Tapi itulah, manusia tahu hidup mereka akan bangkit semula bila adanya harapan. Yang sudah hilang harapan itu itu, sama ada bunuh diri ataupun terus terjerumus ke kancah yang negatif. Dan mungkin juga orang lain berasa dihargai bila orang lain mengharapkan pada meraka akan sesuatu. Misalan ibu bapa berharap anak mereka untuk cemerlang dari pelbagai cabang bidang kehidupan. Seorang kawan mengharapkan yang terbaik untuk kawannya. Seorang anak yang mengharapkan keharmonian dalam keluarga.
Itu semua adalah harapan, yang tidak tahu dapat direalisasikan mahupun mampu dijadikan realiti. Harapan hanya sekadar harapan. Bagi aku, harapan umpama racun, perlahan-lahan memakan diri. Terlalu berat untuk dituruti. Bukanlah kita tidak mahu, tapi apabila diharap, dan kita tidak boleh lakukan, kita akan rasa macam looser, dan bila orang lain tidak mampu tunaikan harapan kita, kita akan rasa kecewa. Mungkin aku terlalu bersikap negatif. Hurm.
Tapi sebenarnya dari maksud perkataan ini-lah manusia boleh teruskan hidup, sebab "harapan" walaupun mereka tidak tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Mereka cuma berharap akan ada satu keajaiaban dalam hidup mereka, umpama mereka diberi peluang kedua.
Aku pernah diberi peluang kedua, ketiga pun ada, dengan harapan aku tidak mengulangi perbuatan yang lalu, tapi nampaknya aku tidak belajar dari kehidupan aku yang lalu, dan kini aku tak berharap aku akan diberi peluang lagi, tapi aku tetap akan meneruskan kehidupan seperti adanya. Aku akan tetap menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama. Mungkin lebih elok aku beranggapan hidup aku ini umpama musafir, dan dunia ini hanya lah persinggahan sebelum aku pulang pada kehidupan aku yang selamanya selepas ini.
Kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
...
Aku berhenti berharap dan menunngu datang gelap, sampai nanti suatu saat, tak ada cinta aku dapat.
No comments:
Post a Comment