Pernah rasa perasaan seperti satu hari ni kamu berada di tempat lain dan tiba-tiba tanpa dijangka keesokan harinya kamu berada di tempat yang lain pula. Seperti tiada penempatan yang tetap, hati berkata adakah patut aku teruskan di tempat baru yang lain ini atau mencari balik jalan untuk pulang ke tempat yang pernah aku jejaki.
Kadang-kadang aku merasakan aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup aku ni. Ini atau itu, sana atau sini, salah atau benar. Tidak, aku tak tahu. Aku buntu. Tapi aku bersyukur sekiranya aku diberi pilihan yang bagus. Aku kena ingat ujian hanya datang untuk menguatkan kasih sayang aku kepada-Nya bukan untuk aku menuduh-Nya bertindak tidak adil, ini adalah cara-Nya menunjukkan kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Aku bersyukur aku diberi kesempatan untuk sentiasa menginagti-Nya. Aku takut jika aku terlalu dalam kesenangan aku lupa akan yang Maha Pencipta.
Walau apa-apa pun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan atau mereka lebih aku anggap sebagai sahabat yang banyak memberi aku pendapat, pandangan dan menyokong aku. Keluarga yang sentiasa memberi kuasa kepada akuuntuk mebuat keputusan sendiri tanpa paksaan. Aku sangat hargainya.
Aku ingat satu perkara yang dikatakan oleh seorang sahabat, memang apa-apa yang kita pilih kita jangan sesekali lupa untuk meningkatkan keimanan, bukan sekadar dalam pelajaran sahaja kita perlu tingkatkan tapi yang paling penting akhirat yang perlu kita kejar. InsyaAllah, aku akan berusaha dan ringan-kan tulang untuk melakukan ibandah kepada-Nya, berubah menjadi lebih baik berbanding yang dulu. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment