Setiap orang ada cerita masing-masing. Dan setiap cerita itu ada penceritanya yang tersendiri. Sehingga itu aku berkeputusan untuk menjadi pencerita bagi kisah kau. Ya, engkau.
Kau pada masa dahulu aku tidak menyangka akan menjadi kawan aku, mahupun akan menjadi rakan sekelas aku. Aku selalu memerhati engkau sebelum aku betul-betul mengenali engkau. Aku teringat pada masa sebelumnya, aku rasa pandangan aku pada engkau menyatakan yang engkau seorang yang kaku. Engkau mungkin jugak ada kacuk dari mana-mana negara di timur tengah. Aku mengenali kawan-mu tapi tidak engkau. Aku tidak merasa kau akan menjadi sesuatu dalam hidup aku. Jadi aku merasakan, aku cuma selalu berkata-kata tentang kau dalam hati aku, dan apa yang berkata-kata dalam hati aku bukanlah satu pandangan yang agak positif. Tapi, hanya sekadar itu sahaja. Aku tidaklah menyukai engkau, cuma kau ada sesuatu yang pelik untuk aku teliti setiap kali terserempak dengan engkau dimana-mana kawasan sekolah. Misteri. Dan aku ingin tahu itu. Sebab kau nampak pelik walaupun zahirnya orang lain nampak normal. Tapi aku ingin nyatakn disini, aku mempunyai pemerhatian yang sangat tajam. Aku memerhati bukan hanya pada zahir. Tapi pada dalamnya jugak. Aku boleh ahu orang itu Ok atau tidak Ok pada aku. Tapi aku mempunyai masalah untuk membaca kau. Aku tidak boleh. Dari hari itu, aku tahu kau seorang yang lain dari yang lain. Tapi tak bermakna aku ingin berkawan dengan kau.
Aku perasan sesuatu semasa aku berada di tingkatan dua. Aku tahu kau kerap jugak memakai kain berwarna ungu yang diharuskan pemakaiannya pada hari jumaat. Tapi kebiasaannya orang lain pakai kain itu dengan baju sekolah warna putih. Tap kau akan pakai kain itu dengan baju pustakwan kau yang berwarna hijau itu. Dan itu aku rasa itu sangat cool. Sebab dari itu aku tahu , kau mempunyai pemikiran yang agak sama dengan aku. Dari situ aku tahu kau tidak stereotaip. Kau suka sesuatu yang lain dari orang lain.
Sebenarnya, aku bukan bermula di tingkatan 4 mengenali kau. Aku boleh katakan disini, aku dah mula mengenali kau sedari awal permulaan tingkatan 2 lagi. Aku cuma kenal, tapi aku tidak mengerti, aku cuma memerhati tapi bukan mendalami. Jadi sebelum bermulanya persahabatan kita sejak di tingkatan 4, aku sudah tahu sedikit tentang karakter anda. Aku tahu kau suka perkra yang orang lain tidak selalu lakukan, barang yang jarang dijumpai atau sesuatu yang tidak menjadi kebiasaan orang lain untuk memberinya. Ya, kau sangat pelik, tapi mungkin bukan pelik. Cuma kau sangat unik. Kau adalah lain. Sesuatu yang sangat berlainan.
Teringat aku lagi semasa pertama kali aku berada sama kelas dengan engkau. Aku sangat jarang tegur engkau. Mungkin sebab aku sangat segan, sebab inilah orang yang selalu aku kaji karakternya. Aku tak tahu kenapa aku pilih kau untuk dikaji. Tapi aku hanya boleh cakap kau sangat misteri, dan itu buatkan aku ingin tahu tentang kau. Tapi bila kita sudah sekelas, jarak aku dengan engkau itu sudah semakin dekat. Dan apa yang aku buat adalah buat-buat aku tak pernah tahu tentang kau, seolah-olah masa tingkatan 4-lah pertama kali aku tahu kau memang wujud di sekolah itu. Aku beranikan diri juga selepas seorang teman yang baru pindah masuk ke kelas aku yang duduk di sebelah aku mengajar aku untuk buat bising, buat havoc, kacau kawan-kawan sekelas, dan itu pertama kali aku kacau kau. Aku panggil nama kau dan kemudian buat tak tahu, seolah-olah bukan aku yang panggil. dan kau pandang belakang untuk tengok siapa yang panggil2 kau tuh kan.
Sejak itu, aku mula untuk berfikir, yang kau dan aku mungkin boleh jadi kawan. Dan seterusnya, aku tahu kita bukan hanya mungkin, tapi kita boleh. Tapi kau jarang berada dalam kelas. Aku tak percaya yang aku boleh berkawan dengan seorang yang sangat aktif, seorang yang sangat aku tidak tahu dan terfikir untuk berada dalam satu naungan. Sebab selama ini aku hanya memandang dari jauh. Ya, aku suka perhatikan kau. Mungkin masa itu, aku mencari sesuatu yang ada pada kau yang kau boleh beri pada aku. Dan aku tahu, kau telah beri aku lebih.

No comments:
Post a Comment