aku tak tahu sebenar-benarnya maksud fatamorgana..tapi aku faham cuma tidak boleh diterangkan.
sebenarnya aku adalah seorang yang tidak pandai untuk berkomunikasi atau menerangkan sesuatu itu dengan indah dan sempurna.tidak.kadang-kadang orang memang selalu salah faham apa yang aku cakap pada mereka.
sebenarnya aku tidaklah serapat dengan saudara-saudara aku.tidak tahu kenapa.cuma aku memang tak boleh nak berborak panjang pun dengan mereka tuh.alangkah bestnyeeee kalau rapat dengan saudara.selalu dengar orang lain tiap2 minggu keluar dengan saudara.aku setahun sekali pun belum tentu jumpa saudara.mungkin aku tak suka saudara sebab mereka terlalu jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri terkoyak tak berjahit.
sebenarnya aku seorang pendiam yang pendendam.orang lain akan cakap sebenarnya aku ni banyak cakap.tapi bila aku diam aku sebenarnya memendam.cuma mereka tidak perasan sebenarnya aku ialah seorang yang pendiam.sekarang je yang aku banyak cakap sebab aku tidak lagi banyak memendam.
sebenarnya aku suka waktu zaman semasa aku masih kecil tapi tidak sesuka aku kepada zaman yang sedang aku lalui sekarang.
sebenarnya aku aku tidak boleh menjadi seorang yang berada ditengah-tengah.maksud aku kalau aku baik aku akan baik sangat.bila aku jahat aku akan jahat sangat.
sebenarnya aku seorang yang tak faham diri sendiri.kadang-kadang tuh aku boleh blurr pasal aku sendiri.macam tak tahu apa2.
sebenarnya aku rasa macam nak delete blog aku ni.aku tak tahu ada orang baca atau tak.tapi niat aku masa buat blog ni supaya aku boleh luahkan apa saja yang aku mahu.tidak kesah orang lain ada baca atau tidak.
No comments:
Post a Comment