Tuesday, January 25, 2011
The Voice In The Machine
Thank you for calling/standing near me/being concerned. But I'm not right here right now. I am somewhere else. And you cannot reach me. Please leave me at the sound of the beep.
My Inner Voice
Aku minta maaf kerana tidak cukup melindungi kau.
Aku minta maaf kerana tidak cukup memahami kau.
Aku minta maaf kerana menghilangkan kepercayaan kau.
Aku minta maaf kerana berkasar dengan kau.
Aku minta maaf kerana menyakitkan hati kau.
Aku minta maaf kerana salah faham pada kau.
Aku minta maaf kerana hilangkan kebaikan kau.
Aku minta maaf kerana buat kau trauma.
Aku minta maaf kerana selalu memaksa kau.
Aku minta maaf kerana mengongkong kau.
Aku minta maaf kerana mempertikaikan keadaan kau.
Aku minta maaf kerana teruk melayan kau.
Aku minta maaf atas semua yang aku dah buat.
Dan aku takkan buat lagi. Aku takkan buat lagi sampai bila-bila. Aku takkan buat dah. Sehinggakan kau tak akan rasa sakit lagi. Aku takkan buat kau sakit lagi.
Monday, January 24, 2011
Tiada kesempatan
Selalu, aku bila meluangkan masa dengan kawan-kawan, banyak sangat bercakap. Ada banyak perkara yang aku ingin tanyakan. Tapi seolah terhalang. kadang-kadang aku terlupa untuk bertanya khabar, walaupun dah berjam-jam berborak. Kadang-kadang aku terlupa nak tanya bagaimana keadaan mereka di tempat masing-masing sekarang. Sebab itu aku lebih suka menghantar mesej atau call. Sebab aku tahu, nanti walaupun orang cakap, bila jumpa jelah kita cerita, bila jumpa jelah kita tanya, tapi selalunya, dan memang selalu pun. Kesempatan itu tiada.
Hold On
Didn't they always say we were the lucky ones?
I guess that we were once
yes, we were once
But luck will leave you cause
It is a faithless friend
And in the end when life has got you down
You've got someone here that you can wrap your arms around
There's a thousand ways for things to fall apart
But it's no one's fault
No it's not our fault
Maybe all the plans we made would not work out
But I have no doubt even though it's hard to see
I've got faith in us and I believe in you and me
There's so many dreams that we have given up
Take a look at all we've got
And with this kind of love
What we've got here is enough
I guess that we were once
yes, we were once
But luck will leave you cause
It is a faithless friend
And in the end when life has got you down
You've got someone here that you can wrap your arms around
There's a thousand ways for things to fall apart
But it's no one's fault
No it's not our fault
Maybe all the plans we made would not work out
But I have no doubt even though it's hard to see
I've got faith in us and I believe in you and me
There's so many dreams that we have given up
Take a look at all we've got
And with this kind of love
What we've got here is enough
So hold on to me tight
Hold on to me tonight
We are stronger here together
Than we could ever be alone
So hold on to me
Don't you ever let me go
Hold on to me tonight
We are stronger here together
Than we could ever be alone
So hold on to me
Don't you ever let me go
Mana pergi meghilang?
Semangat, optimism, senyuman, suara kegembiraan mana pergi mereka semua?
Aku tak boleh move on.
Aku tak boleh kata aku boleh.
Aku sangat penat, sangat penat. Boleh ke aku hidup tanpa perlu ikut hukum dunia. Aku bukan nak berhenti. Tapi aku tak boleh teruskan, kalau harapan aku dah hilang, semangat aku dah dimusnahkan.
Aku lebih berserah sahaja sekarang ni. Aku tak larat untuk semua. Sangat tak larat. Aku penat. Aku nak tidur.
The Comfort
Everyday I thought about, the bad and the good. Each one of us will get through the worst and the good in our life. There is something about bad that is good. Anything that feel bad couldn't possibly be bad. There is something about death that is comforting. The thought that you could die tomorrow, frees you to appreciate your life now, those memories, all of the things that you have done. I use to think, and say, that life is now a sunshine, and the life is now a shade, live your life to the fullest as tomorrow might never come.
Lebih tepat lagi, Bekerja dan belajarlah dalam hidup ini seumpama kamu hendak hidup 1000 tahun lagi, dan beribadah lah, seumpama kamu akan mati keesokannya.
Saturday, January 22, 2011
Monday, January 17, 2011
Sesuatu Yang Tidak Dijangka
Sehingga sekarang ini, aku masih fikirkan kalau-lah aku masih berada di Sabah. It will be more better. But then aku fikir balik, Ini adalah pengorbanan yang aku kena lakukan untuk semua orang. Terutama untuk Mama dan Abah aku. "sekejap je ni, fiqah. Tak lama. Then kau akan rasa bahagia dengan apa yang kau boleh kecapi nanti." Kadang-kadang apa yang membuat-kan aku hold on dengan keputusan yang sangat ralat adalah ayat ini, dan juga, aku fikirkan aku dah tiga kali gagal, bermula dari SPM, Matrikulasi, kemudian Degree, kali nih aku berpatah balik, dan mengharapkan yang aku akan berjaya, yang paling penting adalah untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.
Tapi apa yang aku alami selama satu semester yang bersamaan dengan 5 bulan aku mengharungi ijazah sarjana muda di Sabah, adalah aku tidak pernah terfikir untuk mempunyai suatu hubungan yang unik dengan orang-orang disana. Memang aku sangat matang. Mereka memang dah buatkan aku rindu pada tempat yang sepatutnya aku habiskan masa disitu selama tiga tahun, tapi mungkin rezeki aku bukan disana. Tapi aku berbesar hati untuk mempunyai kenalan yang sangat okay disana. Bukan sahaja baik, tapi mereka dah membuat-kan aku agak ralat untuk meninggalkan mereka. Itu pengalaman yang aku takkan lepaskan sampai bila-bila pun. Thanks untuk segala tunjuk ajak kamu semua, pada yang selalu layan karenah aku, dan dengar masalah aku. Sangat menyenangkan untuk mempunyai classmate/coursemate seperti kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi satu hari nanti. InsyaAllah.
Friday, January 14, 2011
Dari nasihat seorang sahabat
Tiada gunanya kalau kita memakai tudung tapi tidak menutup kan dada. Kerana ianya sama seperti kita tidak memakai apa-apa pakaian.
Dia pernah pesan pada aku, zaman sekarang ramai wanita memakai tudung tetapi tidak melabuhkan jilbabnya, misalan fashion pakai simpang tudung yang menampakkan dada, perbuatan itu sama seperti dosa kita berbogel. MasyaAllah.
Semoga aku sentiasa memelihara pemakaian-ku. InsyaAllah.
Tak Rugi Apa Pun
InsyaAllah. Lepas ni aku akan lebih banyak mendiamkan diri aku jika ada apa-apa yang menganggu fikiran. Kadang-kadang bila aku rasa aku dah penat dan lelah dengan semua perkara ini, apa yang aku perlu lakukan adalah senyap. Adalah lebih baik aku mendiamkan diri sahaja, melainkan aku perlu mengatakan sesuatu yang baik kepada orang lain.Tak rugi apa pun, kalau aku boleh menahan diri, dan bersabar dengan semua perkara. Itu yang bagus. Tidak lagi kisah jika sesuatu itu menyakitkan diri sendiri, bersabar, bersabar san bersabar.
*sebenarnya aku dah penat merungut tentang perasaan. Apa kata aku dah tak perlu fikir lagi perkara ini. Lebih elok jikalau aku hanya duduk dan diam.
The Place Where Nothing Hurts
Thursday, January 13, 2011
Hurm..
Serius-ly aku memang agak terasa. Buat plan awal sangat. Tapi at the end macam aku seorang sahaja yang excited. It easy for you guys to say 'tak jadi', then what about me? Aku nak. Aku faham situasi kamu, tak sama dengan kondisi kehidupan aku. Ya, aku sangat faham itu. Tapi itu tak jadi masalah. Ini perkara dah dikhabarkan about 8 months ago. And what i have said to you guys is to save some money right? nevermind if it takes a few for a month, at least aku tak nak dengar alasan tak ada. Aku dah beritahu awal-awal, jadi atau tak jadi, just kumpul sahaja. Tapi takkan? aku sanggup tolak semua perlawaan kawan-kawan aku untuk ajak keluar di tempat aku semata-mata nak realisasikan benda alah ini, dan kamu semua macam senang je terima perlawaan orang lain dan spend, then cakap kat aku tak ada sikit pun. Apa ni. Aku makan biskut hari-hari kat sana. Kamu ingat itu senang? Aku dah tolak-tolak duit yuran flight pergi balik, dan yang tinggal hanya tak kurang rm100++ je untuk aku sepanjang sem, dan aku tak keluar mana-mana pun, terpaksa pinjam dari orang, kongsi makanan hanya untuk benda ini. Dengan transport nak ke airport lagi, sampai aku cari sahaja mana-mana pelajar yang nak pergi sama-sama supaya dapat kurang kan beban. Walaupun aku senang nak dapat duit, tapi tanggungan aku sangat banyak. Aku bukan fikir pasal diri aku sahaja. Aku ada banyak bebanan lain. Dan itu aku tak gantung langsung pada family aku. Memang aku selalu cerita yang aku selalu minta family aku tolong kalau apa-apa, tapi itu cuma cover up sahaja supaya aku tak nak kamu semua tahu yang aku sangat susah. OKlah what's the point pun kalau aku dah luahkan kan. Tapi, Eh come on. Kalau benda ni aku bagi tahu 2 bulan lepas aku boleh terima lagi. Entahlah, apa yang aku harapkan dari mereka tak seperti yang disangka. Kadang-kadang aku rasa macam aku seorang sahaja yang excited.
Maybe,aku tahu kamu pun rasa nak pergi jugakkan. Rasa apa yang aku rasa. Entahlah. Kadang-kadang apa yang buat aku hold on terhadap kemarahan aku adalah aku fikir, dan selalu fikir yang aku patut faham kamu semua punya kondisi. Ditanyakan balik, siapa yang nak faham kondisi aku? Nobody. Am very very sorry.
Wednesday, January 12, 2011
I Want to Thank You
Allah, I want to thank You, I really want to thank You for all the things that You've done. You've done for me through all my years I've been lost. You guided me from all the ways that were wrong and I want to thank You for bringing me home. I never thought about all the things You have given to me and I never thanked You once because I was too proud to see the truth. And until the time when I took my first step, and that is when You opened the doors for me. Now Allah I realized what was I missing by being far away from you. All praises to Allah.
Hold My Hand
"Now we share the same bright sun,The same round moonWhy don’t we share the same loveTell me why notLife is shorter than most have thoughtHold My Hand my friendWe can save the good spirit of me and youFor another chanceAnd let’s pray for a beautiful worldA beautiful world I share with you "
've been through
Tahun ini aku dah masuk angka 20. 20 yang aku rasa aku tak bersedia lagi. Semua orang tak bersedia. Semua orang rasa yang mereka masih keanak-anakan lagi, masih ada pergantungan hidup. Aku rasa begitu juga. Kalaupun aku sudah berkahwin aku masih bergantung hidup terhadap ibu bapa aku. Itu semestinya. Anak bongsu, biasanya manja, dan memerlukan ibu bapa mereka, walaupun mereka dah besar. Tapi, aku memang anak bongsu, tapi kebanyakan hal urusan aku sendiri aku yang uruskan. Pergi ke bank sendiri, bayar bil sendiri, beli handphone sendiri, beli laptop sendiri, beli baju sendiri, jarang aku pujuk ibu bapa aku untuk teman kan aku untuk buat kerja yang remeh-remeh macam itu. Ada-ada perkara aku perlukan mereka, tapi kadang-kadang rasa menyusahkan mereka, dah lah dari kecil kita buat perangai, jadi bila dah besar ni pandai-pandai-lah fikir apa yang tidak menyusahkan mereka.
Dah masuk 20 dah, aku tak rasa aku dah jadi orang yang serius, tak, tak mungkin, adakalanya lah juga aku bersikap seperti dewasa, tapi selebihnya tidak, masih lagi berlari ke sana ke sini, banyak perkara yang aku buat pada umur yang lalu masih aku lakukan pada umur ini. Kita akan membesar tapi kita takkan menjadi dewasa, kan?
Lagi satu hal, yang buat aku rasa hidup aku sangat pelik, dalam umur sebegini, aku dah merasai semua peringkat situasi, yelah, aku dah pernah rasa macam mana keadaan dalam matrikulasi, kemudian masuk degree, dan sekarang aku merasai kehidupan sebagai seorang pelajar diploma. Aku bersyukur, pengalaman aku itu, mengajar aku, banyak kesilapan yang telah aku lakukan, dan kali ini, aku ambil kesalahan itu sebagai pendorong untuk aku teruskan kehidupan yang lebih baik. Orang cakap umur tidak penting, jika kita mahu belajar, dah ada cucu pun boleh sambung belajar lagi, dan yang paling penting, kecemerlangan dalam mengejar agama Ilahi jangan abaikan. InsyaAllah, aku akan berusaha. Aku perlukan dorongan. Petunjuk kepada aku, yang ini adalah jalan yang terbaik untuk aku.
Tuesday, January 11, 2011
Minta Maaf
Walaupun aku tak layak di maafkan, Tapi tak salahkan kalau aku nak minta maaf. Aku minta maaf.
Tersungkur dalam Kemarahan
Marah, semua orang nak kalau boleh. Tapi aku paling tak suka bila aku marah. Aku tak tahu dari mana aku belajar untuk marah sekarang ini. Aku jarang marah, atau tidak pernah marah langsung dulu. Kadang-kadang aku rasa ini lah dugaan. Hati tidak tenang, masih ada silap disana dan sini, dan itu rasanya banyak timbum sikap-sikap negatif dalam diri.
Seriously, aku tak suka marah. Tapi, Islam itu sendiri telah memberi jalan peneyelesaian terhadap situasi ini.
Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam
keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
click to enlarge
Aku memang begini
Aku tak harapkan orang kenal aku dengan mendalam, aku tahu, dan aku pasti, orang itu tidak akan tahan dengan perangai aku kalau mereka tahu aku yang benarnya. dan lagi satu, kadang-kadang orang cakap aku berubah bila mereka semakin mengenali aku, tapi sebenarnya aku tak berubah, aku tak berubah sama sekali. Aku masih yang dulu, cuma bila kita semakin mengenali seseorang kita tak akan faham orang itu, kita fikirkan yang kita sudah dapat memahaminya, tapi kita tak dapat, kita lost. Sebab itu makin kita lama kenal, makin kita akan bergaduh, bercakaran, bercanggah pendapat, sebab masing-masing dah tunjukkan diri sendiri. Mereka sudah selesa menunjukkan the real self.
Sebab itu, aku kadang-kadang memang marah bila orang tak dapat nak faham aku, tapi lagi sekali aku berfikir dan selalu aku lambat sedar yang bahawasnanya, bukan salah mereka, mereka cuma tidak tahu, mereka rasa aku dah berubah, tapi tidak sebenarnya, itu maknanya aku dah tunjukkan aku yang sebenar. Dan dalam tahap ini, memang kita kena bertahan, dan kental menerima seseorang itu. Sebab itu lah diri mereka yang sebenarnya, kalau kamu boleh bertahan, maka kamu boleh menerima orang itu, walaupun memang penat melayan karenah yang ntahapeape, tapi percayalah, kita takkan dapat merasa itu dengan orang lain, tapi dengan orang yang kita dah lama kenal. Bila difikir-fikir balik, kita akan tersenyum, dan tahu kita takkan boleh lupakan, walaupun itu yang terburuk sekali pun.
R I N D U
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
Monday, January 10, 2011
Kawal diri kau afiqah
Kau kena ingat. Syaitan suka orang yang kuat pemarah. Dan dia sangat suka kalau manusia bergaduh sesama manusia. Dan aku tak nak gaduh dengan kau. Syaitan memang suka kita bergaduh. Kawal diri kau, minta maaf dan muhasabah diri. Jaga hati mereka. Kau boleh buat. Jangan pernah putus asa untuk mencuba. Lama-lama kau boleh, fiqa. Kena ingat, cintailah Allah. Berzikir lah padanya. Semoga tiada kemarahan hasutan syaitan membara.
Ambil peduli atau tidak
Hidup nih terlalu banyak yang kita mahukan. Kita mahukan kawan yang menerima, menemani ketika kita memerlukan, bertanyakan khabar kita, mengambil peduli hal kita. Tapi apa yang kita mahukan itu, kita tak boleh berikan pun pada orang lain. Jadi jangan minta maaf pada aku, sebab aku pun tidak mampu untuk buat begitu kepada mereka.
Apa yang paling aku harapkan, aku nak mereka tahu aku ambil berat pada mereka, walaupun aku layan mereka teruk, tak bermakna tindakan aku itu mencerminkan apa yang aku rasa, walaupun aku memang marah akan sesuatu itu, tapi tak bermakna aku benci.
Satu je yang aku tidak boleh buat, ialah aku tak boleh lupakan semua. Aku boleh maafkan, tapi aku tak boleh lupa, apa-apa situasi pun, sama ada yang baik atau buruk. Dua-dua aku tak boleh lupakan.
The Monsters that I Miss
And every single thing you ever did that bothered me, is every single thing I miss.
Sunday, January 9, 2011
Tiba masanya
Aku rasa suatu ketika nanti, bila sudah sampai satu tahap yang aku dah penat nak menyatakan pendapat aku, nak bergaduh, aku akan mendiamkan diri sahaja. Sebab bila aku sudah mula menyatakan sesuatu, semuanya disalah anggap. Dan aku sudah penat di salah anggap, dituduh menipu, dan hilang kepercayaan.
Friday, January 7, 2011
Tipulah kalau aku cakap tak
Aku memang rindu dengan suasana di tempat belajar yang dulu. Aku rindu juga pada orang-orang yang sudah bersama dengan aku walaupun untuk seketika. Tapi alhamdulillah kami masih lagi berhubungan. Kami memang rapat sebab dalam satu kelas memang sikit. Dulu masa aku kat matrik pun sikit je pelajar-nya. Di sana pun sikit jugak, dan aku suka dengan keadaan yang sederhana itu. Dan sekarang aku perlu kuat kan mental, rohani, dan fizikal aku di tempat yang baru. Aku mahu kembalikan apa yang sudah aku lakukan di matrik dulu, dan berkwan sepertimana aku di Sabah dulu. Aku boleh. Dan harapannya tetap sama. Aku tetap berharap aku cemerlang dalam semua segi. Biar seiring. Agama dan dunia. Aku tidak mahu menjadi golongan yang tahu salah dan betul. Tapi tidak bertindak, golongan yang hanya tahu bercakap kecintaaannya pada Allah tapi tidak menzahirkannya kepada Allah. Aku mengejar syurga, dan dunia juga aku mahu dalam genggaman. Aku mahu menjadikan teman-teman aku sebagai pendorong, sama ada kawan yang rapat, yang dekat, mahupun yang lama atau baru, kamu tiada beza. Cuma masa dan keadaan yang bezakannya. Dan itu yang membuatkan aku rindu dengan sahabat-sahabat aku.
I'll be OK
Apa-apa sahaja ( tak semua ) yang aku tulis, yang aku perkatakan tidak melambangkan apa yang tersirat. Tapi apa yang aku fikir. Aku berfikir dan aku menulis..
Dan sekarang apa yang aku fikir ialah dalam untuk menghargai sesuatu aku perlu hidup tanpanya untuk beberapa ketika. And I'm off. I will be Ok. Yes, I'll be okay. And I learn to be okay. Just to be okay. Not okay it is just okay. you know what I mean. Naaa-aaa. I don't think so you do. Just, I'm gonna be okay. And I need to be okay. Eh, berapa kali lah aku nak cakap okay. Itu maknanya aku tak akan okay. Aku terpaksa belajar untuk okay. Dan berharap untuk okay.
Okay, off, pfft. sigh*
Kadang-kadang masa yang diperlukan oleh kau.
Dan itu yang amat diperlukan oleh kau. Ya, masa. And I would like to give you sometime.
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, January 5, 2011
Wake up call bagi aku yang tengah lena
Malam tadi aku tergerak hati untuk meminta seorang sahabat yang cukup baik untuk memberi sedikit pengajaran kepada diri ini, sebagai iktibar. Dan ada juga aku minta tips untuk perbaiki lagi diri. Dalam link itu memang selama ini aku tidak mengikut jalan yang betul. Dan aku harap dengan nasihat yang diberi oleh sahabat itu tadi, aku boleh tukar sikap aku. Aku tahu aku tidak lagi bersifat seperti aku di kolej matrikulasi dulu. Aku sudah tinggalkan solat berjemaah, aku sudah tidak mengaji, dan aku selalu lewatkan solat. Dan itu aku rasa punca kepada aku yang telah bertukar menjadi sikap negatif. Aku telah against the nature. Turn to the other side. The dark side. Dan aku ingin pulang kembali. Aku tidak mahu menjadi layang-layang yang terputus talinya. Biarlah aku merasa berada pada talinya, tapi dapat juga merasakan sedikit kebebasan, daripada terus hilang dari pengangan tali itu dan akhirnya tiada arah tujuan. Aku memang sangat perlukan tunjuk arah dari-Mu. Beri aku sokongan, semangat. Semoga aku dapat kembali, mengejar syurga, mengejar cinta dari-Mu. Aku berharap sangat yang aku tidak menjadi seperti hari ini mencintai dunia tapi meninggalkan akhirat. Aku seperti orang yang tiada keimanan. Ajarkanlah aku erti redha, dan erti mengenali sebuah kehilangan, asalkan aku tidak hilang punca dari-Mu. InsyaAllah.
Harapan
Memang kalau boleh aku nak sangat Michael Buble nyanyi lagu song for you di konsert dia nanti. Memang aku berharap sangat.
Song For You
I know your image of me is what I hope to be,
If I've treated you unkindly
But can't you see, there's no one more important to me
So can't you please see through me
And I love you in a place where there is no space or time, I love you for my life because
You are a friend of mine, and when my life is over
Remember, when we were together
And we are alone now, and I was singing this song to you
Bosan dengan Penat
Apa aku tak boleh diterima ke dengan segala perbuatan aku. Kenapa kau tak nak faham. Kenapa kau sentiasa buat aku rasa aku tak diperlukan. Aku sangat rasa kau lain. sigh
Pernah rasa tak yang kadang-kadang kamu nak give up, tapi bila datang satu hari tuh yang membuatkan kamu tak nak give up. Apa yang kamu mahu ialah bertahan. Dan perasaan itu yang buat aku rasa sakit. Nak give up tapi dalam masa yang sama aku nak jugak bertahan.
Tuesday, January 4, 2011
Something you should know
Friend, the two of us need look no more
We both found what we were looking for
With a friend to call my own
I'll never be alone
And you, my friend, will see
You've got a friend in me
Friend, you're always running here and there
You feel you're not wanted anywhere
If you ever look behind
And don't like what you find
There's one thing you should know
You've got a place to go
I used to say "I" and "me"
Now it's "us", now it's "we"
Friend, most people would turn you away
I don't listen to a word they say
They don't see you as I do
I wish they would try to
I'm sure they'd think again
If they had a friend like You
Apa kena-mengena
Aku pernah sekali rasa dalam hidup aku, kadang-kadang ketika aku melintas jalan, traffic light pejalan kaki dah bertukar menjadi hijau, tapi aku rasa macam kaki aku nih melangkah sangat perlahan, dan aku nampak orang lain macam sangat laju, sampai aku tak dapat melihat mereka dengan jelas, aku blurr. Rasa macam aku di tarik ke alam lain. Rasa macam dorang tak nampak aku tengah melintas, semua pergerakan mereka sangat cepat dan, ntah, macam tak kena.
Kadang-kadang, aku pernah bangun sangat pagi dan duduk atas kerusi dan pandang ke lantai selama berjam-jam tanpa buat apa-apa, tak dengar apa-apa pun disekeliling aku. Rasa macam aku kena pukau, tak boleh alihkan pandangan walaupun aku tahu ada orang di sebelah aku. Cuma aku terlalu berat nak menoleh. Then, aku simply terus masuk shower dan duduk bawah shower yang dibiarkan terbukak berjam-jam sampai kecut badan aku. Tapi tak fikirkan apa-apa pun, hanya akan sedar setelah berjam-jam lamanya dalam tuh. Dan apa yang aku tahu lepastuh aku mesti demam.
Pernah rasa tak bila ada orang tengah bercakap kamu respon tapi kamu tak tahu kenapa kamu tiba-tiba respon sedangkan otak kamu tak dengar sangat apa yang orang lain cakap-kan. Tapi tiba-tiba kamu aku senyum dan angguk. Sebab tuh lah agaknya kawan-kawan aku bengang dengan aku. Aku buat-buat respon padahal tak dengar pun apa yang mereka perkatakan.
Tapi aku selalu, selalu, rasa macam sekarang ni. Mengantuk dan letih yang amat sangat. Walaupun aku tak berbuat apa-apa sehari suntuk. Ubatnya hanyalah tidur.
Selamat malam, aku bosan, bosan dan bosan.
Lost in the middle
Pernah rasa perasaan seperti satu hari ni kamu berada di tempat lain dan tiba-tiba tanpa dijangka keesokan harinya kamu berada di tempat yang lain pula. Seperti tiada penempatan yang tetap, hati berkata adakah patut aku teruskan di tempat baru yang lain ini atau mencari balik jalan untuk pulang ke tempat yang pernah aku jejaki.
Kadang-kadang aku merasakan aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup aku ni. Ini atau itu, sana atau sini, salah atau benar. Tidak, aku tak tahu. Aku buntu. Tapi aku bersyukur sekiranya aku diberi pilihan yang bagus. Aku kena ingat ujian hanya datang untuk menguatkan kasih sayang aku kepada-Nya bukan untuk aku menuduh-Nya bertindak tidak adil, ini adalah cara-Nya menunjukkan kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Aku bersyukur aku diberi kesempatan untuk sentiasa menginagti-Nya. Aku takut jika aku terlalu dalam kesenangan aku lupa akan yang Maha Pencipta.
Walau apa-apa pun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan atau mereka lebih aku anggap sebagai sahabat yang banyak memberi aku pendapat, pandangan dan menyokong aku. Keluarga yang sentiasa memberi kuasa kepada akuuntuk mebuat keputusan sendiri tanpa paksaan. Aku sangat hargainya.
Aku ingat satu perkara yang dikatakan oleh seorang sahabat, memang apa-apa yang kita pilih kita jangan sesekali lupa untuk meningkatkan keimanan, bukan sekadar dalam pelajaran sahaja kita perlu tingkatkan tapi yang paling penting akhirat yang perlu kita kejar. InsyaAllah, aku akan berusaha dan ringan-kan tulang untuk melakukan ibandah kepada-Nya, berubah menjadi lebih baik berbanding yang dulu. Insya-Allah.
The Joys of Agoraphobia
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)