Malam tadi aku tergerak hati untuk meminta seorang sahabat yang cukup baik untuk memberi sedikit pengajaran kepada diri ini, sebagai iktibar. Dan ada juga aku minta tips untuk perbaiki lagi diri. Dalam link itu memang selama ini aku tidak mengikut jalan yang betul. Dan aku harap dengan nasihat yang diberi oleh sahabat itu tadi, aku boleh tukar sikap aku. Aku tahu aku tidak lagi bersifat seperti aku di kolej matrikulasi dulu. Aku sudah tinggalkan solat berjemaah, aku sudah tidak mengaji, dan aku selalu lewatkan solat. Dan itu aku rasa punca kepada aku yang telah bertukar menjadi sikap negatif. Aku telah against the nature. Turn to the other side. The dark side. Dan aku ingin pulang kembali. Aku tidak mahu menjadi layang-layang yang terputus talinya. Biarlah aku merasa berada pada talinya, tapi dapat juga merasakan sedikit kebebasan, daripada terus hilang dari pengangan tali itu dan akhirnya tiada arah tujuan. Aku memang sangat perlukan tunjuk arah dari-Mu. Beri aku sokongan, semangat. Semoga aku dapat kembali, mengejar syurga, mengejar cinta dari-Mu. Aku berharap sangat yang aku tidak menjadi seperti hari ini mencintai dunia tapi meninggalkan akhirat. Aku seperti orang yang tiada keimanan. Ajarkanlah aku erti redha, dan erti mengenali sebuah kehilangan, asalkan aku tidak hilang punca dari-Mu. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment