Monday, January 17, 2011

Sesuatu Yang Tidak Dijangka

Sehingga sekarang ini, aku masih fikirkan kalau-lah aku masih berada di Sabah. It will be more better. But then aku fikir balik, Ini adalah pengorbanan yang aku kena lakukan untuk semua orang. Terutama untuk Mama dan Abah aku. "sekejap je ni, fiqah. Tak lama. Then kau akan rasa bahagia dengan apa yang kau boleh kecapi nanti." Kadang-kadang apa yang membuat-kan aku hold on dengan keputusan yang sangat ralat adalah ayat ini, dan juga, aku fikirkan aku dah tiga kali gagal, bermula dari SPM, Matrikulasi, kemudian Degree, kali nih aku berpatah balik, dan mengharapkan yang aku akan berjaya, yang paling penting adalah untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Tapi apa yang aku alami selama satu semester yang bersamaan dengan 5 bulan aku mengharungi ijazah sarjana muda di Sabah, adalah aku tidak pernah terfikir untuk mempunyai suatu hubungan yang unik dengan orang-orang disana. Memang aku sangat matang. Mereka memang dah buatkan aku rindu pada tempat yang sepatutnya aku habiskan masa disitu selama tiga tahun, tapi mungkin rezeki aku bukan disana. Tapi aku berbesar hati untuk mempunyai kenalan yang sangat okay disana. Bukan sahaja baik, tapi mereka dah membuat-kan aku agak ralat untuk meninggalkan mereka. Itu pengalaman yang aku takkan lepaskan sampai bila-bila pun. Thanks untuk segala tunjuk ajak kamu semua, pada yang selalu layan karenah aku, dan dengar masalah aku. Sangat menyenangkan untuk mempunyai classmate/coursemate seperti kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi satu hari nanti. InsyaAllah.















































No comments: