Sunday, April 17, 2011

Self-conscious.

Susah jugak jadi orang yang terlalu banyak berfikir ni. Ada banyak perkara yang boleh buat aku self-conscious sebenarnya.

Ada senarai tak?

haha.

Pertamanya, kebersihan tandas. Aku ni kat rumah tak lah pembersih dan serajin mana pun masa kat rumah. Tapi, satu perkara yang aku mesti ingat adalah bila aku ke tandas awam. Aku paling tak suka bila aku tengah nak guna public toilet tu, orang ramai sangat, macam ada pesta kat tandas. Yang buat aku nak menarik muka adalah bila orang yang guna sebelum aku tuh, tak letak balik paip dan biarkan je kat lantai, lagipula yang dah termasuk kat lubang jamban tu. Haish. Kesedran sivik tak ada langsung.Lepastu. bila aku nak masuk tandas, mesti ada orang yang tengah tunggu nak guna tandas selepas aku kan. Jadi, sebelum aku keluar dari tandas tu. Aku akan jirus semua bahagian tandas yang aku dah guna tu, flush dua kali, then aku akan cangkuk balik paip ke tempat asal, sebab aku fikir orang lain mesti ingat aku pengotor kalau keluar tandas tak letak balik paip, dan ada kesan-kesan tapak kaki kat atas lantai tandas tuh. Huish, memang aku tak suka.

Keduanya, segan tak tentu pasal. Hah! ini memang situasi yang selalu buat aku rasa awkward. Kalau orang lain tengok aku kat luar memang aku nampak macam permah habis. Tapi nak tengok aku kurang cakap, dan segan poyo-poyo adalah masa aku pergi ke rumah orang untuk ziarah ke atau duduk-duduk ke. Memang aku senyap, dan tersenyum-senyum kambing. tak kiralah kalau rumah orang tu aku dah kenal lama atau tidak, tetap aku akan tersenyum aje macam kerang busuk. Lagi satu, bila aku tengah berborak dengan orang yang lebih tua, huish, boleh speechless. Aku selalu jugak lah cuba nak elak kejanggalan dengan tanya-tanya sikit-sikit kan, tapi sepatah tanya then aku hanya akan angguk, takpunn cakap "ya" dan paling aku gemar "oh, yeke". Jap, aku teringat, ha aku aku ni segan jugak dan rasa bersalah bila nak mintak tumpang lalu kat orang yang menghalang jalan aku.

Ketiganya, paling tak suka bila buat orang tunggu. Dulu memang kalau kawan ajak keluar je, dah janji pukul 11 am, aku dah start tunggu dah setengah jam awal. Aku tak nak orang tu tertunggu-tunggu aku. Rasa bersalah sebab masa dia dah dibazirkan dengan menunggu aku je. Tapi aku fikir balik, dulu ye memang akuakan tunggu setengah jam, tapi sekarang aku akan dapat pengesahan betul-betul dulu dari orang yang aku nak jumpa tu dia akan keluar pukul berapa dan boleh tak berjumpa walaupun aku yang ajak. Ini semua sebab aku dah malas nak tunggu, jadi bila orang dah siap baru lah aku siap. cet.

Keempatnya, kalau aku marah. Selalu aku pesan aku memang tak boleh marah, dan jangan buat aku rasa nak marah. Aku paling tak suka. Aku selalu fikir, teruk orang tu kalau kena marah dengan aku. Jadi, aku memang tadah tak suka bila aku dah mula tanamkan sifat pemarah. Aku lebih suka diamkan aje takpun pendam. Tapi, lately, aku cepat betul marah. Hurm.

Aku memang terlalu banyak berfikir. Susah betul. Sebenarnya banyak lagi aku nak letak list, tapi aku pergi suatu tempat sekejap. Ada masa, dan kalau aku ingt nak sambung, nanti aku sambung. Sekian.

1 comment:

zarratasnym said...

me too. tak ske ah tandas kotor.