Entri yang dulu aku pernah katakan yang aku memang nak berhenti dari meneruskan blog. Tapi aku rasa aku dah ada peminat yang tersendiri, bukannya banyak pun, seorang dua sahaja, so aku nak teruskan balik.
Orang kata, kalau kita ni dah terbiasa bekerja, bila ada masanya kita rasa nak berhenti, dan kita berhenti, suatu ketika kita akan teringin untuk bekerja semula. Sebab tu orang tua yang dah lama duduk kampung pergi ke bandar dia tak suka, sebab selalu berehat, padahal mereka dah terbiasa jaga ayam itik kat kampung. Ok, macam tak ada kena mengena.
Salah satu sebab yang aku nak berhenti blog dulu adalah sebab aku dah hilang kredibiliti nak menyusun ayat, biasa dulu aku boleh dikatakan pandai mengarang penulisan( nama pun otak pembongak, pandailah bercerita kan) tapi sekarang aku macam tak cukup perkataan, apa yang aku nak cerita tiada perktaan yang menggambarkan perasaan ataupun idea, itu pasal-lah jadi tunggang langgang.
Bila tadi aku belek-belek entri lama-lama rindu juga, sahaya aku berfikir " kenapa aku ni teruk sangat jiwang sensitifnya!"
Haha. Ok tak lawak. Hamabr. Boring. ZZZZzzzzzz.
I'll be back.
No comments:
Post a Comment