut kita ambil dan cuba perbaiki, bukan hanya cakap "kau perompak pun jahat gak, tengok lah diri sendiri sebelum nak nasihat". Kita rasa orang macam tuh macam sombong, dan bajet bagus, tapi bukankah kita berkata sedemikian menunjukkan kita lagi angkuh dari dia.
My dear brother and sister, ni masanya untuk kita ubah apa yang ada dalam diri kita. At least kita mencuba dan mencuba walaupun adakalanya gagal , dari tidak pernah mencuba. Bukalah mata anda, jangan buat apa yang dikata kebenaran itu ketepi. Jangan sampai when the day comes kita baru nak mencuba, before the day comes, there is no more place to run and hide. no other place. Memang senang nak salahkan segala yang berlaku kini pada Barat tapi sebenar-benarnya kesalahan itu patut fokus pada diri kita sendiri. Mulai sekarang kita tanya lah diri kita adakah Allah berpuas hati dengan kita? sebab Dia selalu dan sedang memerhati kan kita.

No comments:
Post a Comment