Thursday, April 30, 2009

tak ada kerja lain oh aku nih.

Aku suka jawab - jawab solan macam ni. Tapi tak selalu ye. Terima kasih lah Azuan ayob sebab tag aku ek.


5 tempat membeli belah yang anda wajib kunjungi;
  1. Padini
  2. Pasar malam
  3. Nicole
  4. Central market
  5. Kedai yang pelik - pelik


5 benda yang anda wajib beli;

  1. Makanan. Makanan dan makanan..ngeheee
  2. Benda yang boleh dipakai dan senang dicari seperti gelang, keychain, cincin dan etc
  3. Buku dan komik
  4. Baju dan seluar
  5. Jaket. Aku addicted kepada jaket.

5 benda yang wajib ada dalam handbag/bag anda;
Prada bag aku mempunyai :
  1. Kamera Polaroid.
  2. Dompet aku leeeer.
  3. Sampah makanan aku yang semalam punya. Malas nak buang merata - rata. Aku ni pencinta alam.ngeeheee
  4. Diari. Akan datang yang ni. Aku akan mewajibkan diari ni dalam beg aku.
  5. Berus gigi, deodarant dan pakaian dalaman. Aku ni suka buat keputusan drastik tidur rumah orang.

5 benda yang wajib ada di dalam dompet anda;
  1. DUIT DUIT DUIT DAN DUIT
  2. Gambar passport kawan - kawan aku.
  3. Kad Ic, Kad e - driving dan segala kad yang ada lah kan
  4. Gambar kertas kamera pola
  5. Voucher. Aku dah ketagih kumpul benda alah ni.

5 gaya berpakaian yang anda gemari sewaktu keluar bersiar-siar/membeli-belah;
  1. Tudung
  2. Jaket.
  3. Kemeja.
  4. Baju kurung.
  5. Seluar slack kelabu and coklat aku.
aku budak yang tak ikut trend.

5 tempat yang anda gemari untuk bersantai bersama teman/pasangan anda;
  1. Taman.
  2. Kedai makan. Yang paling best kalau dapat pekena dengan teh tarik.pergh. mengancam.
  3. Rumah kawan aku. Tak kisah nak santai rumah aku tapi bagi tahu aku dulu. Sebab bagi aku masa nak berkemas.
  4. Taman taman dan taman.
  5. Tempat makan. tempat makan lagi dan lagi. Sebab aku suka makan kalau nak borak - borak.

5 topik yang anda gemari sewaktu bersama-sama teman/pasangan anda;
  1. Buat cerita dongeng.
  2. Planning nak keluar dan Aktiviti yang adventure
  3. Sakit hati.
  4. Barang yang nak sangat di beli
  5. Manusia yang membuat aku nak bercerita pasal dia. Seperti MICHAEL BUBLE.

5 orang mangsa tag yang anda gemari;
  1. Azuan ayob
  2. Diyana razak
  3. Ibrahim movic. Aku tak ingat nama bapak dia.
  4. Ieqmal Affandi
  5. Orang yang tak ada blog

Tuesday, April 21, 2009

pembunuh jiwa marabahaya

bajet jek aku punyaa title entri kali ni.

sebenarnya yang aku nak cakap pembunuh jiwa marabahaya tuh adalah kalau kita ni terlalu excited dengan sesuatu dan etc macam ajak keluar je pun dah excited lagi-lagi kalau lama tak jumpa. Jumpa barang ni benda tuh. Plan ni plan tu. Aku pernah, selalu lah jugak rasa excited terlampau. Masa tuh aku tak kenal lagi apa itu Times Square, Pavillion, KLCC and so whatever. Bak kata orang perak perangai perak bukan disebut macam NEGERI PERAK TAU..tapi PERAK.ahaa..Jakun lah. Tapi at the end aku akan rasa bad mood tak happy langsung disebabkan oleh satu panggilan anonymus..ahahah..brbunyi macam ni " weyh tak jadi lah keluar hari ini, ada hal lah, sorry ek" tup..talian diputuskan.ahahah..punyalah berbirat jantung aku dengar.

Tapi aku yang sekarang nih dah fikir lebih sikit dari aku yang dulu. So aku takkan excited sangat kalau orang ajak keluar. I"ll try to keep my cool mengelakkan dari rasa macam hampas kan.
So jika secara tiba-tiba aku dapat panggilan yang menyatakan " sorry hari ni plan tak jadi lah " aku akan cakap nevermind ok je...lain kali ade lagi kan nak keluar.ahaha..bajet tenang.

Terlampau teruja boleh membunuh jiwa korang. Hati-hati.

Monday, April 20, 2009

aku takutkan sesuatu yang aku tak tahu

Setiap hari aku berfikir memikirkan sesuatu. Sesuatu yang aku takutkan yang aku tak ingin sesuatu itu terjadi. Aku ada perasaan yang aneh tentang sesuatu itu.

Umpama aku ni seorang pemikir yang hebat aku dapat memikirkan sesuatu yang aku sendiri takmahu fikirkan. Tapi sesuatu itu aku tak tahu. Ada sesuatu.

Aku ingin beri tahu tentang perkara sesuatu itu tetapi aku tak tahu nak terangkan tentang sesuatu itu. Hurm. Banyak sangat perkataan "sesuatu".

Disebabkan perkara ini aku merasakan aku mempunyai suatu rahsia yang besar yang tak dapat aku bagi tahu. Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa dia "rahsia besar" aku tuh.

Aku akan berusaha mencari sesuatu yang menjadi rahsia besar aku tuh. Harap-haraplah ianya hanya satu rahsia kecil dan sesuatu yang tidak penting dalam hidup aku.

*sigh

Sunday, April 19, 2009

I'm Crying Inside

malam ni aku rasa sedih.

aku minta maaf.

aku tak dapat tahan.

I sat alone, with everything inside and cried myself to sleep.

penghargaan yang tak seberapa.

aku teringin nak sambut semua hari kelahiran kawan-kawan aku .

penghargaaan yang tak seberapa dan seperti aku terasa tidak sempat untuk melakukan semua itu nanti.

aku teringin nak lakukan sesuatu yang boleh aku ingati.

bukan untuk diingati tetapi sebagai memperingati.

aku tiada harta untuk diberi kepada mereka, cuma kenangan yang tak semanis yang mampu aku berikan, kenangan pahit yang menjadi kenangan manis dan kenangan manis yang akan menjadi kenangan terindah.

Aku hidup dalam kenangan bukan hidup dengan kenangan..

one down 3 to go

another 3 weeks.

aku tak nak cerita sangat pasal ni.

Cuma aku akan ingat kat mereka.

Mereka adalah motivasi aku untuk berjaya.

Mereka adalah motivasi terhebat aku. Bila aku teringatkan mereka. Aku akan terus pergi ke library.ahahahah..

Terima kasih.

Tak cukup ke apa yang aku ada?

Kenapalah aku mesti rasa cemburu dengan orang lain. Tak cukup ke apa yang aku ada. Memang orang lain pun tak sempurna. Cuma perasaan aku untuk berasa cemburu. That's all. Pasal semua. benda lah. nak aku senaraikan ke? Oh no terlalu banyak nak aku bagi tahu. Tak termampu aku nak listkan. Lagipun tengah tak ada idea nak olah kan entri aku kali ni. Hurm. Entri sebelum ni pun tak ada lah aku olah kan sangat. tak tahu kenapa. Setiap kali aku nak tulis kat blog memang banyak idea. Tapi bila aku dah letak tangan aku atas keyboard ni. Pergh lesap terus apa yang aku fikir tadi. Bukan pasal ni sebenarnya aku nak tulis tapi dah melencong ke arah lain pulak kan. Konsentrasi aku semakin kurang lah belakangan ni. Minta maaf la ye.

Berbalik cerita tadi. Aku ni jenis yang suka pergi shopping mall dan pandang orang lah. Maknanya aku ni jenis suka usha-usha orang dan pandang personaliti mereka dan ragam mereka.
Aku akan start tak puas hati bila barang yang mereka ada tuh tak ada kat aku. Macam beg yang sangat-sangat aku nak dah ada orang pakai. Time tuh aku boleh rasa down sikit lah.

Tapi bila aku fikir balik tak ada guna jugak aku nak jealous-jealous ni. Mungkin kalau aku dah miliki semuanya aku akan rasa bosan dengan hidup aku . Sebab semua benda yang aku nak aku dapat. Bila masa untuk aku inginkan sesuatu aku dah tak tahu nak fikir apa. Sebab semua aku dah ada. Dan aku mula lah akan rasa macam depress tension and so what ever. Tak dapat barang pun tension dah dapat barang pun tension. ahahaha. Entah lah. Aku akan belajar untuk berasa puas dengan apa yang aku ada lepas ni kot. KOT la. Hopefully. Ngehe.


Kadang - kadang sempurna itu membosankan. Tiada variasi dalam hidup. Sebab terlalu sama dengan orang lain......tett.

Thursday, April 16, 2009

rasa nak balas dendam tak?

Wah imej baik je depan semua orang kan tapi dalam hati menyirap je dengan perangai kawan.

Aku pernah terfikir jugak nak balas apa yang orang lain buat kat aku..contohlah beberapa kali ajak keluar mula2 excited semacam. lepastuh last minute cancel..pelbagai alasan..ok aku takde hak nak pertikaikan alasan yang mereka bagi. Cuma aku memang tak boleh terima. Kalau sekali tak apa lah jugak kan. Ni tak..buat perngai mula-mula excited then cancel. Bila ajak lagi sekali confirm lah aku tak kan follow kan. Hati dah rasa down nak terima ajakan orang. Jadi aku lebih rela duduk rumah menghabiskan makanan kat rumah ni...tapi taklah setiap kali mereka tolak. Bila ada orang ajak aku keluar yang selalu buat aku macam ni kan, nak je aku tolak tapi tak boleh. Kenapalah aku ni tak boleh langsung nak tunjukkan perasaan protes aku. Bagi tahu meraka ketidakpuasan hati aku nih..

haish. Salah aku jugak. Dah terbiasa untuk diamkan diri dan tak boleh nak marah. Sekadar gelak dengan keadaan aku ni je. Kucing buat salah pun aku tak boleh marah dia.aneh-aneh je.

Lagi satu aku ada habit teruk sebenarnya. Aku akan malas nak balas mesej bila mesej sampai lambat atau line telefon macam hampas. Aku tahu aku taklah taip cepat sangat. Tapi memang tak boleh. Bukan sebab marah. Tapi aku rasa bila orang tuh balas lambat aku rasa yang dia tak nak mesej dengan aku.

negatif je aku ni.
tapi didalam positfnye aku akan tetap balas.
ahahaha...tak dapat nak balas dendam.

aku superman.....

ahahaahah...tak percaya..

walaupun aku tak lah menggemari superhero yang pakai spender kat luar ni..







Your results:
You are Superman
Superman
75%
Batman
75%
Green Lantern
70%
Hulk
60%
Robin
57%
Catwoman
55%
Supergirl
50%
Spider-Man
45%
Iron Man
45%
Wonder Woman
40%
The Flash
35%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.
Click here to take the Superhero Personality Test

keramaian

Baru aku sedar kenapa aku tak suka dengan keadaan ada ramai orang. Bila aku keluar sendirian aku akan berada dalam keadaan keseorangan di tempat yang ramai orang. Dan aku tak suka orang yang memandang aku..tapi aku pandang orang lain takpe..ahahahha...tak adil ek..

Sebab tuh juga lah aku tak suka pergi kenduri kahwin. Dan aku bukanlah seorang yang boleh sangat beramah mesra dengan orang yang lebih tua atau lebih muda dari aku.

Tuesday, April 14, 2009

Pernah rasa bosan dengan orang yang bercerita?

aku sendiri tak tahu

..........

masalah dengan kawan banyak sangat..tapi dengan family takde lah banyak sangat..padahal kawan bila-bila masa boleh dicari.mungin sebab kita nak pertahankan seorang kawan yang dah kita anggap family sebab itu kita kena gaduh, setiap minggu ade je masalah tapi sebenarnya masalah yang kita hadapi sama atau lebih kurang je macam maslah kita dengan family.tak ada apa sangat pun masalahnya..kecil je..cuma biasalah perasaan memang ada..nak marah, sakit hati semua..tapi hari indah dilalui bersama lagi banayak dari masalah yang kita hadapi..

Friday, April 10, 2009

bila hidup ini hanya sebuah fatamorgana

aku tak tahu sebenar-benarnya maksud fatamorgana..tapi aku faham cuma tidak boleh diterangkan.

sebenarnya aku adalah seorang yang tidak pandai untuk berkomunikasi atau menerangkan sesuatu itu dengan indah dan sempurna.tidak.kadang-kadang orang memang selalu salah faham apa yang aku cakap pada mereka.

sebenarnya aku tidaklah serapat dengan saudara-saudara aku.tidak tahu kenapa.cuma aku memang tak boleh nak berborak panjang pun dengan mereka tuh.alangkah bestnyeeee kalau rapat dengan saudara.selalu dengar orang lain tiap2 minggu keluar dengan saudara.aku setahun sekali pun belum tentu jumpa saudara.mungkin aku tak suka saudara sebab mereka terlalu jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri terkoyak tak berjahit.

sebenarnya aku seorang pendiam yang pendendam.orang lain akan cakap sebenarnya aku ni banyak cakap.tapi bila aku diam aku sebenarnya memendam.cuma mereka tidak perasan sebenarnya aku ialah seorang yang pendiam.sekarang je yang aku banyak cakap sebab aku tidak lagi banyak memendam.

sebenarnya aku suka waktu zaman semasa aku masih kecil tapi tidak sesuka aku kepada zaman yang sedang aku lalui sekarang.

sebenarnya aku aku tidak boleh menjadi seorang yang berada ditengah-tengah.maksud aku kalau aku baik aku akan baik sangat.bila aku jahat aku akan jahat sangat.

sebenarnya aku seorang yang tak faham diri sendiri.kadang-kadang tuh aku boleh blurr pasal aku sendiri.macam tak tahu apa2.

sebenarnya aku rasa macam nak delete blog aku ni.aku tak tahu ada orang baca atau tak.tapi niat aku masa buat blog ni supaya aku boleh luahkan apa saja yang aku mahu.tidak kesah orang lain ada baca atau tidak.

Monday, April 6, 2009

hati yang terluka

aku akan pastikan tiada lagi hati yang terluka disebabkan perkara yang dah terjadi ni. Aku tak nak ulang peristiwa yang sama, cukuplah trauma yang melanda terus melemaskan jiwa aku ni. Aku tak sanggup nak tengok mereka sedih lagi.

Lepas ni kita dah tak akan ada lagi perasaan takut kawan-kawanku. Kita akan sama-sama. Kita dah sedar. Kita akan menjaga sesama kita.

Kasih sayang memang susah nak diekpresikan.
Hanya perasaan dan hati yang dapat merasa.
Begitulah aku rasa apabila bersama mereka.
Rasa disayangi tapi tidak perlu diungkapkan.
Hanya dengan senyuman yang indah yang dipancarkan kepada aku.

Dan aku tahu kita akan kembali normal selepas ni.

kau akan dapat yang lebih baik

aku minta maaf atas apa yang dah aku katakan pada dia..aku sudah pun minta maaf kat dia.aku harap dia dapat seseorang atau kawan yang lebih baik dari aku..

aku tidak sesuai untuk menjadi kawan dia..dan aku memang dah tak boleh..

semuanya dah berakhir..

Saturday, April 4, 2009

words hurt more than anything

selalunya kata2 memang menyakitkan dari segala benda..sakit..dan kadang2 lasts forever..deep in your heart..

kata2 yang aku dapat semalam bermain2 di mata aku ..aku buntu tak tahu nak buat apa..tapi memang sakit..aku hanya mampu mendiamkan diri..dan berharap semua akan ok..

kata-kata tuh buat aku berfikir setiap masa..buat aku rasa lemah macam tak ada harapan.aku rasa aku dah putus harapan..aku tak boleh buat apa2 tentang itu..

sekarang aku masih termenung mengenangkan kata-kata tuh..sampai bila2..sampai bila2..

A shoulder to cry on

hidup penuh dengan turun naik.macam roda kadang2 kita di atas kadang2 kita dibawa..dan jarak kita semakin terasa jauh..tak ada apa yang menyakitkan melainkan membenarkan perasaan kita buat kita sedih..hurmm.aku tak tahu..aku memang lemah aku tiada kuasa untuk melawan .aku cuma boleh menegakkan apa yang aku rasa.tapi akhirnya pa yang aku rasa buat aku rasa tak berguna..susah nak tahu apa yang kita rasa didalam hati ini bila banyak benda yang difikirkandan perasaan yang disembunyikan..
mungkin kita akan rasa release bila kita biarkan orang lain berjalan seiring bersama kita selamanya..

setiap masa ada saje yang yang tak kena..semuanya memang salah..membuatkan aku nak give up..tak ada guna aku nak teruskan..tapi aku tahu aku tak boleh putus asa..aku cuma perlukan seseorang yang boleh buat aku untuk carry on..bersama-sama aku till the end..tapi aku tak tahu..aku masih tak tahu macam mana nak teruskan apa yang aku rasa..

when i need a shoulder to cry on, a friend to rely on when the whole world is gone..and i won't be alone cause you'll be there..
you'll be a sholder to cry on, the friend to rely on..when the whole world is gone..i won't be alone and you will always be there..