Tahun ini aku dah masuk angka 20. 20 yang aku rasa aku tak bersedia lagi. Semua orang tak bersedia. Semua orang rasa yang mereka masih keanak-anakan lagi, masih ada pergantungan hidup. Aku rasa begitu juga. Kalaupun aku sudah berkahwin aku masih bergantung hidup terhadap ibu bapa aku. Itu semestinya. Anak bongsu, biasanya manja, dan memerlukan ibu bapa mereka, walaupun mereka dah besar. Tapi, aku memang anak bongsu, tapi kebanyakan hal urusan aku sendiri aku yang uruskan. Pergi ke bank sendiri, bayar bil sendiri, beli handphone sendiri, beli laptop sendiri, beli baju sendiri, jarang aku pujuk ibu bapa aku untuk teman kan aku untuk buat kerja yang remeh-remeh macam itu. Ada-ada perkara aku perlukan mereka, tapi kadang-kadang rasa menyusahkan mereka, dah lah dari kecil kita buat perangai, jadi bila dah besar ni pandai-pandai-lah fikir apa yang tidak menyusahkan mereka.
Dah masuk 20 dah, aku tak rasa aku dah jadi orang yang serius, tak, tak mungkin, adakalanya lah juga aku bersikap seperti dewasa, tapi selebihnya tidak, masih lagi berlari ke sana ke sini, banyak perkara yang aku buat pada umur yang lalu masih aku lakukan pada umur ini. Kita akan membesar tapi kita takkan menjadi dewasa, kan?
Lagi satu hal, yang buat aku rasa hidup aku sangat pelik, dalam umur sebegini, aku dah merasai semua peringkat situasi, yelah, aku dah pernah rasa macam mana keadaan dalam matrikulasi, kemudian masuk degree, dan sekarang aku merasai kehidupan sebagai seorang pelajar diploma. Aku bersyukur, pengalaman aku itu, mengajar aku, banyak kesilapan yang telah aku lakukan, dan kali ini, aku ambil kesalahan itu sebagai pendorong untuk aku teruskan kehidupan yang lebih baik. Orang cakap umur tidak penting, jika kita mahu belajar, dah ada cucu pun boleh sambung belajar lagi, dan yang paling penting, kecemerlangan dalam mengejar agama Ilahi jangan abaikan. InsyaAllah, aku akan berusaha. Aku perlukan dorongan. Petunjuk kepada aku, yang ini adalah jalan yang terbaik untuk aku.
No comments:
Post a Comment