Monday, April 18, 2011

Apa yang kita tak suka,orang lain pun tak suka.

Semalam borak-borak dengan kakak aku aishah (kelima), dia cerita kat aku macam-macam perangai manusia yang pernah lalui. Yelah, dia lagi tua dari aku, lebih makan garam dari aku. Dia pesan, kalau aku dah besar, dah masuk universiti, jagalah diri, kadang-kadang orang tak suka kita, kadang-kadang ada yang suka kita. Jangan buat pada oran lain benda yang kita tak suka, sebab mesti kita pun tak suka kalau orang lain buat kita perkra yang kita tak suka. Aku blurr jugak sekejap bila dengar, tapi ada makna.

Aku macam tersedar, selalu jugak aku buat macam ni, buat perkara yang aku tak suka orang lain buat kat aku tapi aku buat kat orang lain. Faham? Kalau nak difikirkan balik, aku harus belajar supaya tidak berkira, ikhlas. Apa yang telah kita beri pada orang lain, jangan mengharapkan balasan yang baik dari orang itu. Biarkan saja. Kemudian aku fikir, perlukah, perbuatan yang baik perlu mendapat layanan yang baik jugak? Aku rasa dulu ya, memang aku macam tu, bila kita tak matang, kita nak balasan dari orang lain terhadap perbuatan baik kita. Misalan, kita dah tolong dia selesaikan masalah dia, tapi bila kita ada masalah dia tak pernah pun tolong kita, jadi, aku rasa macam kecewa, merasakan macam menyesal tolong dia bila dia susah. Tapi, kemudiannya bila aku dah agak boleh berfikir ini, aku tak rasa adalah kewajipan orang lain untuk mebalas budi baik kita, kita yang rela hati menolong kan, jadi kenapa nak harapkan balasan. terpulang kepada orang yang diberi pertolongan itu untuk membalasnya dengan cara apa sekalipun.

Aku dah tak nak jadi orang yang terlalu mahukan balasan dengan apa yang aku beri. Mungkin, Allah akan membalas kebaikan aku itu melalui orang lain, dan bukan orang yang tadi itu. Dengan ini, kita sesama manusia tidak akan bermasam muka, tidak akan bergaduh. InsyaAllah.

Sebab itu aku selalu kena terapkan bila orang tanya:

Macam manalah aku nak balas budi kau ni fiqa?

Aku akan hanya cakap, biar Allah-lah yang membalasnya. Segalanya adalah dengan keizinannya.


No comments: