Kenapa mesti ada Islam Sunni atau Islam Syiah? Kenapa dalam maklumat diri aku, berstatus Islam Sunni. Apa Islam itu boleh dibahagi-bahagikan? Atau ada perbezaan dalam ajaran tiu sendiri? Aku tidak faham. Dan aku meraguinya.
Aku bukan syiah, malahan aku juga bukan sunni. Aku adalah apa yang telah diajar oleh Al-Quran. Seorang Muslim. Again, a muslim. No other.
Apa yang ingin aku sampaikan ialah, Islam tiada perbezaan. Jika salah seorang daripada kamu boleh membuktikan bahawa Al-Quran telah mengajar manusia untuk bersikap perkauman, maka kamu tidak akan dapat membuktikannya sampai bila-bila pun, kerana tiada istilah perbezaan dalam Islam. Jika kamu tidak mahu mengakuinya, kamu kena sedar bahawa "Islam" itu tiada bezanya, kerana apa yang kamu tidak faham ialah, sebenarnya "Islam" dalam tatabahasa Arab adalah "haal" atau "kata kerja". Oleh itu Islam bukan-lah KATA NAMA.
Ini membawa maksud, Islam bukan-lah sebuah kata nama, kerana Islam adalah huraian untuk kata kerja itu sendiri, iaitu perbuatan atau huraian pada satu cara hidup atau satu bentuk keteguhan. Ia berkenaan apa yang kamu lakukan dan apa yang kamu percaya dalam hati kamu. Bukan hanya pada luaran. Ingatlah, sebelum kamu semua menganggap yang bukan-bukan pada orang yahudi, kristian, buddha, hindu, kulit hitam, Syiah, Sunni dan selainya, tanyalah pada diri kamu ini, sejak bila jika kamu mempertahankan keluarga Rasulullah membuatkan kamu seorang anti-sunni? dan sejak bila kamu mempertahankan sahabat Rasulullah menjadikan kamu seorang yang anti-syiah?
Sebenarnya, seperti agama kristian, yahudi dan kebanyakan agama lain, ini adalah perbezaan-perbezaan yang dicipta oleh manusia untuk memisahkan kita semua. Ini semua adalah fitnah, dengan sifat kehormatan dan usaha perpaduan sahaja yang dapat mengatasi penyakit-penyakit perkauman ini. Ini lah ujian kamu sebagai seorang muslim yang sebenar. Memang senang untuk bersatu melawan orang tapi bolehkah kamu bersatu dalam membentuk perpaduan sesama sendiri?
Untuk mencari kebenaran, seseoran perlu membuang segala kecenderungan di hatinya dan mencari di sebalik setiap anggapan negatif manusia ini. Bolehkah kamu memahami yang Rasul kamu, dan Tuhan kamu, telah meminta kamu bersatu sebagai ummah? Bolehkah kamu menghormati orang lain dan mengatasi segala perbezaan kamu untuk kekal sebagai satu ummah? Ini-lah ujiannya. Sama ada kamu lulus atau kamu gagal dalam ujian ini. That's all that count.
Lulus, itu bukan bermakna kamu boleh menuding jari kepada kesalahan orang lain atau membuktikan yang mazhab kamu adalah betul, tetapi dengan mengatasi segala perbezaan kamu dan bersatu di bawah persamaan yang kamu kongsi.
Kalau kita semua boleh melakukannya, tahukah apa yang kita akan temui? Persamaan yang begitu ketara dan tidak dapat dinafikan lagi.
Berbalik pada pertanyaan dan keraguan aku di atas tadi, apakah ada perbezaan di antara syiah dan sunni? Bagi aku tiada perbezaan. Sebenarnya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah syiah adan sunni ini adalah dengan mempelajari atau berinteraksi dan memahami ajaran mereka. Dan apa yang aku temui tentang pemisahan sunni-syiah ini? kesemua mazhab itu solat 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat, dan mereka juga menunaikan haji. Yang paling terutama, kedua-duanyanya mnyebut Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukankah itu 5 rukun Islam? Oleh itu, berhak kah kita menghukum atau memanggil mereka kafir, atau layak masuk neraka? tidak bukan?
Berkawanlah dengan mereka yang berlainan mazhab mahupun agama, supaya kita boleh mengatasi perbezaan dan menerapakan persamaan diantara kita. Semoga kita dapat memberi semangat kepada mereka yang lain, untuk bersatu mengajak memartabatkan agama Allah yang satu ini. Kerana tiada manusia yang menyembah tuhan selain dari Allah. Cuma mereka tidak mengetahui bahawa Allah adalah tuhan mereka. Kerana mereka telah ditipu dengan ajaran yang telah dipesongkan. Sedangkan Ibrahim, Musa, Isa (A.S) dan Muhammad itu membawa pada ajaran yang menyembah hanya pada yang Satu iaitu Allah.
Aku percaya kamu semua percaya bahawa terdapat satu kebenaran dan juga terdapat sesuatu yang baik kerana setiap satu diantara kita ini mempunyai kebaikan dalam hati dan juga keadilan. Tetapi apa yang MEMBEZAKAN kita semua adalah bagaimana kita menganggap secara peribadi, kesemua kebenaran, keadilan, keindahan dan kebaikan. Jadi, dengan nama Allah aku bersumpah kepada kamu semua perbezaan ini adalah satu PENIPUAN. Penipuan yang dicipta oleh manusia, supaya kita berpecah-belah. Jika kita duduk dan bercakap sesama kita, kita akan dapat memahami sesama sendiri. Pada pandangan mata aku, semua muslim adalah saudara kita sesama Islam dan semua yang bukan muslim adalah saudara kita sesama manusia. Hormatilah, dan berbuat baiklah sesama sendiri. Hormatilah, para sahabat nabi, hormatilah ahli-ahli syurga demi Rasulmu, Ummah-mu dan Agama-mu.

No comments:
Post a Comment