Tuesday, September 16, 2008
nostalgic
baru-baru ini aku baru perasan yang aku ni seorang yang sentimental dan klasikal.hehe.bukanlah terlalu sentimental cuma aku rasa lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan aku rasa hidup ini perlu dinikmati dengan sentimental dan tidak perlu terburu-buru.aku terasa seperti duduk di tepi pantai sambil melihat ombak memukul pantai adalah sesuatu yang aku ingin lakukannya setiap hari.malangnya sungai kerayong sahaja yang ada kat sini.bosan betul!!..urghh.aku rasa lebih elok untuk aku meluangkan masa dengan alam sekitar.mungkin aku sudah bosan dengan manusia atau mungkin dengan keadaan bandar yang bising dan huru-hara.jujur aku katakan inilah yang aku mahukan dalam hidup aku.hidup dalam suasana hijau.pantai.langit membiru dan hujan yang membasahi pipiku.sangat menenangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment