Monday, April 18, 2011

Radziatul Afwa aku rindu kau

Sebuah Kisah Klasik

Jabat tanganku
Imungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang
tentang memori di masa itu

Peluk tubuhku
Usapkan jugak air mataku
Kita terharu seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang akan kita rindukan di hari nanti
Sebuah Kisah Klasik untuk di masa depan
Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang akan kita banggakan di hari tua.

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi Sebuah Kisah Klasik untuk masa depan

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwakumasih haus sanjungan kalian.

Begin.

Esok, aku perlu pergi satu tempat. Ya Allah, semoga aku dilindungi. Tabahkan hati aku. Mungkin ini adalah yang terakhir kali.


Apa yang kita tak suka,orang lain pun tak suka.

Semalam borak-borak dengan kakak aku aishah (kelima), dia cerita kat aku macam-macam perangai manusia yang pernah lalui. Yelah, dia lagi tua dari aku, lebih makan garam dari aku. Dia pesan, kalau aku dah besar, dah masuk universiti, jagalah diri, kadang-kadang orang tak suka kita, kadang-kadang ada yang suka kita. Jangan buat pada oran lain benda yang kita tak suka, sebab mesti kita pun tak suka kalau orang lain buat kita perkra yang kita tak suka. Aku blurr jugak sekejap bila dengar, tapi ada makna.

Aku macam tersedar, selalu jugak aku buat macam ni, buat perkara yang aku tak suka orang lain buat kat aku tapi aku buat kat orang lain. Faham? Kalau nak difikirkan balik, aku harus belajar supaya tidak berkira, ikhlas. Apa yang telah kita beri pada orang lain, jangan mengharapkan balasan yang baik dari orang itu. Biarkan saja. Kemudian aku fikir, perlukah, perbuatan yang baik perlu mendapat layanan yang baik jugak? Aku rasa dulu ya, memang aku macam tu, bila kita tak matang, kita nak balasan dari orang lain terhadap perbuatan baik kita. Misalan, kita dah tolong dia selesaikan masalah dia, tapi bila kita ada masalah dia tak pernah pun tolong kita, jadi, aku rasa macam kecewa, merasakan macam menyesal tolong dia bila dia susah. Tapi, kemudiannya bila aku dah agak boleh berfikir ini, aku tak rasa adalah kewajipan orang lain untuk mebalas budi baik kita, kita yang rela hati menolong kan, jadi kenapa nak harapkan balasan. terpulang kepada orang yang diberi pertolongan itu untuk membalasnya dengan cara apa sekalipun.

Aku dah tak nak jadi orang yang terlalu mahukan balasan dengan apa yang aku beri. Mungkin, Allah akan membalas kebaikan aku itu melalui orang lain, dan bukan orang yang tadi itu. Dengan ini, kita sesama manusia tidak akan bermasam muka, tidak akan bergaduh. InsyaAllah.

Sebab itu aku selalu kena terapkan bila orang tanya:

Macam manalah aku nak balas budi kau ni fiqa?

Aku akan hanya cakap, biar Allah-lah yang membalasnya. Segalanya adalah dengan keizinannya.


Sunday, April 17, 2011

Platform Baru.

Platform yang baru. Hati yang sudah luput. Aku tengah duduk di atas katil yang cadarnya serba putih, aku pandang kiri dan kanan, memang aku keseorangan. Walaupun ada orang lain bersama aku, tapi aku tidak kenal mereka, aku tidak boleh berbual seperti dengan orang yang aku kenal. Rasa dah lama sangat mulut aku tidak terbuka.

Kemudian, aku terpandang kearah meja disebelah katil aku, ada sebuah kitab tafsir. Aku ambilnya dan baca, ianya buat aku rasa tenang dan takut pada satu masa. Dialah peneman aku. Dunia dan akhirat. Tapi tak lama kemudiannya, aku kembali sunyi. Aku rindu semua orang. Aku rindu mama dan abah. Aku rindu nak dengar celoteh anak buah aku.

Bila aku login ke akaun facebook, aku browse semua page, aku bukak balik semua komen-komen dan gambar-gambar yang dulu. Yang dulu memang tak akan kembali, cuma aku kena hadapi yang sekarang ini. Bila aku lihat semua itu, aku lihat hidup mereka semua macam berjalan dengan cepat dan sangat lancar. Itu membuatkan aku terasa nak terus jadi low,low dan low. Aku terlalu penat dan tidak kuat untuk menggerakkan dunia aku secepat dan selancar mereka yang lain. Sebab aku sudah pilih untuk menjadi begini, sekarang, dan seterusnya.

Kalau kau dah start, jangan berhenti, ajar aku untuk menjadi biasa dengan keadaan sebegitu.


Current Song.




Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama takkan kulupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya.





Kalau aku ditanya dalam essay bentuk begini.

The most valuable thing in this life is friendship. agree? discuss?

Aku tahu soalan nampak senang, memang senang, tapi memerangkap, sebab soalan sebegini akan drag pelajar untuk menulis dengan panjang. Makin panjang esei kita, makin banyak kesalahan dilakukan, dan makin banyak penolakan markah berlaku.

Tapi bagi aku, aku akan pilih topik ni. Sebab aku jenis seorang penulis yang menulis kerana emosinya. Esei aku tidaklah hebat, mungkin sangat banyak kesalahannya, tapi di bawah ini adalah hasilnya, kalau ada salah sila betulkan. Aku dah lama tak menulis esei BI. So mungkin banyak yang direct translation.

In this situation, for me a lot considerations can be done. You can choose to agree, disagree, or might be as well being like Switzerland, always being natural. But I do understand in this situation, you only can be agree or disagree, being both is not permitted.

Perempuan A: cik afiqah, sekrang kita dah boleh mulakan.
Diri aku: alamak, time aku tengah ade mood nak mengarang lah, tiba-tiba kena stop( dalam hati)

*oops, I'm really sorry, I have and need to go for a while. To be continued.


I shouldn't say to you "I'm sorry" I should say, "I'll be better"

But at the end I never be more than better.


I think, you already stopped reading this.

It's not only about love but come with care.understand.forgive.forget.tolerate.

But, I don't have any of these values.

Self-conscious.

Susah jugak jadi orang yang terlalu banyak berfikir ni. Ada banyak perkara yang boleh buat aku self-conscious sebenarnya.

Ada senarai tak?

haha.

Pertamanya, kebersihan tandas. Aku ni kat rumah tak lah pembersih dan serajin mana pun masa kat rumah. Tapi, satu perkara yang aku mesti ingat adalah bila aku ke tandas awam. Aku paling tak suka bila aku tengah nak guna public toilet tu, orang ramai sangat, macam ada pesta kat tandas. Yang buat aku nak menarik muka adalah bila orang yang guna sebelum aku tuh, tak letak balik paip dan biarkan je kat lantai, lagipula yang dah termasuk kat lubang jamban tu. Haish. Kesedran sivik tak ada langsung.Lepastu. bila aku nak masuk tandas, mesti ada orang yang tengah tunggu nak guna tandas selepas aku kan. Jadi, sebelum aku keluar dari tandas tu. Aku akan jirus semua bahagian tandas yang aku dah guna tu, flush dua kali, then aku akan cangkuk balik paip ke tempat asal, sebab aku fikir orang lain mesti ingat aku pengotor kalau keluar tandas tak letak balik paip, dan ada kesan-kesan tapak kaki kat atas lantai tandas tuh. Huish, memang aku tak suka.

Keduanya, segan tak tentu pasal. Hah! ini memang situasi yang selalu buat aku rasa awkward. Kalau orang lain tengok aku kat luar memang aku nampak macam permah habis. Tapi nak tengok aku kurang cakap, dan segan poyo-poyo adalah masa aku pergi ke rumah orang untuk ziarah ke atau duduk-duduk ke. Memang aku senyap, dan tersenyum-senyum kambing. tak kiralah kalau rumah orang tu aku dah kenal lama atau tidak, tetap aku akan tersenyum aje macam kerang busuk. Lagi satu, bila aku tengah berborak dengan orang yang lebih tua, huish, boleh speechless. Aku selalu jugak lah cuba nak elak kejanggalan dengan tanya-tanya sikit-sikit kan, tapi sepatah tanya then aku hanya akan angguk, takpunn cakap "ya" dan paling aku gemar "oh, yeke". Jap, aku teringat, ha aku aku ni segan jugak dan rasa bersalah bila nak mintak tumpang lalu kat orang yang menghalang jalan aku.

Ketiganya, paling tak suka bila buat orang tunggu. Dulu memang kalau kawan ajak keluar je, dah janji pukul 11 am, aku dah start tunggu dah setengah jam awal. Aku tak nak orang tu tertunggu-tunggu aku. Rasa bersalah sebab masa dia dah dibazirkan dengan menunggu aku je. Tapi aku fikir balik, dulu ye memang akuakan tunggu setengah jam, tapi sekarang aku akan dapat pengesahan betul-betul dulu dari orang yang aku nak jumpa tu dia akan keluar pukul berapa dan boleh tak berjumpa walaupun aku yang ajak. Ini semua sebab aku dah malas nak tunggu, jadi bila orang dah siap baru lah aku siap. cet.

Keempatnya, kalau aku marah. Selalu aku pesan aku memang tak boleh marah, dan jangan buat aku rasa nak marah. Aku paling tak suka. Aku selalu fikir, teruk orang tu kalau kena marah dengan aku. Jadi, aku memang tadah tak suka bila aku dah mula tanamkan sifat pemarah. Aku lebih suka diamkan aje takpun pendam. Tapi, lately, aku cepat betul marah. Hurm.

Aku memang terlalu banyak berfikir. Susah betul. Sebenarnya banyak lagi aku nak letak list, tapi aku pergi suatu tempat sekejap. Ada masa, dan kalau aku ingt nak sambung, nanti aku sambung. Sekian.

Saturday, April 16, 2011

Dengan senang hati.


It's my pleasure. To help you. Yang bagusnya, laptop ada bersama aku untuk mencari sumber. But then..

Aku tak tahu kenapa. Mungkin dengan bantuan yang kecil itu, dapat meringankan sedikit dosa aku pada kamu.
Dan sama-sama..

Off Pen.



Maybe I'm addicted.

Tadi bila aku tengah membaca rahsia bulan kelahiran aku di sebuah web psikolgi ni, ada satu ayat yang mengatakan orang yang lahir pada tarikh tersebut pandai dalam menyelesaikan pelbagai masalah fizikal mahupun emosi.

Tak tahu lah kalau orang lain yang lahir dengan aku pandai selesaikan masalah. Tapi apa yang aku tahu berkaitan diri aku adalah, aku bukan seorang penyelesai masalah, tapi aku buat masalah itu jadi semakin teruk. Kalau kamu semua tahu siapa aku sebenarnya dalam dunia sebenar, kamu akan sedar bertapa murungnya aku boleh jadi kadang-kadang. Lari dari masalah, cari masalah, bua masalah. Aku akan lari sejauh yang boleh. Berusaha untuk buat diri sendiri gembira lebih dari orang lain, walaupun aku tahu semenatara sahaja gelak ketawa itu. Tak kisahlah sementara atau apa.

Pernah sekali aku menghadapi situasi yang tegang ketika kecil dahulu, tak silap umur aku 8 tahun. Masa tu, mama dan abah selalu tak ada kat rumah. Setiap hari aku menangis, rindu kan mereka. Pernah sekali aku cakap aku nak lari kan diri dari keluarga aku. Aku nak lari dari masalah. Bila aku tak suka akan sesuatu aku akan lari, mana-mana sahajalah, aku tak kisah duit aku habis, tabung aku kena pecah. Aku tak kesah semua itu. Tak kisahlah orang nak cakap aku penakut nak lari dari masalah. Kalau aku stay aku boleh buat apa? Nak tunggu, telan masalah itu seorang diri, lepastu menagih simpati? Bila aku nak cuba selesaikan, orang cakap aku tak ada harapan akan pulihkan keadaan. Then, tell me what should I do?

Tapi itu dulu, bila dah makin besar, aku sedar aku perlu hadapi semuanya, dan itu membuatkan aku rasa agak bodoh kenapa aku hadap semua masalah seorang diri. Maca aku ni ketagih drama, ketagih simpati, ketagih kesedihan. Kadang-kadang aku fikir, aku perlu stop buat drama, tagih simpati, dan jadi murung. Right now, right here. Aku fikir tak semua boleh tahan dengan perangai aku. Sekali dua kali mungkin kali ketiga, mereka boleh bertahan, tapi tak selamanya. Macam bini kena dera dengan suami lepas itu tak nak tinggalkan suami. Sebab masih ada rasa sayang. mungkin itu terpulang pada mereka untuk bertahan dengan seseorang itu. Cuma, aku tak boleh seksa orang macam itu untuk bertahan dengan aku. Sampai bila nak hidup dalam penafian? Tapi, itu masih pilihan kamu.

Satu perkara yang aku boleh buat dengan bagus adalah buat masalah. That's it.

Tapi masih aku akan cakap di pengakhiran pada semua masalah yang aku hadapi. "everything will be just fine".




Bila dah terhantuk baru nak terngadah.

Dulu aku ada banyak kucing, macam-macam jenis kucing, siam/parsi/kampung and etc, senang kata semua aku pernah ada lah. Tapi, 2-3 tahun yang lepas aku rasa itulah saat kali terakhir aku tak ada haiwan peliharaan bernama kucing nih. Kucing aku yang terakhir ni nama dia cakoni. Tak tahu kenapa letak nama tuh, aku tak rasa itu nama dia pun, cuma dah terbiasa mengajuk dia guna nama itu. Masa mula-mula aku malas jugak lah nak layan kucing aku ni masa dia masih kecik. Sebab mak aku selalu cakap macam ni :

"kalau kau suke sangat duk elon kucing tuh, berak kencing dia tuh kau basuh!"

Mulai saat itu aku cuba jauh-jauhkan diri dari cakoni, sebab malas punya pasal. Bila mak aku tak ada sahaja aku main-main dan tidur dengan dia. Tapi bila dia dah besar, dah pandai jaga diri sendiri semua, setiap hari aku akan pegang dia, balik dari sekolah je dia akan terus baring sebelah aku. Perangai dia masih sama macam time dia kecik-kecik dulu, selalu nak main, penat jugak nak layan.

Sebenarnya, apa yang aku nak maksudkan bila aku bercerita perihal kucing aku adalah kerana, kadang-kadang aku terfikir, kucing nih dia ada sifat yang tak macam manusia, lebih senang disayangi sebab dia tak banyak karenah macam aku, manusia. Salah satunya bila dia nak tinggalkan aku tak ada sebarang drama pun yang dia tunjukkan. Dia menghilang begitu sahaja. Tak ada pergaduhan besar, susulan drama, adegan pujuk memujuk. Tapi yang dia tinggalkan hanyalah memori yang indah-indah untuk aku ingati.

By the way, aku tiba-tiba rasa sangat rindu pada cakoni. Dan aku perasan semua gambar-gambar dia aku dah hilangkan. Memori dari dia dari segi fizikal tak ada pun aku simpan, sekadar memori dalam hati aku. Aku rasa menyesal juga tak jaga elok-elok kenangan itu. Semua benda aku hilangkan. Semua kenangan dari semua orang, semuanya aku hilangkan. Aku menyesal tak jaga dengan elok.

Friday, April 15, 2011

Sayang-Sayang

Not a very much favorite but still one of 'em.

You can reach me by railway
You can reach me by trailway
You can reach me on an airplane
You can reach me with your mind

You can reach me by caravan
Cross the desert like an Arab man
I don' care how you get here, just get here if you can

You can reach me by sailboat
Climb a tree and swing rope to rope
Take a slide and slide down slope into these arms of mine
You can jump on a speedy colt
Cross the border in a blaze of hope
I don't care how you get here just get here if you can

There are hills and mountains between us
Always something to get over
But if I had my way, surely you would be closer
I need you closer

You can windsurf into my life
Take me up on a carpet ride
You can make it in a big balloon
But you better make it soon
You can reach me by caravan
Cross the desert like an Arab man
I don't care how you get here just

Get here If you Can.

Aku selalu bagi lirik ni kat kawan baik aku.

Pertama kali.

Selalunya aku akan mengemaskini blog aku di rumah kesayangan aku, tapi pada 3-4 hari yang lepas aku tidak berada di rumah, dan aku kini berada di suatu tempat yang sangat asing bagi aku dan kini menjadi tempat kedua aku pula. Jadi aku fikir, dengan ketiadaan pekerjaan yang boleh dilakukan, aku pun membuka laptop dan online, dan browse kembali blog-blog yang terdahulu. Sungguh, aku memang rindu, blog dah jadi teman aku setiap hari, setiap minggu selama 3 tahun ini.

Ini sudah bagus, memandangkan aku banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama (tak tahulah kalau ada orang ramai baca kan :P). Dari hal berkaitan duniawi sehinggalah ke kehidupan selepas kita selepas ini. Kebiasaan aku adalah menulis tentang perasaan aku, emosi aku ketika itu, tapi mungkin aku sudah rasa sudah tiba masanya aku matang dalam pemikiran, dan aku telahpun tolak ketepi emosi aku itu. Keep it safe.

Aku lebih suka berblog daripada ada social network yang lain, at least aku tak lah rasa aku ni menyedihkan sangat bila orang tak tegur aku. Teruk lah aku nih. haish.


off pen.

Hope/Harap.

Umpama racun yang meninggalkan kesan yang dalam dalam diri, pada semua orang. Harapan/ mengharap/ berharap/ diharap adalah atas kata dasar harap. Harapan pada orang lain mahupun diharap oleh orang lain tanggungjawab itu amat berat sebenarnya untuk dipikul.

Tapi itulah, manusia tahu hidup mereka akan bangkit semula bila adanya harapan. Yang sudah hilang harapan itu itu, sama ada bunuh diri ataupun terus terjerumus ke kancah yang negatif. Dan mungkin juga orang lain berasa dihargai bila orang lain mengharapkan pada meraka akan sesuatu. Misalan ibu bapa berharap anak mereka untuk cemerlang dari pelbagai cabang bidang kehidupan. Seorang kawan mengharapkan yang terbaik untuk kawannya. Seorang anak yang mengharapkan keharmonian dalam keluarga.

Itu semua adalah harapan, yang tidak tahu dapat direalisasikan mahupun mampu dijadikan realiti. Harapan hanya sekadar harapan. Bagi aku, harapan umpama racun, perlahan-lahan memakan diri. Terlalu berat untuk dituruti. Bukanlah kita tidak mahu, tapi apabila diharap, dan kita tidak boleh lakukan, kita akan rasa macam looser, dan bila orang lain tidak mampu tunaikan harapan kita, kita akan rasa kecewa. Mungkin aku terlalu bersikap negatif. Hurm.

Tapi sebenarnya dari maksud perkataan ini-lah manusia boleh teruskan hidup, sebab "harapan" walaupun mereka tidak tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Mereka cuma berharap akan ada satu keajaiaban dalam hidup mereka, umpama mereka diberi peluang kedua.

Aku pernah diberi peluang kedua, ketiga pun ada, dengan harapan aku tidak mengulangi perbuatan yang lalu, tapi nampaknya aku tidak belajar dari kehidupan aku yang lalu, dan kini aku tak berharap aku akan diberi peluang lagi, tapi aku tetap akan meneruskan kehidupan seperti adanya. Aku akan tetap menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama. Mungkin lebih elok aku beranggapan hidup aku ini umpama musafir, dan dunia ini hanya lah persinggahan sebelum aku pulang pada kehidupan aku yang selamanya selepas ini.

Kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

...

Aku berhenti berharap dan menunngu datang gelap, sampai nanti suatu saat, tak ada cinta aku dapat.

Wednesday, April 13, 2011

The Intention.

Whether your intention of writing is to provoke reaction from your readers or just expressing your minds, is not a question that you should be bothered. The thing is people who reads your blog knows you better. So just let them decide. Kan?

I've heard lots of people defined blog as an online diary, I tend to agree on that. And I would say the miracle of blogging is to be heard. Writing a diary and keeps it as a secret would not benefit us much, but blogging will. People who reads our blog will share their thoughts as well. From just that we could know whether we are on the right track in terms of our principals and beliefs about life, even better,we will learn something that we dont know, just by the words of people who reads what we wrote.

At least, thats what I think.

Anyway, I'm not implying but it reminds me of a famoust quote - just be who you are and speak what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind.

Manusia berubah?

Dulu aku selalu cakap manusia tidak berubah cuma bila kita semakin mengenali seseorang tersebut dengan akrab kita akan merasakan dia sudah berubah pada sesuatu perkara tersebut. Tapi aku dah penant nak cakap yang aku tidak berubah dan mereka yang lain pun tidak berubah. Jadi, aku mengkonklusikan semua ini sebagai Manusia Memang Berubah. Yes, people do really change.

Dulu boleh dikatakan apa-apa sahaja yang meyeliputi badan aku adalah pakaian-pakaian yang sangat branded, sebab aku dah terbiasa disarungkan dengan perhiasan yang mahal dari sejak zaman hingusan lagi, dan itu terbawa-bawa sehingga aku sudah besar, dan tunggu, bukan untuk berlagak ya, maaf sikit. Correction : sudah terbiasa. Dan jujurnya aku dah bosan dengan pakaian-pakaian mahal, ada tak baju harga below Rm20 untuk aku beli? haha. Itu aku yang sekarang, dah tak kisah, bila aku tengok orang lain boleh beli yang mahal-mahal aku akan sejukkan hati aku dengan berkata "apa je yang ada dengan dunia ni". Itu yang membuatkan aku boleh move on walaupun tiap kali keluar aku akan pakai t-shirt hitam lengan penjang aku tu terlalu kerap.

Aku melihat orang lain, perubahan ataupun transformasi mereka kadang-kadang agak drastik bagi aku, mungkin aku berubah kearah yang mundur, dan yang lain berubah dengan agak agresif. Dari seorang yang pemalu atau mebosankan hinggalah mereka boleh jadi peramah yang kadang-kadang nampak macam mereka nak mata hanya memandang hanya pada mereka. They can be bitter too.

Apa yang aku perasan sekrang adalah, aku memang terlalu mengkritik keadaan sekeliling, terlalu busy body dan nak tahu pasal semua. Aku rasa itu adalah dasar pemikiran orang melayu bukan Islam. Memang melayu selalu cakap "jangan jaga tepi kain orang lain" sebenarnya kalau kita sebagai Islam yang prihatin kita akan selalu jaga tepi kain orang lain, bukan sebab nak menjatuhkan/mengumpat/bergosip semata, tapi untuk membantu, kadang-kadang sikap kita yang tidak mahu jaga tepi kain orang lain nilah yang menimbulkan masalah juga, misalannya, jiran sebelah kita keluar dan balik ke kampung, kita tak pernah nak bertanya kemana mereka pergi, akhirnya rumah jiran kita dipecah masuk, disangkakan mereka berpindah dengan mengeluarkan perabot semua ke dalam lori. Begitu juga dengan diri kita sendiri, patutnya kita mengkhabarkan kepergian itu, tapi tidak, sebab pemikiran kita yang terpelusuk jauh nih menyangka nak buat apa bagi tahu, mereka bukannya ada kisah. Itu salah. Bila kita nampak wanita dan lelaki yang baru pindah duduk serumah, kita patutnya sibukkan diri bertanya, "dah menikah ke?" dari kita duk buat fitnah "eh, entah-entah diaorang tuh buat maksiat duk serumah" kalau mereka dah berkahwin, baguslah, tapi kalau tidak, dengan mengetahui status mereka bukankah kita boleh mencegah? dan itu bermula dengan kita perlu jaga tepi kain orang lain. Ok aku dah melalut dari topi yang sebenar.

Sebenarnya aku nak cakap, misalan, kalau dulu masa aku memandu aku tak nak bagi orang lain jalan kalau dia tak bagi signal, sekrang aku dah malas nak bunyikan hon, bagi jelah. ( bukankah ke dapat pahala kalau kit memberi laluan pada orang lain). Dan sekarang, kalau masa aku beratur, tiba-tiba ada orang potong line, aku dah malas nak tarik-tarik muka. Itu kau punya pasal-lah, malas aku nak layan perangai macam haram. Lagi satu yang aku perasan, bukan manusia sahaja yang berubah, dunia pun berubah. Kalau dulu nasi lemak seringgit nasi banyak, sekrang kalau seringgit nasi ciput je. Buat alas perut boleh lah.

Perubahan kadang-kadang boleh jadi sesuatu yang baik ataupun tidak, terpulang pada individu.


Link kepada seorang kawan.

Aku ada singgah sekejap ke blog seorang kawan ini, lantas aku terbaca satu luahan hatinya berkaitan perubahan yang sudah dialaminya. Aku tak kata aku faham kondisi dia, tapi memang aku alaminya, ianya agak susah.

Berkaitan hal itu, memang bila kita berubah pada sesuatu yang sebegitu, orang lain tidak akan selesa, umpama mereka melihat apa yang mereka lakukan adalah satu kesalahan yang besar pada pandangan kita, walhal kadang-kadang apa yang kita nampak tidak kena itu, kita hanya berniat untuk mereka juga diberi jalan yang betul. kan?

Tapi seperti disalahertikan, kononnya kamu sudah tidak ada relevannya lagi untuk bergurau senda seperti biasa, dan mereka merasakan limit itu bila bersama dengan kamu. Mereka macam takut-takut, dan tidak berapa gemar. Sebab bagi sesetengahnya, mereka yang berfikiran agama ini sepert "bajet bagus" padahal buat dosa jugak. Pemikiran yang telah ditanam sekian lama. Aku tidak lihat sebegitu, aku pernah bergaul dengan orang yang lebih tinggi lagi ilmunya dan mereka memang boleh bergurau dan kadang-kadang lebih terbuka.

Mungkin mereka merasakan perubahan drastik pada diri kamu, tapi lama-lama mereka akan terima. Kawan selalu menerima kawannya bila berubah lambat laun pun. Perbuatan kamu itu betul bila mendoakan mereka untuk melihat sisi cerahnya, ingatlah kita memang perlu doakan untuk diri sendiri, tapi doa dari seorang kawan untuk kawannya sangat makbul. InsyaAllah.

p/s : kalau ada perkataan yang tidak betul, salah silap harap dimaaf ye.



Kadang-kadang aku rindu jugak.

Entri yang dulu aku pernah katakan yang aku memang nak berhenti dari meneruskan blog. Tapi aku rasa aku dah ada peminat yang tersendiri, bukannya banyak pun, seorang dua sahaja, so aku nak teruskan balik.

Orang kata, kalau kita ni dah terbiasa bekerja, bila ada masanya kita rasa nak berhenti, dan kita berhenti, suatu ketika kita akan teringin untuk bekerja semula. Sebab tu orang tua yang dah lama duduk kampung pergi ke bandar dia tak suka, sebab selalu berehat, padahal mereka dah terbiasa jaga ayam itik kat kampung. Ok, macam tak ada kena mengena.

Salah satu sebab yang aku nak berhenti blog dulu adalah sebab aku dah hilang kredibiliti nak menyusun ayat, biasa dulu aku boleh dikatakan pandai mengarang penulisan( nama pun otak pembongak, pandailah bercerita kan) tapi sekarang aku macam tak cukup perkataan, apa yang aku nak cerita tiada perktaan yang menggambarkan perasaan ataupun idea, itu pasal-lah jadi tunggang langgang.

Bila tadi aku belek-belek entri lama-lama rindu juga, sahaya aku berfikir " kenapa aku ni teruk sangat jiwang sensitifnya!"

Haha. Ok tak lawak. Hamabr. Boring. ZZZZzzzzzz.

I'll be back.