Tadi bila aku tengah membaca rahsia bulan kelahiran aku di sebuah web psikolgi ni, ada satu ayat yang mengatakan orang yang lahir pada tarikh tersebut pandai dalam menyelesaikan pelbagai masalah fizikal mahupun emosi.
Tak tahu lah kalau orang lain yang lahir dengan aku pandai selesaikan masalah. Tapi apa yang aku tahu berkaitan diri aku adalah, aku bukan seorang penyelesai masalah, tapi aku buat masalah itu jadi semakin teruk. Kalau kamu semua tahu siapa aku sebenarnya dalam dunia sebenar, kamu akan sedar bertapa murungnya aku boleh jadi kadang-kadang. Lari dari masalah, cari masalah, bua masalah. Aku akan lari sejauh yang boleh. Berusaha untuk buat diri sendiri gembira lebih dari orang lain, walaupun aku tahu semenatara sahaja gelak ketawa itu. Tak kisahlah sementara atau apa.
Pernah sekali aku menghadapi situasi yang tegang ketika kecil dahulu, tak silap umur aku 8 tahun. Masa tu, mama dan abah selalu tak ada kat rumah. Setiap hari aku menangis, rindu kan mereka. Pernah sekali aku cakap aku nak lari kan diri dari keluarga aku. Aku nak lari dari masalah. Bila aku tak suka akan sesuatu aku akan lari, mana-mana sahajalah, aku tak kisah duit aku habis, tabung aku kena pecah. Aku tak kesah semua itu. Tak kisahlah orang nak cakap aku penakut nak lari dari masalah. Kalau aku stay aku boleh buat apa? Nak tunggu, telan masalah itu seorang diri, lepastu menagih simpati? Bila aku nak cuba selesaikan, orang cakap aku tak ada harapan akan pulihkan keadaan. Then, tell me what should I do?
Tapi itu dulu, bila dah makin besar, aku sedar aku perlu hadapi semuanya, dan itu membuatkan aku rasa agak bodoh kenapa aku hadap semua masalah seorang diri. Maca aku ni ketagih drama, ketagih simpati, ketagih kesedihan. Kadang-kadang aku fikir, aku perlu stop buat drama, tagih simpati, dan jadi murung. Right now, right here. Aku fikir tak semua boleh tahan dengan perangai aku. Sekali dua kali mungkin kali ketiga, mereka boleh bertahan, tapi tak selamanya. Macam bini kena dera dengan suami lepas itu tak nak tinggalkan suami. Sebab masih ada rasa sayang. mungkin itu terpulang pada mereka untuk bertahan dengan seseorang itu. Cuma, aku tak boleh seksa orang macam itu untuk bertahan dengan aku. Sampai bila nak hidup dalam penafian? Tapi, itu masih pilihan kamu.
Satu perkara yang aku boleh buat dengan bagus adalah buat masalah. That's it.
Tapi masih aku akan cakap di pengakhiran pada semua masalah yang aku hadapi. "everything will be just fine".
No comments:
Post a Comment