urghh..
buat pertama kalinya saya tak tahu apa yang saya nak tulis untuk blog saya kali ini.jadi saya berkeputusan untuk keluar dari blog ini dan tidur.tapi saya seakan tidak boleh meninggalkan blog ini.saya rasa ia punyai kuasa yang agak kuat untuk menarik saya untuk menulis pada hari.tapi malangnya saya tidak tahu apa-apa yang perlu saya nyatakan disini.saya tahu ada banyak perkara yang saya ingin coretkan didalam blog ini.
saya cuma ingin mengatakan bahawa saya semakin hari semakin obses dengan gambar dan kamera.buat masa ini.saya tak tahu.tapi bagi orang lain apa yang mereka fikirkanlah sekarang mestilah tentang SPM yang lagi beberapa hari je lagi nak bermula.saya rasa takut.tapi saya tidak tahu untuk memberi respon yang sama atau tidak terhadap apa yang bakal berlaku minggu depan.saya tak rasa sekarang adalah masanya untuk saya tertekan dengan membaca buku dan membuat kan perut saya rasa nak muntah..saya cuma berdoa agar kesihatan saya akan kekal stabil sehingga habis peperiksaan.selebihnya saya akan berusaha dan bertawakkal kepada Yang Maha Agung.
tidak ada perkara yang perlu membuat diri kita berada dalam keadaan tertekan.sebenarnya apa yang kita fikirkan dan lakukan akan membuatkan perasaan kita berada dalam keadaan yang penuh ketegangan.jadi ambil masa ini untuk menenangkan diri.supaya diberi rahmat dan ilham dari Yang Maha Berkuasa.berserahlah.
No comments:
Post a Comment