Aku memang rindu dengan suasana di tempat belajar yang dulu. Aku rindu juga pada orang-orang yang sudah bersama dengan aku walaupun untuk seketika. Tapi alhamdulillah kami masih lagi berhubungan. Kami memang rapat sebab dalam satu kelas memang sikit. Dulu masa aku kat matrik pun sikit je pelajar-nya. Di sana pun sikit jugak, dan aku suka dengan keadaan yang sederhana itu. Dan sekarang aku perlu kuat kan mental, rohani, dan fizikal aku di tempat yang baru. Aku mahu kembalikan apa yang sudah aku lakukan di matrik dulu, dan berkwan sepertimana aku di Sabah dulu. Aku boleh. Dan harapannya tetap sama. Aku tetap berharap aku cemerlang dalam semua segi. Biar seiring. Agama dan dunia. Aku tidak mahu menjadi golongan yang tahu salah dan betul. Tapi tidak bertindak, golongan yang hanya tahu bercakap kecintaaannya pada Allah tapi tidak menzahirkannya kepada Allah. Aku mengejar syurga, dan dunia juga aku mahu dalam genggaman. Aku mahu menjadikan teman-teman aku sebagai pendorong, sama ada kawan yang rapat, yang dekat, mahupun yang lama atau baru, kamu tiada beza. Cuma masa dan keadaan yang bezakannya. Dan itu yang membuatkan aku rindu dengan sahabat-sahabat aku.
No comments:
Post a Comment